Artis Seni Malaysia Guna Mancis Hasilkan Lukisan, Jadi Cover Majalah Antarabangsa TIME.
Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel berkaitan dengan impak seni terhadap anak-anak. Banyak sisi positif yang diperolehi dan salah satunya menjadikan seseorang itu lebih kreatif.
Ini dibuktikan apabila hasil karya kreatif anak Malaysia ini mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Ikuti laporan berikut.
KUALA LUMPUR: Hasil karya seniman kontemporari Malaysia, Red Hong Yi, akan menghiasi di muka hadapan keluaran edisi khas Time Magazine berkenaan perubahan iklim pada 26 April depan.
Dalam catatan terbaharu di akaun Instagram miliknya, Red berkata dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu untuk melekatkan mancis pada karyanya itu yang kemudiannya dibakar.
"Inspirasi disebalik karya ini adalah daripada masalah perubahan iklim yang perlu ditangani.