TIPS PARENTING 5 : JANGAN ANAK MEWARISI SIKAP AYAM JANTAN DAN TIKUS

Fenomena hari ini, ramai anak-anak kita takut & kaku bila bergaul dengan masyarakat. Mereka jadi kurang yakin nak berhadapan dengan manusia. Hasil sistem pendidikan kita jatuh ke tangga ke 52 dalam soal ini. Baiklah, kes ini antara kes terbanyak dalam kajian kami yang menjadi punca anak-anak generasi-Y kurang mampu bergaul dengan orang lain. Mereka ini sibuk dengan PSP, Smartphone dan tablet mereka berbanding dengan berhadapan dengan orang lain. Semuanya bersifat sehala saja. Mereka suka bercakap dengan besi & plastik.

Ini juga punca mengapa dengan ilmu yang terbatas itu mereka menjadi kurang yakin berhadapan dengan manusia. Akhirnya, mereka inilah yang menjadi keyboard warrior yang hanya berani bercakap berdegar-degar macam dialah kepala gengster Yakuza tetapi secara online lah. Jika berhadapan, mereka inilah orang yang menikus yang tak berkeyakinan.

Dedahkan anak dengan input ilmu dan bukan dengan hiburan. Ilmu ini juga yang membantu mereka ini pandai berbicara dan berkeyakinan apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Contohnya salah seorang anak kami, Nik Mohd Harraz yang baru tingkatan 4 sudah mampu berpidato tanpa teks di hadapan ratusan tetamu yang hadir ke Rumah Pengasih Warga Prihatin. Beliau juga mampu selamba berbual dengan kenamaan seperti Perdana Menteri sendiri. Bukan beliau sahaja, anak-anak kami yang lain tidak kurang juga begitu. Mereka didedahkan dengan persekitaran ilmu yang membuat mereka mampu berfikir dan mampu menjadikan itu sebagai kekuatan untuk mereka berkata.

KESAN BAIK BUDAYA SYURO

Antara mekanismanya, mereka ini dari umur 7 tahun telah kami bawa ke dalam syuro harian kami, di mana perbincangan antara 20 orang co-founder itu mereka dengari. Pada umur lebih kurang 10 tahun, kadangkala mereka meminta izin untuk bersuara. Pada ketika itu kita mampu saksikan mereka ini umpama orang yang mengumpul kekuatan dan apabila diizinkan mereka berkata-kata. Yang hebatnya, mereka mampu mengumpulkan segala cara terbaik penyampaian bercakap di kalangan 20 orang co-founder dewasa dan mampu juga mengumpul segala kebijaksanaan yang dikutip dari syuro harian kami.

Adakah anda libatkan anak anda dalam meeting harian keluarga antara anda dengan isteri anda? Ataupun anda dengan isteri anda pun jarang-jarang bermesyuarat (syuro). Ilmu itu luas, jika ilmu akademik di sekolah, kita masih selalu lihat anak-anak yang score straight A tetapi menikus bila berjumpa orang lain. Biasakan anak-anak kita dalam perbincangan harian orang dewasa. Minta mereka untuk dengar dulu dan bercakap kemudian, ini penyebabkan kita dicubit oleh arwah bapa dan ibu kita dulu sebab menyampuk. InsyaAllah, anak akan mampu didewasakan dengan cepat. Cara Nabi Sulaiman a.s. belajar dengan Nabi Daud a.s. antara contoh terbaik.

Dengan cara itu, InsyaAllah kami mampu lihat anak kami tidak menikus bila berjumpa orang lain. Lagi baik, mereka tidak jadi ayam jantan yang kosong mindanya tetapi untuk nampakkan kehebatan, mereka berkokok lebih (itu punca ramainya Keyboard Warrior yang perasan mereka itu saintis, doktor, pakar politik, pakar ketenteraan dll) tetapi apabila disergah, ayam jantan ini lari lintang pukang.

Para guru dan pensyarah mungkin akan berebut-rebut membenarkan fenomena ini. Anda bagaimana?

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN



Filter
TIPS PARENTING 5 : JANGAN ANAK MEWARISI SIKAP AYAM JANTAN DAN TIKUS - Saiful Nang Academy
TIPS PARENTING 5 : JANGAN ANAK MEWARISI SIKAP AYAM JANTAN DAN TIKUS - Saiful Nang Academy