7 TIPS SHOOT FOTO SMARTPHONE GAYA PRO

Meniru dari yang pakar menghasilkan gambar pro walaupun guna smartphone, walaupun tak banyak, sikit pun mesti boleh hasilkan yang hampir sama.

Tak semestinya tiru sebiji tapi kita improve dari gambar yang orang lain pernah buat. Jadilah peniru yang bagus, kalau untuk tujuan tambah ilmu yang bagus juga.

Bukan suruh meniru untuk mencuri barang atau foto orang. Kita tiru, kita buat sampai jadi lebih bagus dari yang ditiru. OK, kan?

Gambar ke 5, sambil nak minum petang pun boleh kita shoot. Lepas tu sambunglah mengunyah.

Dapat ke parit depan rumah pun dah sejuta rahmatlah masa PKPB ni. Tidaklah terperuk je dalam rumah / bilik saja dan yang paling jauh, menapak ke dapur. Tapi kalau dah kat Tasik Taiping tapi tak shoot gambar lawa-lawa, rugi jugalah.

Daripada ke hulu-ke hilir genggam smartphone je, cuba sedas-dua 'tembak' gambar tepi tasik macam ni. Kalau mata lebah mesti sentiasa jumpa apa yang baik dan cantik di mana-mana. Kan?

Ini cara MENIRU yang disarankan:

(1) BERSIHKAN LENS SMARTPHONE

Tak ada guna kalau lens smartphone kita ada lapan belas pun kalau kesemuanya tu berselepat lemak, minyak dan calar-balar.

Macam biji mata dan iris kita, kalau rasa kabur je, mesti terus nak gosok mata tu kan?

Gunakalah kain lap cermin mata kita tu lapkan dulu selepat-selepat pada lens tu. Barulah gambar sharp, tak kabur, mengancam!

(2) DEKATKAN JARAK, JANGAN ZOOM

Kelebihan zoom pada smartphone ni bagusnya kalau kita nak zoom tulisan anak murid kita tulis karangan dengan saiz tulisan yang halus.

Kalau nak zoom & shoot gambar, memang tak berapa cantik dan gambar akan nampak 'pecah'. Lebih baik kita yang bergerak mendekati subjek, kemudian kita shoot. Jangan lupa buat AE/AF lock di skrin kamera smartphone tu. Barulah 'sharp' gambar kita nanti.

(3) SHOOT DARI PELBAGAI SUDUT

Jangan hadkan kreativiti kita pada satu-satu sudut pandangan sahaja. Cuba shoot dari sudut berbeza sedikit dari kebiasaan, mesti gambar yang dihasilkan pun nampak ada kelaianan.

Kata nak jadikan gambar kita tu jadi BIG STOPPER. Barulah lama sikit orang menyinggah di 'kedai' kita. Sempatlah nak cucuk jarum marketing lebih lama.

(4) SHOOT SUBJEK MELALUI CERMIN

Shoot gambar anak melalui cermin pun boleh beri kesan berbeza pada gambar. Tak adalah balik-balik dok macam tu juga gambar kita tu.

Dalam gambar, ada gambar. Jadilah extra!

(5) TUNJUK TINGKATAN SUSUNAN DAN SAIZ

Cantik pula biskut ni kita susun bertingkat-tingkat dan guna hiasan / props sikit. Biskut lemau sepeket RM3.90 pun terasa macam harga RM puluh-puluh jadinya.

Barulah nampak 'ada kelas'!

(6) GUNA SUMBER CAHAYA ASLI

Tak payah nak mengangkut 'onsemore' ke 'rodok' ke sana-ke sini. Dah tentu 'natural light' tu lebih baik dari 'artificial light'.

Syarat utama gambar jadi cantik adalah jumlah cahaya mencukupi yang ada semasa gambar dihasilkan. Yelah, selainnya kalau dia masuk kelas fotografilah baru lengkap penghasilan gambar cantik tu nanti.

(7) TUNJUK BENTUK DAN BAYANG BADAN

Ni, kalau dah tak ada idea sangat, buatlah fotografi silhouette ni.

Sebarang subjek pun boleh. Asalkan kita shoot gambar subjek menghadap sumber cahaya. Ada 'backlight', jadilah dia.

Seronok sebenarnya bila dengan gajet yang kita memang sentiasa bawa ke sana-ke sini tu, kita boleh hasilkan gambar-gambar yang super cantik, macam pro. Semuanya kerana kita ADA ILMU.

Kami nak kongsikan semua tips terbaik untuk semua manfaatkan smartphone yang ada, untuk shoot gambar macam pro. Nak tak? Tekan link pada gambar-gambar SEKARANG untuk daftar dan belajar!
Selamat mencuba!