Art of Seeing - Kelas Fizikal

Regular price RM100.00 MYR
/

INFO KELAS FIZIKAL

Tarikh : Sabtu | 11 Januari / 1 Mac 2025
Masa : 2.00pm - 5.00pm

* Terhad kepada 20 pendaftaran pertama sahaja

Kecantikan sesuatu bergantung kepada bagaimana cara kita melihat.

"Art of Seeing" atau Seni Melihat dalam fotografi adalah kebolehan untuk mengenali dan menafsirkan keindahan atau makna dalam setiap detik yang dilalui atau objek yang dilihat. Ini bukan hanya sekadar memotret objek, tetapi juga mengenali elemen-elemen yang membuatkan apa yang ingin dibidik itu menarik dan memberikan makna mendalam kepada gambar.

APA YANG AKAN DIPELAJARI

Komposisi

Pelajari teknik asas fotografi seperti rule of third, leading line, dan framing. Dengan pemahaman mendalam mengenai elemen komposisi, anda akan dapat mencipta gambar yang tidak hanya indah tetapi juga bermakna.

Pencahayaan

Fahami peranan cahaya dalam membentuk suasana gambar dengan menggunakan cahaya dengan bijak untuk menampilkan atau memfokuskan elemen-elemen tertentu.

Penggunaan Warna

Ketahui bagaimana warna boleh menyampaikan emosi dan mengubah mood gambar dengan cara menggunakan kontras warna untuk menonjolkan objek utama.

Melihat Dengan Perspektif Yang Berbeza

Pelajari bagaimana untuk mengubah sudut pandang untuk mencipta perspektif yang unik, serta mencari keindahan dalam objek yang mungkin dianggap biasa oleh orang lain.

Sesi Praktikal

Dapatkan pengalaman langsung dan panduan praktikal dari pengajar kami. Sesi praktikal ini memastikan anda dapat mengaplikasikan dengan lancar apa yang telah dipelajari.

MATLAMAT KELAS
Selepas mengikuti kelas ini, anda akan menguasai seni melihat dan mampu menghasilkan gambar-gambar menarik yang memukau pandangan. Setiap gambar akan menjadi karya seni yang menceritakan cerita uniknya sendiri.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Kamera DSLR / mirrorless atau Smartphone dengan kawalan manual
2. Powerbank (sekiranya perlu)

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas diadakan secara fizikal, boleh soal jawab terus dengan cikgu.
2. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
3. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM100 SAHAJA.

TESTIMONIAL

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Untuk makluman, akses kepada kelas rakaman adalah selama satu (1) bulan bermula dari tarikh pendaftaran.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN