Apa beza Kamera Smartphone & Kamera Biasa?
Rata - rata antara kita ramai yang sudah berhijrah dari mengambil gambar menggunakan kamera kepada smartphone sahaja. Akan tetapi, masih ada lagi kelompok yang masih setia dengan kamera.
Yang mana satu pilihan terbaik? Pastinya ada kelebihan dan kekurangan pada kamera mahupun smartphone. Jom kita lihat 5 perbezaannya.
1. Mudah untuk dibawa
Tak dinafikan, jika dibandingkan antara smartphone dengan kamera, pastinya kamera lebih berat dan perlukan penjagaan yang rapi untuk membawanya. Mungkin itu salah satu sebab mengapa ramai yang sudah berhijrah menggunakan smartphone untuk mengambil gambar. Pergi mana - mana sahaja, bila nampak moment yang best, terus keluarkan sahaja smartphone dari poket kita. Tak perlu ambil masa yang lama untuk set up kamera.
2. Editing gambar
Bila menggunakan kamera, kita perlu transfer dahulu gambar yang diambil kemudian baru boleh edit dalam PC/ laptop. Tetapi bila gunakan smartphone, selepas sahaja kita ambil gambar dah boleh terus kita ke proses editing dalam smartphone yang sama juga. Dari situ dapat menjimatkan masa kita juga. Dalam smartphone pula, ada pelbagai apps yang boleh kita gunakan untuk edit gambar seperti Lightroom Mobile, Snapseed, Pics Art dan lain - lain lagi yang boleh kita explore.
3. Lens yang bagus
Sememangnya, kualiti gambar yang diambil menggunakan kamera lebih bagus daripada smartphone. Ini kerana fungsi lens yang sangat baik menjadikan gambar kelihatan jelas. Di sini kita nampak kekurangan pada kamera smartphone. Sebaiknya jangan sesekali menggunakan fungsi zoom pada smartphone bila nak ambil gambar lebih dekat, kerana ianya bakal menghasilkan gambar yang tidak jelas dan kelihatan agak 'pecah'. Kita sendiri perlu terus dekatkan diri dengan subjek untuk ambil gambar lebih dekat.
4. Social post
Selain daripada boleh edit terus gambar menggunakan smartphone, ianya sangat memudahkan kita untuk buat posting dalam media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain - lain. Bila - bila masa sahaja kita boleh update gambar aktiviti yang kita lakukan sepanjang hari tanpa tunggu masa yang lama.
5. Harga
Apabila teknologi smartphone berkembang dan lebih meluas, harga kamera digital telah mengalami penurunan akhir - akhir ini. Akan tetapi, yang penting sekali bukan harga yang menentukan gambar kita itu baik atau tidak, tetapi pada kita yang membidiknya, samada sudah ada ilmu ataupun belum.
Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan cara ambil gambar cantik dengan smartphone dan belajar cara penggunaan kamera DSLR atau apa jenis kamera, tekan button di bawah.
Saya nak belajar ambil gambar cantik dengan smartphone
Belajar cara gunakan kamera dan fungsi manual dalam smartphone