TIPS PARENTING 8 : STIMULASI TIMANG TINGGI-TINGGI

Timang tinggi-tinggi, Sampai pucuk atap
Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab

Kami tak nafikan Shaken baby Syndrome (SBS) boleh menyebabkan kematian dan ia disebabkan oleh CARA SALAH menimang anak. Untuk bayi di bawah umur 1 tahun ia memang tidak sesuai walaupun dengan teknik yang betul, tetapi apa yang kami akan kongsikan ialah pelbagai cara stimulasi fizikal untuk menunjang pembangunan otak mereka pada umur yang sesuai.

Kami mengkaji mengapa adab Jawa lebih pro kepada menimang, mendukung dan kelek anak. Bagi bayi yang berumur 1 tahun ke bawah, gunakanlah pelbagai teknik seperti menterbalikkan mereka. Kelek mereka dan kadangkala terbalikkan mereka semasa kita mendukung mereka. Sewaktu mendakap juga kita boleh gerak-gerakkan dalam keadaan berpusing pada kaki kita. Amalkan juga buai bayi dengan kaki, baringkan bayi atas kaki kita dan buai dengan sedikit hayunan kaki kita ke kiri dan kanan. Berikan kesan urutan kaki kita sepanjang tubuh mereka, dengan baringan yang agak sedikit menjunam ke bawah.

Ini terbukti secara perubatan untuk lebih mengaktifkan nerve system dan meninggikan aliran darah ke bahagian kepala dan otak mereka. Adrenalin juga meningkat dan di situlah berlaku pendedahan awal terhadap excitement. Buktinya, anak ini akan ketawa dan merasa seronok seakan akan mereka di geletek sedikit dengan manja. Jika daripada biasa lalu mereka menangis itu tandanya anda sudah keterlaluan.

Setelah melebihi 1 tahun, timanglah mereka. Timang dengan teknik yang betul. SBS boleh berlaku jika anda timang dan sambutnya dengan cara yang keras. Jika anda kurang yakin, mulakan menimang di atas air, kolam renang, sungai atau laut. Seharusnya jika anda timang dan sambut semula, serapkan halaju sambutan sehingga berhenti itu dalam keadaan melutut dan bukannya terus sambut. Lebih tinggi anda lambung, lebih berani anak anda, tidak mudah jadi kecut dan gayat.

Dari seorang bapa follower fb Saiful Nang yang suka menimang anaknya atas air. Ini sangat baik di samping mengelakkan bahaya ia juga boleh mengajar anak berenang.

Dalam hal ini ibu bapa juga melatih diri untuk fokus dan mempertahankan nyawa anak. Ia merapatkan hubungan antara anak dan bapa. Ingat, jangan timang dan lambung anak di tempat yang berbumbung rendah, nanti anak anda tersangkut pulak kat kipas! sebaiknya bawa anak keluar dan berinteraksi dengan timangan sambil berekreasi. Mulakan dengan lambungan yang sangat rendah dan tambah ketinggian sedikit demi sedikit sehingga anda lebih fokus dan yakin dan anak anda tidak terencat kerana terkeju

Hati-hati, jangan serahkan nyawa anak anda kepada orang lain yang tidak pandai menimang dengan cara yang betul.

Sebenarnya secara psikologi, para isteri yang memerhati timangan yang bersungguh-sungguh oleh suami terhadap bayi yang dikandung oleh mereka itu juga akan turut merasa berbangga dan besar hati. Kita tidak akan timang anak dengan sungguh-sungguh jika tidak kerana rasa kasih sayang yang sangat tinggi terhadap anak kita.

Anak-anak kami di Prihatin semuanya kami timang dan kami lakukan pelbagai stimulasi fizikal untuk mengaktifkan adrenalin, saraf dan edaran darah mereka. Hasilnya, stimulasi minda itu menjadikan anak-anak kita orang yang hebat pembangunan mindanya. Sentuhan badan (body contact) akan turut merapatkan hubungan secara biologi dan psikologi anak terhadap kita. Seterusnya, apa yang kita kata dan ajar kepada mereka mudah untuk mereka cernakan.

Ternyata itu berlaku dengan bukti yang kebanyakkan anak-anak di Prihatin yang menerima stimulasi begitu sudah mula petah bertutur seawal umur 18 bulan lagi, berbanding dengan yang tidak menerima treatment seperti itu.

Selamat mencuba

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN


Related Posts

TIPS PARENTING 12 : CEMBURU ANAK
TIPS PARENTING 12 : CEMBURU ANAK
Cemburu tanda kita sayang atau caring. Cemburu yang ada asas, bukan yang membabi buta akan dapat menyelamatkan banyak...
Read More
TIPS PARENTING 6 : BAGAIMANA BERDOA MEMBINA GENERASI YANG TENANG & HEBAT
TIPS PARENTING 6 : BAGAIMANA BERDOA MEMBINA GENERASI YANG TENANG & HEBAT
Doa itu otak ibadah, kemudi ibadah. Fungsi otak dan akal yang paling baik ialah ketika kita dalam keadaan tenang. Kam...
Read More
TIPS PARENTING 5 : JANGAN ANAK MEWARISI SIKAP AYAM JANTAN DAN TIKUS
TIPS PARENTING 5 : JANGAN ANAK MEWARISI SIKAP AYAM JANTAN DAN TIKUS
Fenomena hari ini, ramai anak-anak kita takut & kaku bila bergaul dengan masyarakat. Mereka jadi kurang yakin nak...
Read More