Upload Video Makan-Makan Je Tapi Dah Boleh Dapat Gaji YouTube Setahun RM800K

Hari-hari 'kerja' makan, bukan makin habis duit, tapi makin bertambah. Best kan?
Itulah yang salah seorang YouTuber makanan ni buat semenjak 2011. Tagline nya, "Di mana ada makanan, di situ ada Syedot" memang sesuai sangat dengan dia sebab kebanyakan video (anggaran 500++ dari 700++) yang dah di upload adalah tentang perkongsian dia MAKAN MAKANAN je banyaknya.. 

"Hey guys! Kasi trademark satu kali! Syeeedot!" biasanya akan jadi pemula video-video perkongsian, diikuti dengan transisi 'gegaran otak' dan audio 'itik penyek'. Memang video-video Syedot 'menggegarkan otak' dan memberi ketenangan dan pengurangan stress viewersnya. Kenapa?
Video-videonya dibuat dengan cara yang sangat bersahaja, melucukan dan tak nampak sangat terlalu berusaha. Viewers suka tengok sampai terus terasa nak beli makanan yang dimakannya tu. Hebat betul penangan 'gegaran otak' dari beliau ni. Tapi betul juga, kalau kita tengok orang makan dengan penuh selera, kita pun jadi teringin sama, kan?
Mula-mula Syedot memang kena guna duit sendiri nak beli makanan, tapi selepas semakin lama semakin ramai tengok iklan semasa video-videonya ditayangkan, makanan-makanan seterusnya yang di review, dah tak dibayar dengan duit poket sendiri. Semuanya dia 'rolling' guna wang gaji dari YouTube je dah.
Maksudnya, ambil sebahagian kecil untuk digunakan untuk beli makanan, selebihnya dia boleh simpan atau guna untuk urusan lain. Bolehlah bayar macam-macam keperluan lain kiranya dengan gaji dari YouTube tu. Mula buka akaun di YouTube semenjak 6 Oktober 2011, Syedot sekarang dah ada 768K subscibers yang sentiasa tertunggu-tunggu video seterusnya. 

Selalunya bila ramai followers, pembekal menu makanan/produk pun akan mula menyunting untuk dapatkan review dari kita dan dari situ selain dapat makan percuma, dapat juga upah dari pembekal makanan/produk. Dahlah dapat makan, dapat gaji lagi. Tak adalah stress. 'Kerja makan tidur' upload video kat rumah, dapat gaji.

Asalnya Syedot kerja dengan salah sebuah team produksi filem, tetapi pilih untuk fokus dalam upload video di YouTube sebab lebih menjamin masa depan dan berikan lebih kebebasan buatnya nak berkarya guna video.
Siapa tak nak kan? Boleh kerja kat rumah, makan boleh beli guna duit YouTube, selalu dapat sponsor makanan. Makan, upload video, tapi tetap dapat duit.


Kita pun boleh juga tau, lagi-lagi kalau kita SUKA MAKAN dan ada smartphone. Kami nak bantu lebih ramai lagi jadi macam YouTuber Syedot ni. 
Kalau nak belajar buat video Youtube sampai boleh 'kerja' macam Syedot ni, boleh mulakan dengan kelas-kelas ni:

 

1) Kelas Smartphone Food Photography (RM50)
16 Januari 2021 | 9am-12pm
2) Kelas Smartphone Food Videography (RM100)
17 Januari 2021 | 9am-5pm

TAWARAN UNTUK YANG MEMBACA SEHINGGA TAMAT:

Boleh gunakan DISCOUNT CODE ini FDPSFV10SNAP (hanya sah sehingga dimaklumkan tarikh akhirnya tak lama lagi ini DAN hanya sah digunakan untuk pendaftaran kedua-dua kelas Smartphone Food Photography dan Smartphone Food Videography SAHAJA) bagi melayakkan anda mendapat diskaun sebanyak RM10 potongan harga untuk penyertaan dalam kedua-dua kelas.

Boleh pilih kedua-dua kelas dan guna kod diskaun dari link (tekan gambar pertama) di bawah:


Bagi yang hanya mahu sertai SALAH SATU dari kelas-kelas disenaraikan, boleh tekan link (pada gambar berkaitan di bawah - kod diskaun TIDAK BOLEH DIGUNAKAN untuk penyertaan dalam salah satu kelas sahaja) untuk link pendaftaran ke kelas:
ATAU
Sementara MASIH BOLEH GUNA KOD DISKAUN, daftar SEGERA ya! Banyak yang nak dikongsikan oleh cikgu! (Tekan gambar-gambar di atas untuk link-link pendaftaran)
Semoga bermanfaat!

 

 



Filter
Upload Video Makan-Makan Je Tapi Dah Boleh Dapat Gaji YouTube Setahun RM800K - Saiful Nang Academy
Upload Video Makan-Makan Je Tapi Dah Boleh Dapat Gaji YouTube Setahun RM800K - Saiful Nang Academy