Kenapa Waktu Shoot Gambar Dekat Luar Negara Lagi Cantik Dari Gambar Di Malaysia?

Tajuk di atas adalah pertanyaan yang biasa bermain di fikiran pelajar kami di Saiful Nang Academy. Kaki travel selalu membezakan gambar dekat Malaysia dan luar negara. Padahal pada hakikatnya dekat Malaysia pun boleh buat gambar cantik walaupun pakai smartphone sahaja. Contoh-contoh di bawah adalah gambar yang kami ambil dan edit menggunakan smartphone sahaja. 

Kenapa Malaysia ramai cakap cahaya dia tak cantik? Bukan tak cantik. Kalau dekat negara Eropah cahaya dia walaupun dah masuk tengahari kedudukan matahari tidak tegak di atas kepala kita. Bila ada atas kepala lighting akan jadi 'FLAT". So cahaya dia kurang kreatif. Nak mudah faham shoot pakai lampu kalimantang yang ada dalam rumah kita.

Dari sudut geografi pula Malaysia terletak di garisan khatulistiwa. Negara kita lepas jam 9 AM matahari dah mula naik dan nak ambil gambar cantik-cantik dah susah. Sebab tu kita kena kejar morning light. Waktu-waktu yang cantik juga adalah sewaktu GOLDEN HOUR dan BLUE HOUR. Waktu ini berlaku dengan sangat singkat. Kena ada timing yang betul baru dapat gambar landscape yang diingini. Blue hour kebiasaannya 15 minit sebelum matahari terbit dan 15 minit selepas matahari terbenam. Untuk golden hour pula kebiasaannya 1 jam selepas matahari terbit dan 1 jam sebelum matahari terbenam.



Nak gambar cantik tak cukup sekadar timing yang tepat. Composition, angle dan pemilihan lokasi memainkan peranan yang penting. Nak tak kami ajar cara mudah pakai smartphone untuk buat gambar-gambar macam ni? At least waktu travel nanti gambar cantik dan siap boleh print sebagai kenang-kenangan. Semua golongan boleh join kelas ni. Tiada had umur. Kelas Online ini boleh akses selama 6 bulan. Bukan sekadar ajar shooting malahan siap edit sampai gambar nampak hidup. Banyak trick dia sebenarnya. Seisi keluarga boleh belajar ilmu ni. Lepas ni jalan mana-mana memori akan lebih indah dah macam ada private photographer sendiri. Nak belajar lebih mendalam dengan yuran RM 50 sahaja tekan sahaja link gambar di bawah.

 



Filter
Kenapa Waktu Shoot Gambar Dekat Luar Negara Lagi Cantik Dari Gambar Di Malaysia? - Saiful Nang Academy
Kenapa Waktu Shoot Gambar Dekat Luar Negara Lagi Cantik Dari Gambar Di Malaysia? - Saiful Nang Academy