6 Tips Untuk Online Seller Pikat Hati Pelanggan Dan Close Sales Dengan Pantas Melalui Whatsapp

Sekarang ramai offline seller yang dah bertukar ke online disebabkan wabak Covid yang menjelma dan seperti tidak nampak dimana pengakhirannya. Apa yang kami kongsikan ini sekadar guideline sahaja berdasarkan pengalaman kami membuat jualan jutaan ringgit melalui Whatsapp untuk salah satu perniagaan kami, Rarecation. 

Boleh guna pakai tips yang kami kongsikan ini ya..

1. KENALKAN DIRI


Bila ada inquiry baru yang masuk, pastikan kita greet mereka dengan sopan dan buatkan mereka rasa ‘welcoming’. Kenalkan diri kita dulu jgn sampai pelanggan yang tanya nama kita siapa.

2. REPLY TEXT PELANGGAN DENGAN NADA MESRA 



Jangan reply text pelanggan dgn nada yang stiff. Pastikan mood kita tidak mempengaruhi nada ketika bercakap dgn pelanggan. Kot lah time tu baru lepas bergaduh dgn pasangan, atau baru lepas kena marah dgn boss, atau tengah lapar. Dari text pun pelanggan boleh ‘baca’ sama ada kita rajin nak layan inquiry mereka atau pun tak. Jangan layan pelanggan acuh tak acuh. Dari elok-elok dia dah usaha whatsapp kita nak beli produk kita, terus tak jadi.

Kita sendiri sebagai pembeli pun tak suka berurusan dgn salesman yg tak friendly dan tak membantu kan, betul tak?

3. FEED INFO YANG BETUL. JANGAN OVERCLAIM. 

Faham kita nak sales tapi jangan nampak desperate sehinggakan kita overclaim produk kita. Boleh kurus dalam masa 6 bulan tp cakap 6 minggu. Warranty 6 bulan tapi cakap 1 tahun. Expiry dlm masa 1 bulan tp cakap 3 bulan dan seangkatan dengannya.


Boleh juga tunjukkan testimoni, gambar dan video yang kita ada dalam usaha utk meyakinkan lagi pelanggan kita. Nak mudah dan cepat, boleh manfaatkan fungsi quick replies yang ada di dalam Whatsapp Business kita. 

Kami bersedia nak kongsikan rahsia dan teknik yang kami sendiri guna pakai dalam membuat jutaan ringgit jualan hanya melalui Whatsapp. Online sellers dah bersedia nak belajar? 

4. JANGAN SPAM INFO

Customer tanya 1 soalan tapi 10 yang kita jawab, meleret-leret pula tu. Usaha tu bagus tapi jangan dipraktikkan. Ianya menjengkelkan lagi-lagi kalau approach kita salah. Term yang team kami selalu guna, jangan guna semua bullet yang ada secara serentak dan pastikan bersesuaian dengan soalan yang ditanya. 

Contoh mudah jika mereka tanya mengenai material baju yang kita jual, kita cuma perlu terangkan mengenai material sahaja. Jangan nak cerita semua dari segi size lah, warna baju lah, design lain lah, nak share testimoni lah.. Pelanggan yang baca Whatsapp pun akan tak suka dan nampak seperti kita sedang push mereka untuk membeli. 

5. WAJIB JAWAB SOALAN YANG PELANGGAN TANYA



Walaupun soalan dia kita dah jawab, kalau dia tanya lagi - kita explain lagi sampai dia faham. Kita kena ingat tak semua manusia mempunyai tahap kefahaman yang sama, ada yang laju serapannya, ada yang perlahan. Jadi bila pelanggan tanya, kita husnuzon dan layan sahaja soalan mereka dengan baik. Mana tahu mungkin rezeki kita datang dari dia kan..

6. BINA KEPERCAYAAN ANTARA PELANGGAN DENGAN KITA



Pelanggan ni mudah. Dia percaya kita, dia beli. Dia puas hati, dia repeat order. Tapi bagaimana nak build trust ni?

1. Melalui content di social media kita
2. Cara kita attend inquiry mereka
3. Testimoni, gambar dan video
4. After sales service

Sebenarnya, proses untuk meyakinkan prospek dan pelanggan bermula daripada content copywriting dan content (gambar dan video) yang kita upload di page kita. Kita sebagai usahawan online perlu tahu bila mereka whatsapp kita untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, itu maksudnya proses 'memujuk' di media sosial sudah berjaya. 

Kita hanya perlu berikan sedikit sahaja lagi push factor untuk meyakinkan mereka untuk membeli. Nak tak kami ajarkan lebih mendalam lagi mengenai copywriting dan cara lock sales dengan pantas melalui Whatsapp? Boleh belajar dan daftar PAKEJ USAHAWAN ONLINE (4 kelas dengan harga RM150 sahaja) dan kita berikan KELAS LIVE hujung minggu ni: 
i) Copywriting Membelah Langit 
ii)  Whatsapp Lock 
iii) Poster Iklan FB Guna Smartphone 

PERCUMA KELAS FB ADS (rakaman). Klik sahaja "ADD SELECTED TO CART" untuk masuk kelas.


Related Posts

Saiful Nang Bagi Tips Untuk Peniaga Naikkan Jualan & Engagement Di Facebook
Saiful Nang Bagi Tips Untuk Peniaga Naikkan Jualan & Engagement Di Facebook
Apa yang diharapkan oleh online seller adalah setiap posting yang dibuat akan membuahkan hasil baik dari engagament d...
Read More
Berniaga Tanpa Kedai Tapi Jualan Mencecah 5 Angka, Ini Teknik Yang Homebakers Gunapakai
Berniaga Tanpa Kedai Tapi Jualan Mencecah 5 Angka, Ini Teknik Yang Homebakers Gunapakai
Di musim pandemik Covid 19 ini, ramai yang kehilangan perkerjaan dan ada perniagaan yang terjelas teruk sehingga terp...
Read More
Belajar Buat Iklan Macam Marketer Dalam KDrama Dan Buat Sales Berjujuk Masuk
Belajar Buat Iklan Macam Marketer Dalam KDrama Dan Buat Sales Berjujuk Masuk
Peminat KDrama kalau perasan, semua drama mereka akan diselitkan dengan iklan. Sama ada kita sedar betul-betul, atau ...
Read More

Filter
6 Tips Untuk Online Seller Pikat Hati Pelanggan Dan Close Sales Dengan Pantas Melalui Whatsapp - Saiful Nang Academy
6 Tips Untuk Online Seller Pikat Hati Pelanggan Dan Close Sales Dengan Pantas Melalui Whatsapp - Saiful Nang Academy