5 Perkara Peniaga Wajib Buat Untuk Kekalkan Bisnes Sewaktu PKP

PKP dah 2 kali. Covid pula tak nampak bayang akan hilang dalam masa setahun dua ni. Banyak dah bisnes keliling kita yang terpaksa gulung tikar sebab tak dapat nak teruskan dalam keadaan ekonomi tak menentu ni. Ada yang dah tutup bisnes, ada yang tenggelam timbul, ada yang paras-paras hidung, dan ada juga bisnes yang berkembang semasa yang lain sedang terumbang ambing.

Kita sebagai peniaga ni seboleh mungkin berusaha untuk fly kan bisnes kita dan cuba bertahan selagi boleh. Bak kata cikgu Saiful Nang, keadaan sekarang ni jika perlu untuk kita ubah layar, kita ubah. Jangan dilawan arus tu memang kita akan tenggelam. Jika sebelum ni kita berniaga cara old school dan tradisional, dah tiba masanya untuk kita belajar dan cuba pemasaran dan perniagaan zaman moden demi untuk kelangsungan hidup. Kami kongsikan beberapa perkara yang peniaga WAJIB TAHU DAN BUAT untuk kekalkan bisnes sewaktu Covid ini.

1. GOOGLE MAP

Semua usahawan WAJIB masukkan maklumat perniagaan kita dalam Google. Tak kisah la kita ni berniaga online ke, buka gerai tepi jalan je ke, buka warung je ke, atau ada kedai fizikal - Kita mesti masukkan mengenai bisnes kita dalam Google.

Kenapa? 

Supaya orang boleh search mengenai kita.
Orang boleh baca review bisnes kita. 
Orang boleh tengok waktu operasi kita.
Orang boleh dapatkan direction nak ke kedai kita.

Pernah tak kita pergi makan di satu gerai tepi jalan, lepas tu bila kita nak repeat balik atau nak order delivery kita tak ingat nama kedai tu. Mesti lah kita akan Google kan? Dah Google jumpa maklumat, kita pun order melalui Lala Move, atau Grab Food dan Food Panda. 

Kalau tak jumpa? Kan ke dah rugi kat situ. Nak dapatkan pelanggan dah la susah, kita pula tak memudahkan proses untuk pelanggan cari kita. Nak masukkan maklumat kita dalam Google bukan susah sangat, senang je. Sekejap je dalam 20-30 minit siap. 

Boleh klik di sini jika nak belajar masukkan info bisnes dalam Google

 

 

 2. UPGRADE SKILL FOTO & VIDEO

Since everyone is stuck at home, semua orang spend banyak masa di depan screen. Sebagai peniaga, sebenarnya sekarang ni ialah masa terbaik untuk kita buat branding dan perkuatkan usaha untuk jenama dan produk kita lebih dikenali. 

Upload gambar produk kita cantik-cantik.
Buat video content (video behind-the-scene, video testimoni, etc).
Buat video produk (marketing material).

Bila kita feed followers kita dengan info, gambar dan video produk kita setiap hari, pasti akan ada yang terpengaruh dan akan beli juga produk kita. Be it produk makanan ke, produk kosmetik ke, skincare ke, air minuman ke... 

Kalau nak tahu, video content sangat penting sebab content yang kita share di platform kita berupaya untuk create trust dengan prospek kita. Cuba letakkan diri kita sebagai pembeli, kita akan lebih yakin nak beli barang di FB/IG page yang mempunyai banyak content atau pun page yang kosong iklan semata? Fikir-fikirkan.

Jangan jadikan tiada equipment sebagai alasan. Sekarang ni nak buat content dah mudah, guna smartphone yang ada kat tangan tu jer. Youtubers sekarang pun ada jer yang guna henfon untuk buat content. Tak tahu boleh belajar. Yang penting kena usaha cari ilmu. Nak belajar apa? Semua kami ada sediakan. Belajar semua guna henfon jer, tak perlu bazir duit beli peralatan mahal-mahal..

Jika kita peniaga nak belajar ambil gambar cantik-cantik, 

Boleh klik di sini

Nak belajar cara-cara dan teknik buat video content seperti video behind-the-scene, video testimoni, dan video content yang sesuai dengan target market kita,  

Boleh klik di sini, kami ajar shoot video guna henfon

'Alamak, saya jual produk jer, kelas yang mana sesuai untuk saya? Saya nak belajar ambil gambar produk secara specific.'  

Jangan risau, boleh klik di sini. Kami ajar ambil gambar produk guna henfon

Dah belajar ambil gambar, kena la pandai shoot video juga. Tak ada la feed kita penuh dengan gambar je. Boring. Video pun lebih senang nak viral. 

Boleh klik di sini jika nak belajar buat video. Sama juga kami ajar shoot guna henfon

'Saya pula agent jual produk makanan, ada kelas yang sesuai untuk saya?'  

Jangan risau, boleh klik di sini utk belajar. Kami ajar ambil gambar makanan guna henfon

Makanan ni pula lebih senang viral jika kita buat video. Nampakkan dalam video yang makanan kita itu menyelerakan dan sedap sampai terliur kalau orang tengok. 

Boleh klik kat sini. Sama juga kami ajar buat video makanan power guna henfon   

3. MANTAPKAN PENGGUNAAN FACEBOOK & INSTAGRAM MELALUI ADS

Tahu tak sekarang ni apa-apa sahaja posting yang kita buat di Facebook, visibility untuk followers kita lihat dan baca cuma 1% sahaja? 

Maksudnya jika page kita mempunyai 20K followers, hanya 200 orang sahaja yang akan dapat baca posting kita secara organik. Dan dari 200 orang ni pula, berapa pula conversion rate kita? Rugi penat kita kerah idea fikir content, spend masa energi dan tenaga, tapi posting kita hanya lalu di 200 orang ni sahaja. 

Cara yang paling terbaik untuk luaskan lagi reach (capaian) kita kepada lebih ramai orang dan meningkatkan conversion rate (sales), kita KENA JUGA BUAT ADS. 

Nak buat ads sekarang pun dah murah, serendah RM4 sehari pun dah boleh. Tapi, nak buat ads jangan buat secara membuta tuli. Membazir dan kelaut dalam lah iklan kita. Targeting tak tepat, kos salah, posting tak sesuai - RUGI. Yang untungnya cuma Mak Zubek sahaja.

Untungnya bila buat facebook & instagram ads ni, kita boleh target locality (kawasan setempat). Contohnya jika kita berniaga cake, dan kita hanya boleh buat delivery di kawasan 10-35km radius, kita boleh set kan iklan kita untuk dilihat oleh penduduk di radius yang sama. Jika kita menetap di Shah Alam, maksudnya hanya kawasan sekitar sahaja yang boleh nampak iklan kita. Takde la iklan kita tersebar sehingga ke Kedah, Kelantan dan Sarawak sinun. Rugi tau, tu semua kos yang terpaksa kita keluarkan untuk iklan yang tidak berkualiti macam tu. 

Tak reti tak apa, boleh belajar. Dah belajar dan pandai buat iklan sendiri, banyak kos yang boleh kita jimatkan. Bayangkan dengan pengiklanan yang betul dan tepat, kita cuma perlu keluarkan kos yang sedikit untuk pulangan yang berlipat kali ganda. 

Kami dah buat, dan kami tahu cara-caranya. Kami akan kongsikan sekali ilmu taktikal dan teknikal bila nak buat ads. Boleh klik kat sini kalau nak tahu bagaimana: 

Nak buat Facebook Ads. Sesuai bagi peniaga yang banyak buat sales melalui Facebook

Nak belajar buat Instagram Ads. Sesuai bagi peniaga yang aktif dan banyak sales di Instagram

 

4) BELAJAR BINA POSTER UNTUK SEBARAN & HEBAHAN

Nak buat content, selain dari skill foto & video, sekurang-kurangnya peniaga kena tahu juga cara nak bina poster. Poster ni untuk apa?

- Boleh buat hebahan promo 
- Kegunaan untuk buat hebahan SALE 
- Buat sebaran di Whatsapp group dan platform social media
- Boleh digunakan sebagai katalog
- Boleh buat thumbnail video kita
- Boleh bina logo

Jangan skeptikal, banyak kelebihan yang boleh kita gunakan jika kita tahu cara nak bina poster. Kalau kita sebagai agent dan dropship pun, kita juga boleh buat poster produk sendiri. Tak ada la nak harapkan marketing material dari HQ saja kan. Dan ini juga boleh beri kelebihan kat kita sebab marketing material kita berbeza dari agent dan dropship yang lain. Kita akan jadi lebih outstanding daripada seller yang lain.

Kalau dulu nak buat poster ni payah, kena ada software dan perlukan kemahiran yang tinggi nak guna software tu. Sekarang ni dah mudah dan senang, guna apps percuma je yang ada di App Store dan Google Play. Banyak pilihan yang ada dan boleh kita explore. Nak buat poster pun boleh siap dalam masa 5 minit. Mudah dan pantas! Guna henfon jer.

Kami ajarkan step by step from basic sehingga pandai. Kami ajar dari segi pemilihan warna, susunan font, size font, background, pemilihan gambar, ratusan template yang ada, cara nak buat thumbnail video, logo dan banyak lagi.. Semua peniaga wajib mahir ilmu ni. Sangat memudahkan kita. Sambil tidurkan anak pun boleh buat poster untuk kita upload kat Instagram. 

Kami ajar cara bina poster dengan mudah dan pantas guna henfon. Boleh klik kat sini

5. BELAJAR SENI LOCK SALES DENGAN MUDAH MELALUI WHATSAPP

Dulu nak yakinkan bakal pembeli, kita buat face to face. Tunjukkan produk dekat mereka, kita senyum kat mereka, bergurau dengan mereka. Tapi sekarang semuanya dah kena buat secara online. Nak lock sales pun kena buat kat Whatsapp. 

Kadang tone kita dengan orang yang membaca tu tak sama, kita rasa apa yang kita tulis tu ok jer, tapi yang menerima tu rasa macam 'eh rude nya seller ni'. 

Nak bercakap dengan customer ada seninya, nak pujuk dan tarik hati mereka pun ada seninya. Nak dapat kan repetitive customer pun boleh, kami akan ajarkan. Prospek yang dah 50-50 dan tak berminat nak beli produk kita pun boleh kita ajarkan cara-caranya supaya dia beli juga dengan kita. Semua ilmu dan teknik ni kami kongsikan dalam kelas Whatsapp Lock. 

Kami ajarkan juga cara-cara untuk fully utilise fungsi-fungsi yang ada dalam Whatsapp Business yang boleh memudahkan kita. Free pulak tu, rugi kalau tak tahu. Features yang ada ni pun boleh buatkan pelanggan happy bila berurusan dengan kita. 

Kami sendiri sudah jutaan ringgit sales yang sudah kami buat hanya melalui Whatsapp. Kami dah tahu cara-caranya dan sekarang kami nak kongsikan ilmu dari pengalaman kami ini dengan semua peniaga di luar sana. 

Kami nak kongsikan teknik dan cara-caranya di sini

 



Filter
5 Perkara Peniaga Wajib Buat Untuk Kekalkan Bisnes Sewaktu PKP - Saiful Nang Academy
5 Perkara Peniaga Wajib Buat Untuk Kekalkan Bisnes Sewaktu PKP - Saiful Nang Academy