Influencer Reka Fesyen Dari Plastik Pembungkus Mee Segera Sampai Dapat Tawaran Dari Luar Negara
Influencer berdarah Jogjakarta, Indonesia, lebih dikenali sebagai Putri Samboda di Instagram, membuktikan yang kekangan Covid19 telah lebih menyerlahkan lagi tangan seni dan jiwa kreatif beliau.
Beliau yang menetap di Washington kini mengakui yang akibat kebosanan beliau mampu hasilkan idea kreatif ini.
Kebetulan sentiasa mempunyai simpanan stok mee segera keluaran tanahair kelahirannya walaupun berada di perantauan; cuba mengolah apa yang ada dan menghasilkan sesuatu yang boleh dipakai dan nampak trendy dan mahal.
Mula-mula beliau yang tersekat di apartmennya telah mengolah bekas-bekas pembungkus mee segera, menjadi aksesori kecil, beg tangan, kasut, topi, jaket dan macam-macam lagi.
Beliau tak sangka, 'projek suka-sukanya ini diminati oleh mereka yang bukan warganegara Indonesia sendiri.
Beberapa perkongsiannya dalam Instagram juga telah meraih lebih 5,000 likes.
Itulah tuah si kreatif. Buat apa sahaja pun, menjadi. Jaket dari bekas pembungkus plastik mee segera ni pun dah nampak macam jenama mahal dan hanya mampu dimiliki mereka yang 'have have'.
Jangan tak tahu, jaket ini juga menarik tawaran dari luar negara!
Kalau rasa kita dah terlambat nak jadi kreatif, didiklah anak kita pula untuk bermula awal untuk jadi lebih kreatif dari ini. Belum terlambat lagi ni.