Copywriting Membelah Langit

Regular price RM70.00 MYR
/

KELAS LIVE 
9 Oktober 2021 (Sabtu)
9am - 12pm 

SILAP BESAR BILA KITA GUNA SATU COPYWRITING PAKAI UNTUK SEMUA

Ini satu perangai pemalas yang ada dalam ramai peniaga online. Suka sangat recycle, ulang-ulang copywriting yang sama. Dah lah copywriting tak menarik, lepas tu copywriting yang sama itu jugalah diguna balik untuk semua jenis baju kurung, semua jenis posting. Mana boleh copywriting nak jual pada orang Terengganu sama dengan orang Gombak? Kena spesifik baru boleh engage.

Macam mana iklan FB kita jadi sendu dan kos tinggi bila kita buat iklan copy paste, terlalu mengiklan sampai bertebaran pembaca lari, tak nak ambil tahu tentang pelanggan, buat iklan asal boleh, gambar tak menarik, buat iklan bangla yang reply dan macam-macam masalah lagi. 

JADI APA ANTARA YANG AKAN DIPELAJARI DALAM KELAS INI?

1. BAGAIMANA MENULIS HEADLINE YANG POWER

Fahami cara membuat Headline yang akan menarik perhatian online user. Headline yang bagus tak semestinya panjang dan berbunga-bunga tapi mestilah pendek dan precise. Headline padu menusuk terus ke target market kita.

2. BAGAIMANA MENULIS POST YANG BERKESAN

Ramai orang pandai menulis tapi tak semua orang pandai membuat posting yang engage dan sesuai dengan para pembaca. Dari kelas ini, kita akan belajar apakah elemen-elemen yang wajib ada dalam posting untuk memastikan posting berkesan dan berjaya membawa kepada jualan. Kita akan kenal pasti juga apakah faktor-faktor yang menyebabkan posting kita tidak engage (atau posting syok sendiri).

3. PENGGUNAAN FOTO DAN VIDEO SEBAGAI STOPPER

Sama seperti penulisan, foto dan video juga amat penting untuk menghasilkan posting yang menarik. Antara yang akan di kongsikan seperti cara pemilihan gambar yang tepat, video yang mantap dan cara penyusunan gambar dalam posting. Ramai usahawan, agent dan dropship yang terlepas pandang dalam cara penyusunan gambar kerana gambar yang pertama haruslah yang mampu menarik attention dan berjaya membuatkan online user berhenti untuk membaca posting kita.

4. STORYTELLING COPYWRITING

Seperti teknologi, copywriting juga kena berubah mengikut kesesuaian masa dan ketika. Copywriting yang viral pada masa lalu mungkin tidak akan viral lagi pada masa sekarang. Antara copywriting yang paling berkesan pada masa kini adalah secara bercerita atau pun 'storytelling'. Cara ini dapat memberi inspirasi atau gambaran kepada para pembaca dan membuatkan mereka tertarik dengan produk atau servis kita.

MATLAMAT KELAS

Selesai kelas ini anda akan mahir dengan teknik penghasilan posting dan copywriting Facebook yang menarik, serta pemilihan gambar dan video yang baik.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Laptop (jika ada)
Smartphone
Buku nota

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI

1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah
2. Ada nota dan video penerangan secara Live bersama cikgu Saiful Nang Academy
3. Boleh lihat siaran ulangan jika tidak berkesempatan untuk sertai sesi Live pada waktu yang ditetapkan
4. Belajar secara 'step-by-step' dengan penyampaian yang mudah difahami
5. Belajar dari cikgu-cikgu yang berpengalaman dalam pemasaran sosial media dan sentiasa up-to-date dengan trend semasa sosial media
6. Kami menyediakan support group yang berterusan secara PERCUMA di Telegram
7. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA

PENDAFTARAN DAN PERJALANAN KELAS

1. Untuk mendaftar, tekan pada butang "add to cart" dan "check out". Jika ingin memilih option pakej, tekan pada butang "add selected to cart" dan tekan "view cart".

2. Apabila anda sudah membuat bayaran, anda boleh semak email anda untuk link kelas. Anda akan menerima email resit bayaran dan email info kelas dari Saiful Nang Academy.

3. Anda boleh klik URL link yang diberikan untuk masuk ke kelas online.

4. Sila masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan di website Saiful Nang Academy. Kemudian pilih kelas yang anda daftar untuk mengikuti kelas pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

5. Setelah berjaya masuk ke kelas Live, sila baca panduan perjalanan kelas yang terdapat di bahagian Pengenalan.

6. Selepas kelas tamat, anda boleh sertai Telegram Channel Gerakan PhotoSunday untuk sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Assignment atau pun task yang diberikan oleh tenaga pengajar juga boleh dihantar melalui ruangan itu untuk dikritik bagi penambahbaikan.

7. Jika terlepas sesi kelas live, tidak mengapa jangan risau. Anda masih boleh menonton semula video rakaman kelas dalam tempoh dua (2) bulan.

Sebarang transaksi pembayaran yang telah dilakukan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN