TIPS PARENTING 7 : ISTERI TAAT & SUAMI BERILMU MEMBUAHKAN ANAK GEMILANG

Hari ini kita banyak melihat bagaimana anak-anak begitu sukar untuk dibentuk dan kebanyakan tidak mendengar kata-kata kita selaku ibu-bapa kepada mereka. Terhasilnya anak yang begini adakalanya memeningkan kepala kita selaku ibu bapa.

Tip pendidikan anak yang akan kami kongsikan hari ini adalah peri pentingnya seorang isteri taat kepada suaminya selagi mana suaminya tidak menyuruh beliau melakukan perkara-perkara mungkar.

Dari pemerhatian kami, bila mana seseorang isteri tidak mendengar kata atau ayat mudahnya adalah “Queen control atau Bossy terhadap suami” di dalam rumahtangga, maka tidak berlaku amalan izin, salam dan ampun. Cara tak sengaja ini akan mencipta anak-anak yang sukar untuk dibentuk.

Kesukaran menerima teguran dan mendengar kata dan arahan dicipta oleh ibu terhadap anak. Ini adalah kerana anak-anak tersebut sudah dididik secara semulajadi oleh ibunya dari dalam kandungan dan buaian lagi untuk membawa sifat memprotes atau menjadi tuan.

Oleh itu, untuk ibu-ibu sekalian bila mana anda mendapati anak anda agak degil dan sukar dibentuk, anda hendaklah suluh ke dalam (check diri) anda samada anda sudah memenuhi ketaatan kepada suami anda.

Ini bertepatan dengan firman Allah “Al rijal lu qawwamuna alanisa” “Lelaki itu adalah pemimpin pada wanita.”

Anak-anak dilahirkan bersih tapi ibubapalah yang mencorakkanya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Nak dijadikan petah atau bisu, pemarah atau penyabar, banyak senyum atau banyak muncung, mudah dengar kata atau degil, berdikari atau manja, rajin atau malas dan sebagainya.

Cuba kita sorot kembali bagaimana ketaatan Siti Hajar kepada suaminya Ibrahim a.s. lalu membuahkan hasil anak yang hebat seperti Ismail a.s.. Walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan baginda, keputusan untuk patuh hanya dibuat dengan satu pertanyaan sahaja “Adakah ini dari Allah?”. Maka apabila Nabi Ibrahim a.s. jawab, “Ya, Ianya dari Allah”, Siti Hajar dengan sangat redha dan taat mematuhi kehendak suaminya. Dari Keturunan Siti Hajar lah lahirnya Muhammad Rasulullah SAW.

Oleh itu ibu-ibu sekalian, untuk kita kemudian hari melahirkan generasi yang hebat, sama-samalah kita mendekatkan diri dengan pengatur rumahtangga iaitu suami kita dan berlaku taatlah kepada mereka dan mintalah redha mereka terhadap kita setiap pagi dan petang.

Apa pun hanya bapa yang berilmu, ada pengetahuan tentang wahyu dari Allah saja yang akan selamat untuk dipatuhi. Oleh itu, pujuklah suami anda untuk mencintai ilmu.

Ibu-ibu warga Prihatin sepakat untuk melahirkan generasi yang hebat melalui pendekatan ini, anda bagaimana?

Kudap-kudap sedap dari Ibu-ibu,
WARGA PRIHATIN



Filter
TIPS PARENTING 7 : ISTERI TAAT & SUAMI BERILMU MEMBUAHKAN ANAK GEMILANG - Saiful Nang Academy
TIPS PARENTING 7 : ISTERI TAAT & SUAMI BERILMU MEMBUAHKAN ANAK GEMILANG - Saiful Nang Academy