Asas Fotografi Digital - Kelas Bersemuka
Regular price RM100.00 MYRINFO KELAS BERSEMUKA
Tarikh : Sabtu | 1 November 2025
Masa : 9.00am - 12.00pm
* Terhad kepada 30 pendaftaran pertama sahaja
Kelas terbaik bagi mereka yang baru bermula dengan fotografi.
Di dalam kelas ini akan kami kongsikan bagaimana untuk memahami teknik kawalan kamera agar foto yang diambil sentiasa dalam exposure yang baik. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk mengambil gambar dengan lebih cantik melalui teknik komposisi.

APA YANG AKAN DIPELAJARI
Pengenalan Fotografi
Fahami struktur kamera, pencahayaan dalam fotografi, jenis lensa dan kamera

Teknik Kawalan Kamera
Bahagian paling penting, kita akan belajar berkenaan ISO, Shutter Speed dan Aperture. Belajar bagaimana mengawal nilai ISO, Shutter Speed dan Aperture untuk mendapatkan gambar yang baik. Apa kesan ISO, Shutter Speed dan Aperture pada gambar yang dihasilkan. Kita akan pelajari juga fungsi manual, shutter priority dan aperture priority

White Balance
Mengapa gambar kita menjadi kekuningan atau terlalu biru? fahami fungsi White Balance untuk mendapatkan warna gambar yang cantik

Komposisi
Ambil gambar tempat sama tetapi gambar dia cantik, gambar kita tidak. Ini kerana gambar yang cantik akan memasukkan elemen komposisi seperti rule of third, leading line, framing dan pelbagai lagi teknik komposisi. Teknik komposisi ini juga akan di ajarkan di dalam kelas ini

Praktikal
Dapatkan pengalaman langsung dan panduan praktikal dari pengajar kami. Sesi praktikal ini memastikan anda dapat mengaplikasikan dengan lancar apa yang telah dipelajari.

MATLAMAT KELAS
Selesai kelas ini, anda akan mahir dengan teknik kawalan kamera dan boleh mengambil gambar dengan baik dengan kawalan manual.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Kamera DSLR / mirrorless atau Smartphone dengan kawalan manual
2. Powerbank (sekiranya perlu)
MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI
1. Kelas diadakan secara fizikal, boleh soal jawab terus dengan cikgu.
2. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
3. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi, hanya RM150 SAHAJA.
TESTIMONI






