5 rahsia jadikan gambar makanan kita menyelerakan bila orang tengok

Rahsia ni semua homebaker, peniaga makanan online, dan owner restoran wajib tahu

Tips paling utama bila berniaga makanan ni ialah kita mesti buatkan gambar makanan kita menggiurkan dan buat orang lapar. Kalau orang tengok tapi tak lapar tu kira gambar kita gagal lah nak menarik minat pelanggan. Melalui gambar juga harus menampakkan kesedapan makanan itu sendiri walaupun rasanya tidaklah sesedap mana.

Gambar nampak sedap, nampak tempting dan berjaya buatkan orang menggigil perut nak makan, automatically order masuk tak putus-putus

Order banyak = sales melimpah ruah

Kat sini kami nak kongsikan rahsia yang kami sendiri praktikkan ketika menjalankan perniagaan Restoran Dapur Raya. Kami tak kongsi benda yang tak proven, kami kongsi benda yang dah terbukti membuahkan hasil yang lumayan. Jangan risau, semua rahsia dan tips ni boleh digunakan dengan henfon jer, tak perlu beli equipment dan camera mahal-mahal.

1) PENCAHAYAAN YANG BETUL

Perkara paling crucial sekali dalam food photography ialah pencahayaan. Pencahayaan sepatutnya perlu menonjolkan ‘sisi baik’ makanan kita.

Pencahayaan yang terbaik ialah natural lighting. Tapi awas, natural lighting tu tak bermaksud untuk kita buat sesi photoshoot di bawah terik matahari ya, jangan silap.

Teknik pencahayaan pula ada pelbagai jenis, kalau dalam rumah mcm mana, outdoor photoshoot lain pula, dan angle of lighting juga memainkan peranan penting.

2) KOMPOSISI

Komposisi pula ada beberapa perkara, antaranya:

i) angles & shots camera: ada banyak jenis angle and shots dalam food photography, dan kena tahu 1 good angle doesn’t work on every photo.

ii) colour: apa yang membuatkan gambar makanan kita naik? Yes, colour! Kita kena tahu warna-warna apa yang boleh stimulate selera dan nafsu lapar manusia. Dah tahu yg ni, boleh la kita implement dalam gambar makanan kita

iii) background: Alamak! Taknak background yang messy dan too colourful sangat please. Background yang terbaik ialah yang terang/cerah warnanya, gelap, dan berkonsepkan kayu

iv) selective focus: bila ambil gambar makanan, focus juga sangat penting untuk dipertimbangkan. Jangan salah focus. Boleh juga try close-up focus atau background bokeh

v) rules of third: bukan wajib buat, tapi sebagai guideline shj. Rules of third bagus untuk di implement dalam gambar tapi TAK WAJIB. Kalau kita rasa gambar kita dah cantik tanpa apply konsep rules of third, then we stick to what we believe.

3) DECORATIONS & PROPS

Nak menampakkan gambar kita lebih menarik, kita boleh guna props dan decorate scene kita. But, always bear in mind that less is more. Faham kadang kita pun rasa mcm deco kita ‘tak cukup’, tapi percayalah itu lagi terbaik sebenarnya berbanding deco yang sarat-barat sampaikan bila orang tengok pun tak tahu apa sebenarnya yang ingin kita tonjolkan dalam gambar.

Props yang digunakan juga haruslah compelement the food. Jangan lah ambil gambar udang masak lemak cili api tapi props nya daging cincang. Kan tak kena tu. Jika kita jual blueberry cheesecake, props yang digunakan pun boleh la letak blueberry, cheese, tepung, dan butter. Utensils pula elakkan guna yang berkilau-kilau. Yang berkilau tu kita simpan dalam almari untuk tatapan tetamu je, okay?

4) SKILL EDITING FOTO

Sekarang dah mudah, tak perlu ada kemahiran tertentu untuk guna software editing yang advance dan power macam Photoshop.

La ni edit kat Snapseed dan Lightroom jer. Percuma dan user friendly, nak belajar pun tak susah dan complicated seperti software yang lain. Hanya dengan beberapa picit-picit boleh naikkan seri gambar kita. Tak percaya? Try lah!

Boleh belajar kat sini kalau nak upgrade skill editing sebagai seorang peniaga online. Berbaloi-baloi ada ilmu ni sebab ilmu boleh diguna pakai untuk tujuan lain juga. 

5) HUMAN ELEMENT/TOUCH

Secara psychology nya, bila kita makan beramai-ramai kita akan rasa lebih gembira. Dengan meletakkan human element/touch dalam foto kita, menjadikan gambar kita tu ‘hidup’ dan membawa mesej yang positif.

Selalu tak kita perasan yang sesuatu makanan tu bila makan ramai-ramai masa gathering haritu sedap betul rasa dia, lepas tu bila beli dan makan sendirian, rasanya tidaklah sesedap seperti hari itu. 

Gambar yang mempunyai human touch ini juga membawa maksud lifestyle dan ianya lebih realistic dan relatable dengan kehidupan kita.


Kalau nak belajar lebih lanjut cara nak ambil gambar makanan kasi nampak menggiurkan dan menyelerakan, boleh join kelas online food photography kami di sini. Nak belajar cara shoot video makanan pun boleh juga di sini. Belajar dua-dua baru lah lengkap skil kita sebagai peniaga makanan! Nak buat marketing senang, nak buat menu catalogue boleh, nak buat video makanan untuk blast kat whatsapp atau letak kat website/sosial media pun boleh. 



Filter
5 rahsia jadikan gambar makanan kita menyelerakan bila orang tengok - Saiful Nang Academy
5 rahsia jadikan gambar makanan kita menyelerakan bila orang tengok - Saiful Nang Academy