Kamera Smartphone Bakal Menandingi DSLR Pada Tahun 2024

Ketua Pegawai Eksekutif bahagian Sony Semiconductor mendakwa bahawa kamera telefon pintar akan menandingi kualiti kamera single-lens reflex (DSLR) dalam beberapa tahun akan datang, khususnya menjelang 2024. 

Sony baru-baru ini mengadakan sesi taklimat perniagaan untuk Imaging and Sensing solutions di mana Terushi Shimizu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Semiconductor Solutions, berkata bahawa dia dan bahagiannya menjangkakan kualiti imej yang diambil dengan telefon pintar akan melebihi kualiti yang diambil dengan kamera DSLR menjelang 2024. Kenyataan yang diberikan berdasarkan bahan pembentangan.

"Kami menjangkakan bahawa kualiti imej telefon pintar akan melebihi kualiti imej kamera DSLR dalam beberapa tahun akan datang," katanya.

Beliau menyatakan bahawa perkara ini mampu dicapai dengan menggabungkan sensors, aperture yang lebih besar dan teknologi computational photography.

Bahan pembentangan tersebut menunjukkan kepercayaan Sony bahawa sistem kamera berprestasi tinggi sedang dibangunkan di mana ia mampu meningkatkan saiz sensor dan menggabungkannya dengan image signal processors (ISP) yang lebih baik dalam telefon pintar yang canggih — Sony menjangkakan saiz purata sensors akan menjadi dua kali ganda lebih besar menjelang 2024. Kedua-dua faktor ini bersama-sama dengan apa yang dipanggil "quantum saturation" dan artificial intelligence processing (computational photography), Sony percaya bahawa kamera jenis interchangeable lens (ILC) akan ditandingi teknologi telefon pintar.

Ramalan Sony untuk telefon pintar tidak berakhir di situ. Menjelang 2025 ia menjangkakan telefon pintar akan terima lonjakan dalam prestasi high-speed video, lebih megapiksel dan prestasi autofocus yang lebih baik. Ini termasuk bacaan berkelajuan tinggi yang menyokong video 8K, multi-frame processing untuk HDR yang lebih baik dan AI processing yang lebih berkuasa. Sony juga percaya bahawa dengan menggunakan maklumat jarak, melalui time-of-flight sensors atau LiDAR, kemampuan focus akan menjadi lebih mudah, pantas dan tepat.


Menjelang 2030, Sony menjangkakan telefon pintar akan menerima folded optics, atau dikenali sebagai periscope lenses, dalam masa yang sama terus menambah baik AI processing untuk menghasilkan foto berkualiti tinggi. Sehubungan itu, Sony baru-baru ini mempelopori periscope lens yang boleh di zoom sepenuhnya dalam model Xperia 1 Mark IV. Syarikat itu juga percaya 8K akan menjadi standard, digital manipulation bokeh serta pengcahayaan mampu dihasilkan dalam foto dan video.

Seperti yang dijangkakan, perkembangan prestasi foto dan video dalam telefon pintar ini menyebabkan Sony meramalkan peningkatan jualan yang berterusan dalam sektor mobile imaging, memandangkan saiz sensor semakin besar dan memacu pasaran.

Kamera telefon pintar berkualiti tinggi sudah pun berada di pasaran. Samsung, sebagai contoh, baru-baru ini mempamerkan sensor 200 megapiksel dengan mencetak foto resolusi tinggi sebesar bangunan. Periscope lenses akan mampu pergi lebih jauh untuk menangani had fizikal optik telefon pintar. Jadi ada kemungkinan banyak yang boleh berubah dalam dua tahun akan datang seperti yang diramalkan oleh Sony.

Oleh itu, tiada alasan lagi untuk kita semua tak mampu hasilkan gambar terbaik tanpa kamera canggih kerana masing - masing sudah pun ada smartphone sendiri. Hanya tinggal KEMAHUAN dari diri sendiri untuk belajar. 

Daftar sahaja ke kelas SMARTPHONE PHOTOGRAPHY bersama kami. KELAS ONLINE sahaja, tak perlu risau jika duduk jauh dan juga kita sediakan rakaman untuk peserta ulangkaji selama sebulan. Klik sahaja button ADD SELECTED TO CART di bawah untuk daftar.


Related Posts

Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Pengenalan Teknik Bokeh Untuk Pemula
Gambar oleh Ugur Akdemir Rujukan untuk blog kali ini dipetik daripada laman web rasmi Nikon USA. Kepada pemula fotogr...
Read More
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
4 Aplikasi Photo Editing Daripada Jenama Popular
Buat mereka yang gemar mengambil gambar menggunakan smartphone, pasti perlukan aplikasi yang cepat dan mudah untuk me...
Read More
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Digital Noise: Antara Kelebihan Dan Kekurangan
Bagi penggemar fotografi di luar sana, pasti sudah faham dengan terma digital noise. Ia adalah salah satu perkara yan...
Read More

Filter
Kamera Smartphone Bakal Menandingi DSLR Pada Tahun 2024
Kamera Smartphone Bakal Menandingi DSLR Pada Tahun 2024