Ini Contoh Gambar Yang Diambil Untuk Menghasut Dan Buat Orang Geram

Ramai yang salah faham untuk gambar marketing paling penting gambar perlu cantik semata mata.

Tak Tepat

Gambar Cantik itu penting, tetapi nombor 1 ialah nak pastikan gambar kita ni orang jadi geram. Macam mana?

1. Ambil gambar dari first person view

Ini memberi impressi seolah-olah yang melihat gambar ini sedang berada di sana.

2. Model tak perlu pandang kamera dan gaya santai sahaja

Gambar yang dihasilkan seolah-olah kita sedang betul betul menikmati tempat/makanan tersebut.

3. Jangan Abstract sangat

Ada yang buat gambar cantik tapi orang tak faham tujuan, itupun masalah.

Make it simple,

Nak buat orang lapar : Tunjuk gambar orang sedang makan

Nak buat orang geram travel : tunjukan gambar pemandangan dengan orangnya, Jangan sekadar pemandangan semata-mata.

4. Warna jangan kusam

Untuk pemasaran, warna klasik dan kusam kurang sesuai. Nanti dalam social media dia tak standout. Warna biar bright tapi tak berlebihan.

Ini sedikit sebanyak tips ringkas. Jadi lepas ini ambil gambar pastikan tahu untuk apa. 

Syibli Fakih

Dulu ambil gambar landscape tak suka letak orang dalam gambar, tapi untuk Rarecation dah berhijrah disiplinnya. Setiap gambar landscape wajib ada orang. Baru orang geram.

 

Berminat nak belajar Landscape Photography dengan lebih lanjut, boleh klik di sini 


Related Posts

Samsung Dan Xiaomi Ikut Jejak Langkah Apple Jual Smartphone Tanpa Charger
Samsung Dan Xiaomi Ikut Jejak Langkah Apple Jual Smartphone Tanpa Charger
Setelah banyak troll yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi ini mengenai keputusan Apple untuk menjual iPhone ...
Read More
Jangan buat kesilapan ni kalau nak gambar kita cantik
Jangan buat kesilapan ni kalau nak gambar kita cantik
. Nampak macam simple tapi kalau kita elak kesilapan-kesilapan ini, gambar kita boleh jadi cantik. Tak kira pakai hen...
Read More
Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea
Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea
Tak perlu ke Pulau Nami atau Pulau Jeju kalau kebun di belakang rumah pun kita boleh gunakan sebagai lokasi 'outdoor ...
Read More