7 Sebab iPhone Lebih Baik Berbanding Android

Antara kelebihan iPhone yang paling best adalah dari segi ketahanannya. Iphone keluaran 6 tahun lepas 2015 pun masih boleh pakai sampai sekarang. Kalau screen retak tu salah penggunanya. Nama pun cermin kalau main campak-campak confirm akan pecah. Tapi memang betul sebab sampai sekarang masih lagi team dari SNA gunakan iphone 6 untuk tambahan kamera untuk urusan live kami.

Kenapa photographer banyak pakai jenama Apple? Salah satu sebabnya adalah kerana colour calibration yang baik ada pada jenama ini di mana warna yang kita nampak dalam laptop kita adalah warna yang sebenar tanpa perlu invest lagi untuk colour calibration yang ada yang boleh memakan kos sehingga RM 2000 sekali servis.

Bila dah pakai laptop jenama Apple biasanya pengguna Apple akan invest juga kepada iphone kerana ciri "air drop" yang ada pada produk Apple memudahkan urusan "transfer' file gambar atau video yang ada dalam smartphone kita tanpa memerlukan wayar tambahan. Bukan setakat tu je sebenarnya tapi banyak lagi. Jom go through semua gambar di bawah kalau nak tahu.

1. KEMASKINI iOS

Apple sehingga hari ini, masih mengekalkan peranti generasi lama mereka. Bayangkan, iPhone 6S yang dilancarkan pada tahun 2015 sehingga hari ini masih menerima kemaskini iOS 14. Ini bermakna, Apple masih memberi kemaskini iOS walaupun peranti generasi lama mereka sudah berusia enam tahun. Android pula, hanya berjumlah tiga tahun. 

2. EKOSISTEM iOS

Kebanyakan penggemar produk Apple, pasti akan memiliki sekurang-kurangnya dua produk mereka. Seperti iPhone dan iPad, iPhone dan Macbook atau kesemuanya sekali. Ekosistem iOS ini sangat baik, sehinggakan pengguna boleh menjawab panggilan telefon dan membalas SMS dari iPhone secara terus dalam Macbook atau iPad. Pengguna dengan mudah boleh mengawal muzik dari Apple Music dan juga banyak alat berhubung dengan arahan suara melalui Siri.

3. KAWALAN GESTURE

Iphone X yang memulakan kawalan gesture ini. Jika Apple tidak mengimplementasikan kawalan ini, confirm tiada peranti Android yang akan mengikut jejak langkah Apple. Kawalan gesture iPhone X tidak dinafikan adalah antara yang terbaik. Ia sangat lancar, animasinya cantik dan juga mudah digunakan. Jika pada peranti Android, kawalan gesture nya adalah bergantung kepada pengeluar peranti dan ia berbeza. Jadi, pengguna Android mesti keliru.


4. TERBITAN MEDIA SOSIAL

Tahu tak sebenarnya Instagram pada awalnya adalah aplikasi media sosial yang khusus dibangunkan untuk pengguna iPhone. Kalau perasan, hasil gambar yang dimuat naik ke Instagram dari iPhone lebih cantik dari Android. Lebih-lebih lagi hasil video yang dimuat naik. Hasil video dari iPhone generasi lama lebih cantik berbanding Android jika dimuat naik pada Instagram Stories atau Instagram Live. Perkara yang sama jika pengguna memuat naik melalui aplikasi media sosial Facebook, Snapchat atau panggilan video WhatsApp.

5. SCREEN TIME 

Pada iOS 12, Apple memperkenalkan fungsi Screen Time. Screen Time adalah satu fungsi yang boleh dikatakan sangat sama dengan Digital Wellbeing yang hadir pada Android 9.0 Pie. Cuma kali ini, Apple mulakan dahulu. Melalui Screen Time, pengguna boleh melihat berapa jam telah mereka habiskan masa pada sesuatu aplikasi. Seterusnya, Screen Time turut boleh diselarikan dengan ‘Do Not Disturb‘ agar ia tidak mengganggu pengguna pada waktu tidur. Berbeza dengan Android, Screen Time pada iOS turut boleh diselarikan dengan banyak peranti. Ini bermakna, jika pengguna iPhone tadi memiliki lebih dari satu iPhone atau iPad.

6. INOVASI FUNGSI CIRI DARI ANDROID 

Bab ni memang hangat diperkatakan. Bab meniru memang betul. Ramai yang mengatakan Apple kerap meniru fungsi dan ciri dari Android. Tetapi pada Android 9.0 Pie kali ini, jika anda perasan persamaan antara iOS dan Android memang banyak. Google tiru Apple? Walaupun iOS meniru fungsi dari Android, apa yang menariknya adalah inovasi dan pengoptimasian yang dibawakan oleh Apple. Fungsi yang ditiru ini adalah lebih baik di iOS berbanding Android. Contoh, kemampuan meletak widget. Di iOS, terdapat satu bahagian khas untuk widget dan ia mudah diakses dengan hanya gerakan ke atas dan ke bawah.

7. SOKONGAN AKSESORI UNTUK iPHONE 

Menarik dengan iPhone adalah aksesori dari iPhone gen lama masih boleh digunakan pada iPhone gen seterusnya. Contoh, kerangka iPhone 5 masih boleh digunakan pada iPhone 5S dan iPhone SE. Begitu juga dengan cover screen. Kemudian, kerangka pelindung pula iPhone 7/7 Plus boleh digunakan pada iPhone 8/8 Plus. Boleh ke aksesori dari OnePlus 5 digunakan pada OnePlus 5T atau aksesori dari Galaxy S8 diguna semula pada Galaxy S9? Hanya iPhone sahaja boleh setakat ini.

Rugi kalau kita ada smartphone mahal tapi tak manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Apa kata ajak kawan-kawan untuk belajar ilmu menghasilkan gambar yang baik meskipun hanya menggunakan smartphone. Sekarang pun kami ada PAKEJ COMBO daftar kelas Smartphone Photography dan Smartphone Photo Editing boleh dapat RM 100 sahaja daripada harga asal RM 140. Boleh jimat RM 40 dah kat situ. Kita go detail dan siap ada praktikal dalam kelas online nanti. Kita ajar nak buat gambar padu pakai smartphone dan teknik yang mungkin anda pun tak pernah dengar. Boleh klik je gambar di bawah ni untuk mendaftar. 


Related Posts

Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Tips Ambil Gambar Anak Luar Biasa Guna Smartphone & Props Di Rumah
Kadang-kadang bosan juga guna cara dan gaya yang sama bila ambil gambar, kan? Sesekali, cuba buat kelainan sikit. Bar...
Read More
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
3 Jenis Lensa DSLR Untuk Pemula
Gambar oleh Paul Skorupskas Dalam topik kali ini, saya ingin kongsikan beberapa lensa yang anda patut cuba pada DSLR ...
Read More
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
5 Tempat Santai & Tenang Untuk Ambil Gambar
Gambar oleh De an Sun Hari ni saya kongsikan serba sedikit idea lokasi untuk fotografi secara santai. Terpulang ke...
Read More

Filter
7 Sebab iPhone Lebih Baik Berbanding Android - Saiful Nang Academy
7 Sebab iPhone Lebih Baik Berbanding Android - Saiful Nang Academy