Asas Reka Bentuk Grafik Digital (menggunakan Canva) - Kelas Bersemuka

Regular price RM170.00 MYR
/

INFO KELAS BERSEMUKA

Tarikh : Sabtu | 8 November 2025
Masa : 9.00am - 5.00pm

* Terhad kepada 30 pendaftaran pertama sahaja

Belajar buat bahan visual menarik guna Canva — Mudah, Cepat & Mesra Beginner!


Nak buat poster atau apa sahaja grafik media sosial walaupun tiada pengalaman? Jom sertai kelas Asas Reka Bentuk Grafik Digital.

Asas Reka Bentuk Grafik Digital belajar menghasilkan bahan visual menggunakan Canva secara kreatif untuk dipamerkan di media sosial dan sebarang promosi. 

Kelas ini akan kongsikan pemahaman asas tentang reka bentuk grafik dan bagaimana menggunakan Canva untuk menghasilkan bahan visual yang menarik, seperti poster, brosur, dan grafik media sosial.

Jangan risau, step-by-step akan dikongsikan dari kosong sampai siap.

APA YANG AKAN DIPELAJARI

1. Apa itu poster yang baik? 

Dalam topik ini, peserta akan diperkenalkan kepada dunia poster digital secara lebih terperinci.

Peserta akan faham apa sebenarnya poster digital dan bagaimana poster memainkan peranan penting dalam dunia pemasaran dan penyebaran maklumat secara online. Selain itu, peserta juga akan belajar fungsi sebenar poster — sama ada untuk menarik perhatian, menyampaikan maklumat, atau mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Peserta akan didedahkan kepada ciri-ciri poster yang berkesan menggunakan konsep AIDA (Attention, Interest, Desire, Action). Konsep ini penting supaya setiap poster yang dihasilkan bukan sekadar cantik, tetapi ada tujuan dan kesan kepada orang yang melihat.

Peserta juga diperjelaskan tentang perbezaan antara poster digital dan poster cetakan, dari segi kegunaan, cara penyampaian, serta format yang sesuai digunakan untuk setiap jenis poster.

2. Fungsi Poster

Poster bukan sekadar bahan visual yang menarik, tetapi juga alat komunikasi yang berkuasa, digunakan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan, menyebarkan kesedaran sosial dan politik, mendidik masyarakat tentang isu penting, serta memupuk semangat patriotisme atau menyebarkan ideologi tertentu.

Secara ringkas, topik ini menjelaskan bagaimana poster berfungsi sebagai medium visual yang mampu mempengaruhi pemikiran dan tindakan masyarakat.

3. Unsur Asas

Fahami teknik Typography yang membuatkan poster kita menjadi lebih menarik. Selain itu, Imej & Grafik, Warna, Format & Susun Atur juga memainkan peranan yang penting. 

Typography, imej, warna dan susun atur ialah elemen penting dalam reka bentuk poster. Tipografi menarik perhatian, imej memudahkan pemahaman, warna mencipta emosi, dan susun atur memastikan poster nampak kemas serta mudah dibaca.

4. Proses Hasilkan Poster

Keseimbangan memastikan elemen tidak berat sebelah, penegasan menonjolkan bahagian paling penting, perulangan mencipta keseragaman dan identiti, penjajaran menjadikan susunan nampak teratur, manakala ruang kosong (white space) memberi ruang bernafas supaya reka bentuk tidak nampak berserabut.

 5. Tips Poster Profesional

Nak hasilkan poster yang nampak profesional bukan sekadar guna warna cantik atau gambar menarik, tapi kena tahu beberapa asas penting dalam reka bentuk supaya mesej yang disampaikan jelas dan berkesan.






MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan memahami cara membuat poster, brosur atau flyer yang cantik menggunakan Canva.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Laptop
2. Aplikasi Canva
3. Extension (sekiranya perlu)

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 
1. Kelas diadakan secara fizikal, boleh soal jawab terus dengan cikgu.

2. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
3. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM170 SAHAJA.

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN