Rahsia Peniaga Makanan Online Tingkatkan Jualan Berganda-Ganda

Orang kata nak ikat suami dari perutnya, 
Tapi kita peniaga nak tarik minat pelanggan ialah dari video yg menggiurkan.

Video yang menggiurkan dan video yang nampak tempting sangat berkesan semasa nak mempengaruhi minda pelanggan. Lagi-lagi pula kita upload waktu-waktu orang tengah lapar sekitar 1 jam sebelum waktu makan dalam 11.30 pagi atau pun petang dalam pukul 5.30.

Video pendek ni boleh upload di Instagram, Facebook, dan Whatsapp group dan paling penting kena upload video yang boleh buat orang geram dan mengidam nak makan makanan kita. Video macam ni boleh rakam guna smartphone je, jangan pening-pening fikir nak kena ada equipment mahal-mahal. Masa bila kita boleh buat video makanan ni? 

- semasa proses memasak 
- video dah siap masak 
- video end product
- video makan 

Kalau malu nak masuk muka sendiri, masukkan suara jer. Edit-edit sikit letak text, letak gambar, letak lagu, potong sikit mana yang tak best (kalau tak reti tak apa, nanti kami ajar), settle. Dalam 30 minit dah boleh siap 1 video. Terus upload dalam page kita. Tapi jangan sampai dah syok buat video sampai gambar pun kita tak ada. Kena seimbang baru lah sales kita makin melonjak-lonjak sampai Grab rider dan Food Panda bersusun luar rumah tunggu order makanan kita. 

Bukan untuk usahawan online saja, malah peniaga restoran dan warung pun boleh praktikkan perkara yang sama. Jom lah kami ajarkan cara-caranya dengan mudah dalam kelas online Smartphone Food Videography. 

Nak belajar buat video makanan, klik di sini

Berminat nak belajar cara ambil gambar makanan menggiurkan, boleh klik di sini



Filter
Rahsia Peniaga Makanan Online Tingkatkan Jualan Berganda-Ganda - Saiful Nang Academy
Rahsia Peniaga Makanan Online Tingkatkan Jualan Berganda-Ganda - Saiful Nang Academy