TIPS PARENTING 1 : MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN
MENANGANI ANAK MERAUNG DAN BERGOLEK TENGAH-TENGAH PASAR NAK PAKSA KITA BELI MAINAN MEREKA.
Anda ada masalah dengan anak yang minta mainan koleksi terbaru Ben 10, Dora, Thomas & Friends, Upin Ipin kemudian anda tidak membelikannya lalu mereka terus meraung seperti terkena sawan, memprotes dan bergolek di atas lantai kedai atau lebih teruk lagi di tengah-tengah pasar malam?
Anda ketika itu mesti menyirap darah rasa nak tempeleng sahaja anak tu. Lagi-lagi seluruh manusia di situ semua diam dan memerhatikan anda. Pasti malu kan?
Lalu anda mengalah dengan kehendak itu dan membelikannya walaupun selepas beli itu terus poket anda rabak tak dapat nak beli barang dapur.
"Tak apalah, sayang anak. Kesian pula dia.."
Jika itu berlaku, itu bermakna anda sedang digembala oleh anak anda. Jika tak percaya, anda pergi lagi pasar dan lalu lagi tempat mainan dan jika ada yang anak anda berkenan, pasti modus operandi yang sama akan digunakan lagi.
Dari kajian yang kami laksanakan terhadap anak-anak kami yang bukan residen (anak-anak pengasas bersama) ternyata pada kali pertama mereka menggunakan senjata bergolek & meraung itu tidak kita layan, sampai besar senjata itu tidak digunakan lagi. Paling banyak 3 kali mereka lakukan, kita tak layankannya nanti mereka tak ulang lagi. Memang tahan malu sikit lah. Tak mengapa malu sekali daripada tiap-tiap kali nak mainan kita pula yang kena malu secara istiqamah lagi.
Jangan salahkan kemahuan anak, kita yang bertanggungjawab memimpin mereka bukan dipimpin oleh kemahuan mereka. Mereka hidup masih atas dasar cukup makan, cukup main dah gembira. Kita ada misi besar untuk membentuk akhlak mereka.
Semoga bermanfaat.
Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN