5 Cara Ibubapa Boleh Jana Pendapatan Sepanjang PKP 2021

Sepanjang PKP lepas, sebanyak 690,000 transaksi perniagaan dibuat secara online melalui SALAH SATU dari pelbagai platform online shopping di Malaysia. Ramainya orang shoppinggg!

Itu baru satu, ada banyak platform online shopping lain lagi di Malaysia ni. Kita pun boleh buat aktiviti jana pendapatan kalau ikutkan jumlah online shoppers yang banyak macam ni. Leganya hati kalau kita tahu ada cara untuk ibubapa nak teruskan kelangsungan hidup sepanjang PKP 2021 ni pula.
Orang kata, tak cuba, mana nak tahu boleh ke tidak, kan? Biar sediakan payung sebelum hujan. 

Seram juga tengok statistik dari Statista ni.
Jumlah pengangguran atau pekerja yang diberhentikan kerja dari 1999-2020, adalah pada jumlah hampir 4% dari jumlah penduduk di Malaysia. Untuk tahun 2021 pula, Pertubuhan Buruh Antarabangsa pula jangkakan sebanyak 5.3% atau 24.7 juta populasi dunia akan diberhentikan kerja. Nauzubillah, lebih baiklah kita bersedia.

Jadi, sebagai ibubapa, apa yang boleh kita lakukan untuk keluarga kita, sebagai persediaan kesan dari pandemik ini? 
Boleh cuba salah satu atau beberapa cara yang disenaraikan di bawah untuk kita sama-sama BOLEH TERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP dan tetap boleh menjana pendapatan sepanjang tahun yang masih menduga ini.


Nampaknya macam PKP lama lagi nak berakhir dan kita pun tak tahu apa akan berlaku di bulan / tahun / masa hadapan. Memang tak salah untuk BERSEDIA.

1.  BUAT AKTIVITI JUAL MAKANAN SECARA ONLINE
Ibu-ibu terutamanya, alang-alang kita selalu masak sedap-sedap untuk anak-anak, apakata kita perluaskan sedikit dengan usaha masak untuk dijual kepada jiran-jiran dan kawan-kawan pula? Ambil pre-order dulu, letak gambar makanan kita tu cantik-cantik dulu. Mula-mula memanglah orang satu Malaysia tak kenal lagi. Sebab tu boleh mula dengan mereka yang terdekat dengan kita dulu. Jual 'frozen food' pun boleh. 
Kalau share gambar makanan, jangan main taram je share gambar yang kusam. Macam mana orang nak percaya, kan. Yang sedap pun boleh jadi tak sedap. Shoot gambar makanan pakai smartphone yang ada tu cantik-cantik, kemudian share kat kawan-kawan. Sikit-sikit, kalau kawan puji sedap, boleh gunakan sebagai TESTIMONI dan boleh gunakan dalam marketing kita selepas-lepas tu. 

Nak belajar cara shoot gambar atau video makanan guna smartphone walaupun hanya jual burger, boleh belajar dekat sini (tekan gambar untuk link daftar kelas) :

 Nak tekan link pada video boleh, nak join terus KELAS SMARTPHONE FOOD VIDEOGRAPHY terus pon boleh.


2. BUAT AKTIVITI JUAL PRODUK TERPAKAI SECARA ONLINE
Sambil-sambil buat 'spring cleaning' di rumah, asingkan mana yang kita betul-betul nak guna dan mana yang orang lain boleh guna dan perlu. Tapi kena berhemah, kita bukan NAK BUANG BARANG, tapi alang-alang dah tak berapa nak pakai dan boleh buat duit simpanan, banyak je barang yang orang lain boleh pakai dan mereka boleh beli dari kita.

Kalau jual produk, gambar jangan ambil cincai sahaja. Barang terpakai ni, ornag lagi nakkan bukti yang jelas. Keadaannya, materialnya, maklumat asasnya (macam saiz, berat dan lain-lain). Dari gambar yang baik, boleh ceritakan hampir sebahagian dari keadaan sebenar produk terpakai tu. Kita jangan kata "ah musim PKP ni siapa aje nak beli barang terpakai?". Ada, kak. Sumber dari Carousell maklumkan yang sepanjang PKP lepas, orang Malaysia buat 690,000 transaksi dan kebanyakannya beli barang TERPAKAI! Tu belum Shopee, Lazada dan macam-macam lagi tu. 

Kalau perlukan tambahan ilmu untuk ambil gambar atau video barang terpakai guna smartphone yang ada, boleh je belajar dekat sini (tekan gambar untuk link daftar kelas) :


3. BUAT KELAS ONLINE BERSAMA ANAK
Kalau kita dan / atau anak memang ada bakat dalam sebarang subjek atau kemahiran, apakata kita rakam video dan kita jual video subjek / kemahiran kita tu. Aktiviti seni, berkebun, memasak, mengemas (ala-ala Marie Kondo) atau apa sahaja yang kita boleh buat dan asalnya sebagai hobi, boleh dijadikan dalam bentuk video, dan jualkan kepada yang mahu. 
Yang biasa buat aktiviti berkebun atau kesenian dengan anak boleh teruskan. Tapi bagi mereka yang berada di negeri / negara lain yang minat dengan aktiviti yang sama tapi tak tahu caranya? RAKAM VIDEO CARA MEMBUAT apa sahaja yang kita mahir buat dan jual kepada mereka. 1 kali rakam, 1 kali upload, berkali-kali orang boleh beli. Kan untung, penatnya, sekali sahaja. Dalam video jangan lupa letak LOGO / LAMBANG /NAMA kita. Baru orang tahu itu hasil kita.
Nak belajar rakam dan edit video, tinggal pilih kelas-kelas ini (tekan gambar untuk link daftar kelas) 

4. RAKAM GAMBAR KENANGAN BERSAMA KELUARGA DAN AJAR ORANG LAIN CARANYA
Ini masanya kita paling banyak duduk bersama satu keluarga. Kalau selalu, jarang-jarang ada semuanya di rumah. Takkan asyik nak suakan anak dengan smartphone tapi tak ada aktiviti yang bermanfaat boleh kita dan anak buat bersama.
Lepas-lepas ni anak dah makin membesar, kan seronok kalau semua tahap tumbesarannya atau aktiviti bermanfaat yang kita buat bersama, ada dirakam. Bukan nak upload semua dalam socmed pun tak apa. Masa dah lepas, memang tak boleh diulang semula. Jadi sementara ada, rakam sepuasnya gambar kenangan guna smartphone yang ada.
Macam kakak kita ni, gambar anak dia main buai berehat lepas bantu dia siram pokok bunga pun dia shoot cantik. Keluarkan smartphone dari poket seluar je dan terus shoot. Nanti tinggal edit sikit. Dah boleh simpan gambar kenangan ni. Mudah sangat-sangat.
Nak ajar jiran-jiran kita lepas tu pun boleh. Alah, subjek dan komposisi mudah-mudah pun boleh. Asalkan boleh jana pendapatan, kan?
Kalau nak belajar cara nak shoot dan edit gambar cantik jadi semakin cantik guna smartphone je, tinggal pilih kelas-kelas ini (tekan gambar untuk link daftar kelas) : 

5. BUAT JUALAN KOLEKSI GAMBAR SECARA ONLINE
Dari aktiviti 1- 4 setakat ni, mesti ada banyak koleksi gambar-gambar yang kita dah ada, Daripada memberatkan galeri smartphone atau harddisk kita, baiklah kita jual je gambar-gambar tu. Kalau tak nak jual semua, pilih-pilihlah mana yang kita mahu.

Banyak website yang menawarkan perkhidmatan ni, dengan beberapa syarat tersendiri. Kebanyakannya bukan orang Malaysia sahaja yang boleh membeli tau. Orang satu dunia pun boleh beli kalau kena gaya dan syaratnya. Yang penting, kalau gambar kita diluluskan untuk di upload, maka sahlah kita sebagai penjual gambar di website stock photo tu. Gambar dijual dalam nilai US dollar tau. Kalau upload sehari 3 keping gambar, buat setiap hari, dah ada 1095 keping gambar orang boleh beli. Macam contoh penjual ni. 1 gambar ni sahaja dah dibeli orang sebanyak 527 kali. Belum gambar-gambar yang lain.

Nak jual gambar biasa-biasa pun boleh. Gambar roti canai dekat dapur kedai mamak yang saiz dan rupa roti canai pun tak semenggah ni dah 58 kali orang beli sejak pertama kali upload. 1 kali upload, berkali-kali orang boleh beli, macam penjual ini :
Kalau nak belajar cara buat duit guna gambar smartphone atau kamera, atau nak belajar cara shoot gambar-gambar landkap cantik guna smartphone, tinggal pilih kelas-kelas ini (tekan gambar untuk link daftar kelas) :

Best sangat-sangat sebab kalau kita boleh buat kesemua lima cara ni sekaligus. Yang penting dah ada cara bagaimana nak pastikan kita boleh buat dengan ilmu. Sekurang-kurangnya salah satu dari 5 cara ni dah boleh jadi sumber pendapatan sampingan atau tambahan di saat-saat kita diduga dengan macam-macam ni kan? 

Semoga kita semua mampu menanganinya. Jaga SOP dan #kitajagakita! Jangan lupa tekan gambar-gambar untuk link ke kelas-kelas dan tambah ilmu!



Filter
5 Cara Ibubapa Boleh Jana Pendapatan Sepanjang PKP 2021 - Saiful Nang Academy
5 Cara Ibubapa Boleh Jana Pendapatan Sepanjang PKP 2021 - Saiful Nang Academy