FOUNDERS KENA JADI CIKGU

FOUNDERS KENA JADI CIKGU — Dulu arwah emak saya nak sangat saya jadi cikgu, saya pandai pulak menjawab

“mana ada cikgu boleh kaya dengan gaji cikgu mak”.

Hari ni, haahhh kan masin mulut mak nak anak dia jadi cikgu. Kenapa sekarang saya dan Syibli ada lebih banyak masa? Kerana bisnes-bisnes kami dah pun masuk ke fasa autopilot.

Generasi penerus dah masuk saf menggantikan kami. Kami cuba jadi cikgu sahaja.

Dalam bisnes kita kena bina MANUSIA dahulu dan baru manusia tadi BINA BISNES. Confirm kita tak akan mampu harung buat semua dalam satu masa. Prosesnya sukar sedikit tetapi jauh perginya.

Sebab tu Mat Saleh ada pepatah “If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together”.

Anda dah dapat team? Bisnes dah banyak tahun, team pun masih tak ada. Kau meniaga ke isi masa lapang?
😌

SAIFUL NANG
Cikgu Bisnes


Filter
FOUNDERS KENA JADI CIKGU - Saiful Nang Academy
FOUNDERS KENA JADI CIKGU - Saiful Nang Academy