Tips Parenting : Bersangka Buruk Adalah Seburuk-Buruk Hati

Memang wujud manusia yang setiap masa berprasangka buruk.
Apa je yang orang lain buat yang dia rasa boleh menggugat kepandaian dia, menggugat kekayaan dia, kedudukan dia, kejayaan dia - sentiasa akan dikondem.
Orang macam ni, tinggalkan je. Biar dia nak menang, silakan. Jauhkan terus dari kelompok ini.
Kalau perangai sebegini ada di kalangan ahli keluarga, jangan dilayan.
Bila dia dah start hawa-hawa nak mengkondem tu, jangan bertanya-tanya.
Jangan tunjukkan kan yang kita berminat dengan pendapat dia.
Diam kan je. Nanti dia berhenti sendiri.
Berprasangka buruk adalah seburuk-buruk hati.
Bermula dengan hati, then tuduhan tanpa bukti, lepas tu tersebar dari mulut ke mulut.
Awalnya prasangka, hujung-hujungnya fitnah.
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain" (Al-Hujuraat 12).
Dari ayat ini, maksud yang paling mudah nak faham adalah, jauhkan diri terus dari punca prasangka.
Maknanya, jangan sesekali berurusan dengan orang yang ada prasangka buruk.
Sebab orang-orang macam ni, walau apapun penjelasan kita, dia takkan terima.
Kalau orang begini di kalangan kawan-kawan, tak apa, boleh menjauhkan diri.
Tapi kalau suami? Isteri? Nauzubillah.
Kalau kita berprasangka buruk terhadap orang lain, setiap masa kita akan merasa tak selamat, feel threatened kat sesuatu yang sebenarnya tak ada.
Even kalau kita menjaga isteri kita dengan baik sekalipun, pergi kerja dihantar, balik berjemput, and one day ternampak isteri kita berbual dengan lelaki lain.
Itu pun masih kita tak boleh tuduh sembarangan. Mesti tanya dulu.
Apatah lagi kita bagi isteri pegi kerja sendiri, balik pun kita suruh dia balik sendiri, eh alih-alih dia nak dituduh-tuduh.
Kalau rasa-rasa diri tu tak boleh nak husnuzon dengan isteri, suruh je isteri duduk rumah.
Suami, jangan berprasangka buruk terhadap isteri.
Isteri pula, jangan buat sesuatu yang membuatkan suami berprasangka buruk.
Begitulah sebaliknya.
Contoh, isteri call tapi suami tak angkat henfon.
Semua benda nanti isteri kaitkan dengan henfon tu.
Bila suami tanya "Malam ni masak apa untuk dinner?"
Dia jawab "Eh, ingatkan sibuk sangat tadi sampai henfon pun tak berangkat. Sempat jugak nak makan ya?"
Haaaa....nampak tak apa punca sebenarnya? (Siapa pernah kena?)
Jadi, kalau terdetik prasangka buruk, terus tanya.
Jangan dibiarkan tanpa jawapan. Nanti merepek-repek kita fikir.
Melainkan kita boleh mengubahnya menjadi husnuzon.
Kalau tak boleh husnuzon, bertanyalah.
Tapi kadang-kadang jawapan dah bagi, tetap taknak percaya. Ni pun satu penyakit gak.
That's why parasangka buruk adalah sejahat-jahat perangai.
Benda yang kita dah jelaskan pun belum tentu diterima.
Kalau kita membuatkan sesuatu yang menyebabkan orang bersangka buruk, salah.
Kalau kita bersangka buruk pun salah.
Dua-dua salah. Tapi, ingat.
Selalunya apabila kita bersangka buruk, ia takkan berhenti sampai situ saja.
Dah tentu kita akan mengumpat sekali. Bila mengumpat, hujung-hujung jadi fitnah.
Double trouble di situ. . Carilah perkara yang boleh menghasilkan hati yang kuat dan sentiasa cari jalan untuk islah setiap hari. Didik anak bersih hatinya.
.
Olahan dari perkongsian asal: Shauqi Hasan Terima kasih kerana share, tanda hati kita semua masih suci untuk berkongsi.


Filter
Tips Parenting : Bersangka Buruk Adalah Seburuk-Buruk Hati - Saiful Nang Academy
Tips Parenting : Bersangka Buruk Adalah Seburuk-Buruk Hati - Saiful Nang Academy