Poster Iklan FB Guna Smartphone (Poster Mudah Smartphone)
Teknik menghasilkan poster yang mudah dan menarik dengan hanya menggunakan smartphone.
Sangat membantu bagi para usahawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kos untuk hire designer juga semakin kurang.
Rugi sangat kalau baru berniaga tapi dah spend mahal-mahal nak upah designer. Sayang ramai beli handphone dengan harga mahal tapi tak gunakan fungsi dan aplikasi yang percuma yang sangat hebat di dalam smartphone. Kelebihan membuat poster dengan smartphone ini ialah ianya cepat, mudah dan berkualiti tinggi.
Poster macam ni, tak sampai 5 minit pun nak disiapkan guna apps percuma dan guna smartphone
APA YANG AKAN DIPELAJARI
1. Jenis Font
Fahami jenis-jenis font yang bersesuaian dengan poster supaya nampak lebih kemas dan menarik.
Jangan nak serabutkan kepala orang yang mungkin sudah sedia serabut dengan masalah mereka. Nak pastikan mereka berhenti dan baca poster kita, sampai mereka terkesan dan membeli produk kita atau percaya dengan perkongsian maklumat kita, jangan menambah-nambah yang tak perlu. Cantik di mata kita satu-satu font tu, tak semestinya cantik di mata mereka. Silap-silap, mereka 'skip' sahaja semuanya.
"Less is more". Guna 1-2 warna pun dah mencukupi. 3 jenis warna, paling maksima untuk tulisan yang kita gunakan dalam poster kita. Ingat, jangan menyerabutkan lagi orang yang memandang. Dari mata turun ke hati. Akhirnya ke jari mereka juga sama ada nak tekan BUY atau tidak.
2. Displin warna
Ketahui bagaimana poster kita menjadi cantik dengan penggunaan warna dan susunan dalam membuat poster. Poster yang cantik tak perlu mempunyai terlalu banyak warna malah penggunaan terlalu banyak warna boleh menjadikan poster kita terlalu penuh dan tidak menarik perhatian orang.
Tahu tak, sebelum ini ada satu peraturan yang menyebabkan designers gagal mengiklankan produk dengan menggunakan poster mereka? Ketahui apa yang terkini dari cikgu kelas Poster Mudah Smartphone ya!
3. Ruang dan Peraturan FB
Fahami teknik komposisi wordings pada poster yang membuatkan poster kita menjadi lebih menarik. Apakah syarat dan peraturan FB untuk poster iklan perniagaan kita. Bagaimana untuk mengaplikasikan peraturan-peraturan ini di dalam poster kita.
Poster utama di page selalunya akan membuatkan followers 'masuk ke kedai kita dan seterusnya membuat pembelian jika semuanya menarik. Kalau perkara utama pun dah 'out', mereka tak sudi nak menyinggah pun. Main header juga sama. Kombinasi gambar dan penulisan mampu membuatkan orang stop dan semak perkongsian kita.
4. Poster FB Headline
Belajar bagaimana untuk membuat header Facebook kita dengan menggunakan aplikasi percuma dalam smartphone saja.
5. Instastory
Belajar bagaimana untuk mencantikkan instastory kita supaya lebih menarik perhatian dan bukan di 'slide' saja.
Dalam masa 2 bulan sudah ada 218 000 viewers untuk satu video ini sahaja. Semuanya bermula dengan poster yang membuatkan orang stop dan tekan link untuk tonton video yang dikongsikan.
6. YOUTUBE THUMBNAIL
Jika anda seorang youtuber, wajib pandai edit thumbnail yang menarik untuk tambah viewer dalam channel kita sendiri. Apa itu thumbnail?, biasa ada dekat muka depan video sebelum orang click video kita. YouTuber wajib mahir bab ini kalau mahu jadikan content kita pergi jauh.
6. FB Posting
Memahami cara membuat poster yang bersesuaian dengan syarat dan peraturan Facebook.
7. Poster Kolaj
Belajar bagaimana untuk membuat poster kolaj yang kemas dan penyusunan gambar untuk mencantikkan poster kita. Kita tak mahu tersekat dengan hanya sejenis poster sampai bila-bila. Pelbagaikan, ikut kreativiti. Guna sahaja beribu-ribu template percuma atau berbayar dalam apps percuma pun boleh.
Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.
MATLAMAT KELAS
Di akhir kelas, para peserta akan memahami cara membuat poster yang cantik menggunakan smartphone.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Smartphone
2. Aplikasi Adobe Spark Post
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
2. Ada nota dan video Live bersama cikgu.
3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.
TESTIMONI