Dispo : Apps Foto Saingan Instagram

Sejak lebih dari satu dekad, Instagram dah jadi raja aplikasi foto yang tak ada tandingan sampai sekarang.

Dalam Top Chart AppStore bagi apps paling banyak yang di install pengguna buat masa ini pun, Instagram berada di tangga ke 2 selepas YouTube.

Tapi sekarang dah ada saingan dalam kategori apps foto dah, walaupun belum meluas sepenuhnya, Tengok senarai carta ini untuk kenal apa apps terbaru yang dah nak hampir merebut tempat Instagram ni.

Pernah dengar tentang DISPO tak?  Ini adalah satu apps foto yang memang bertentangan sangat dengan fungsi instagram. Founder Dispo ini adalah David Dobrik yang dikenali sebagai antara karakter utama dalam The Vlog Squad di YouTube.

Kalau di Intagram kita boleh guna sebagai hub untuk dapatkan network, marketers dan semua yang ada kaitan dengan kreatif. Instagram boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan, seperti sosial, perniagaan, pengembangan bakat / potensi diri dan kerjaya juga.

Selain guna foto, Instagram juga boleh digunakan untuk perkongsian video-video pendek dan panjang untuk tujuan-tujuan pelbagai yang dinyatakan sebelum ini.

Tapi, apa pula tentang Dispo ni? 

Dispo ni adalah rangkaian sosial baru untuk berkongsi foto yang dilancarkan pada 19 Februari 2021 dalam versi beta. Tidak sampai seminggu, Dispo dah jadi aplikasi keempat paling banyak dimuat turun di AppStore dan dah tarik minat pelabur dalam kalangan orang ternama dan berpengaruh termasuklah ahli politik.

Apps ini mempunyai fungsi seakan-akan 'kamera digital pakai buang'. Lepas 'shoot, share, selesai'. Dispo tak ada fungsi yang banyak atau canggih untuk kita share gambar. Nak edit gambar pun tak boleh. Kiranya, memang gambar yang kita share akan jadi macam sangat 'back to basics' sungguh-sungguh. Jadi, Dispo nak kekalkan originality gambar. Barulah gambar kita tu memang real dan tak fake!

Dispo ni macam mengembalikan nostalgia kita dengan kamera filem analog (orang Malaysia kalau sebut filem Kodak, memang yang baya ibu / ayah / nenek / datuk kita memang kenal sangat). Kamera jenis ni, kalau kita dah tertekan butang 'snap' tu memang kekallah gambar kita macam yang sedia ada je.

Tak ada nak crop, edit, tambah filters, stickers, teks dan lain-lain pun. Bukan tu je, kalau kita post atau share sekarang, gambarnya hanya akan Dispo publish pada jam 9.00 pagi esoknya. Ini memang network sosial yang 'anti-Instagram' sangat-sangat, kan?

Yang buatkan Dispo ni eksklusif, semua org boleh install, tapi tak semua org boleh guna. Selepas install, pengguna perlu tunggu ada pengguna awal approve / invite atau kita DM akaun TikTok DispoHQ baru permohonan kita akan diluluskan. Ini kerana apps ni masih baru sangat (bulan lepas baru dilancarkan), jadi sistemnya belum mampu nak muatkan ramai orang lagi. Jadi, siapa yang dah dapat invitation tu memang eksklusif jugalah penyertaan kita tu.

Dalam Dispo, semua gambar yang ditunjukkan tak boleh ditambah sebarang caption untuk kita terangkan apa yang kita cuba sampaikan. Semua gambar yang kita ambil, akan dikumpulkan dalam 'roll' yang kita boleh kongsikan dengan pengguna lain. Nak private kan pun boleh yang kita saja boleh view. Bila kita share rolls, baru orang lain boleh view dan beri like atau komen.

Menarik dan jadi satu apps yang agak 'refreshing' kan? Maklumlah, dengan macam-macam filters yang ada dalam macam-macam social apps, Dispo bawa satu sudut pandang yang sangat berbeza. 

Tagline Dispo “Live in the Moment" menggalakkan pengguna buat perkongsian foto-foto 'seadanya' dan lebih 'real' tanpa edit berlebihan dan bersifat telus. Jadi, kalau anda, nak jadi pengguna Dispo? Boleh install sekarang di AppStore!

Ada apps foto banyak-banyak tapi tak dapat hasilkan foto cantik pun tak guna juga kan?

Nak belajar shoot foto cantik dan / atau edit 100 foto dalam masa 10 minit guna smartphone je dalam Kelas Smartphone Photography dan / atau Smartphone Photo Editing? Tekan link pada gambar untuk maklumat lanjut!



Filter
Dispo : Apps Foto Saingan Instagram - Saiful Nang Academy
Dispo : Apps Foto Saingan Instagram - Saiful Nang Academy