Tips Lighting Nak Ambil Gambar Makanan Cantik

Lapas ambil gambar guna cahaya tepi tingkap terus order masuk bertalu-talu
.
Copywriting dah best, CTA dah letak cuma gambar je yang kena improve. Sebelum ni tangkap gambar asal boleh je, pakai lampu dapur tak pun susun je dalam pinggan lepas tu snap terus. Tak tahu macam mana nak cantikkan gambar makanan kita. Edit sikit-sikit pun tak reti. Jom baca macam mana caranya gunakan cahaya tepi tingkap je pun boleh buat orang terliur tengok gambar kita. Ingatkan susah sangat.
.
Salah satu elemen penting fotografi adalah lighting. Kalau nak ambil gambar landscape atau gambar portrait kena tahu masa yang betul nak dapatkan lighting yang cantik. Sama juga untuk makanan, dengan pencahayaan yang betul gambar makanan kita boleh nampak menyelerakan dan sekali tengok terus boleh buat orang terliur.
.
Tak perlu setting professional pun boleh nampak cantik dan kemas kalau kita tahu caranya. Cuma guna smartphone dekat tangan kita je! Nak tahu macam mana, jom baca sampai habis dan share kepada rakan peniaga makanan dari rumah.
.

1) Pastikan Arah Cahaya Dan Letakkan Makanan Kita Dekat Dengan Sumber Cahaya.

Pencahayaan disini dimaksudkan dengan natural lighting atau sunlight . sumber cahaya yang Biasanya dekat tingkap rumah kita. Tak payah susah-susah nak guna lampu studio mahal-mahal, bukak tingkap , letakkan makanan dan hias sikit lepas tu keluarkan fon boleh terus snap.
.
.
2) Gunakan Reflector

Reflector yang mudah kita dapatkan adalah kertas putih atau aluminium foil. Tujuan reflector ini untuk biaskan cahaya kepada makanan kita untuk kurangkan shadow dan menaikkan lagi warna makanan kita. Tak lah makanan kita nampak dull je.
.
Letakkan reflector kita bertentangan dengan bahagian yang ada shadow. Kita boleh nampak nanti bahagian yang ada shadow akan lebih bercahaya dan kurang bayang-bayangnya.
.
Masih ramai yang tahu trick mudah ni. Boleh cuba dan lihat hasilnya nanti. Practice makes perfect 💪🏼
.
.
3) Jangan Guna Lampu Kalimantang

Satu pantang besar bila nak ambil gambar makanan, jangan gunakan lampu kalimantang. Nanti gambar makanan kita akan jadi flat, tak ada texture dan tak nampak menyelerakan.
.
Rugi kalau makanan kita dah cantik dan nampak sedap pada pandangan mata, tapi silap teknik ambil gambar, tak nampak sedap.
.
Dah tahu tips tapi tak tahu macam mana nak apply pun tak lengkap jugak. Jika berminat nak belajar teori dan amali cara ambil gambar makanan dan macam mana nak bagi orang terliur nampak gambar makanan kita dengan cara yang mudah. tekan button dibawah. Sebarkan kepada rakan usahawan yang perlu tahu ilmu ini. Semoga bermanfaat!

Jom belajar ambil gambar makanan cantk-cantik dengan smartphone


Related Posts

12 Tempat Menarik Shoot Gambar Raya Guna Henfon Untuk Penduduk di 6 Daerah PKP di Selangor.
12 Tempat Menarik Shoot Gambar Raya Guna Henfon Untuk Penduduk di 6 Daerah PKP di Selangor.
Secara rasminya bermula hari ini, penduduk / pemastautin di 6 daerah di Selangor memulakan semula hidup dalam PKP. Da...
Read More
5 Aplikasi Boleh Download Dan Guna Ketika Nak Ambil Gambar Raya Guna Smartphone
5 Aplikasi Boleh Download Dan Guna Ketika Nak Ambil Gambar Raya Guna Smartphone
Dah nama pun raya, mesti lah nak ada gambar cantik-cantik kan untuk kita simpan sebagai kenangan. Komposisi nak ambil...
Read More
5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Raya Keluarga Dengan Cantik Guna Henfon
5 Tips Komposisi Untuk Ambil Gambar Raya Keluarga Dengan Cantik Guna Henfon
Sedar tak sedar, lagi seminggu nak raya. Rasa macam baru haritu masuk tahun baru.  Walaupun raya tahun ni tak dapat n...
Read More