Asas Fotografi Digital - Kelas Fizikal

Regular price RM100.00 MYR
/

INFO KELAS FIZIKAL

Tarikh : Sabtu | 27 April 2024
Masa : 9.00am - 12.00pm

* Terhad kepada 20 pendaftaran pertama sahaja

Kelas terbaik bagi mereka yang baru bermula dengan fotografi.

Di dalam kelas ini akan kami kongsikan bagaimana untuk memahami teknik kawalan kamera agar foto yang diambil sentiasa dalam exposure yang baik. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk mengambil gambar dengan lebih cantik melalui teknik komposisi.

APA YANG AKAN DIPELAJARI

Pengenalan Fotografi

Fahami struktur kamera, pencahayaan dalam fotografi, jenis lensa dan kamera

Teknik Kawalan Kamera

Bahagian paling penting, kita akan belajar berkenaan ISO, Shutter Speed dan Aperture. Belajar bagaimana mengawal nilai ISO, Shutter Speed dan Aperture untuk mendapatkan gambar yang baik. Apa kesan ISO, Shutter Speed dan Aperture pada gambar yang dihasilkan. Kita akan pelajari juga fungsi manual, shutter priority dan aperture priority

White Balance

Mengapa gambar kita menjadi kekuningan atau terlalu biru? fahami fungsi White Balance untuk mendapatkan warna gambar yang cantik

Komposisi

Ambil gambar tempat sama tetapi gambar dia cantik, gambar kita tidak. Ini kerana gambar yang cantik akan memasukkan elemen komposisi seperti rule of third, leading line, framing dan pelbagai lagi teknik komposisi. Teknik komposisi ini juga akan di ajarkan di dalam kelas ini

Praktikal

Dapatkan pengalaman langsung dan panduan praktikal dari pengajar kami. Sesi praktikal ini memastikan anda dapat mengaplikasikan dengan lancar apa yang telah dipelajari.

MATLAMAT KELAS
Selesai kelas ini, anda akan mahir dengan teknik kawalan kamera dan boleh mengambil gambar dengan baik dengan kawalan manual.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Kamera DSLR / mirrorless atau Smartphone dengan kawalan manual
2. Powerbank (sekiranya perlu)

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas diadakan secara fizikal, boleh soal jawab terus dengan cikgu.
2. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
3. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi, hanya RM150 SAHAJA.

TESTIMONI

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN