5 YouTubers Makanan Terbaik
5 YouTubers ini mampu buat viewers geram dan marah dalam iman. Macam mana tu?
Bayangkan anda sedang mencari-cari resipi menu kegemaran anda. Scroll punya scroll, jumpa pula YTuber seorang ni. "Krup! Krap! Krup! Krap!" aduuh menduganya bunyi tu saat kita memang dah ada aura-aura kelaparan! Lepas tu dia tuang pula air bersoda dia tu ke dalam gelas berisi ais ketul, "sluuurrrppp!". Allah! Ini kalau bulan puasa ni, dah kena saman terus ni!
Tapi, nak saman pun, channel mereka juga yang kita cari semula nanti. Geram-geram, suka namanya! Pelik betul kan perangai sesetengah kita? Ada antara YouTuber ini yang SANGAT PRIHATIN dengan orang lain tau.
Ok, selepas meneliti dari senarai yang panjang YouTuber makanan yang ada di seluruh Malaysia, kami telah memilih 5 Youtuber ini (senarai tidak mengikut jumlah pencapaian tertentu, tetapi secara asas, mereka antara 5 terbaik pilihan kami)
CIKIDOT CHANNEL
Channel YT ini telah secara rasminya dibuka pada 01 Oktober 2012 dan ini bermakna sudah 8 tahun secara serius dalam membuat perkongsian di YT. Sehingga hari ini mereka sudah mempunyai 903,000 subscribers di channel mereka yang sering membuat perkongsian berkenaan review makanan pelbagai jenis.
Sehingga hari ini, kesemua 250++ video yang telah mereka hasilkan telah mendapat tontonan sehingga 127,159,187 views. 3 anak muda menganggotai channel ini yang terdiri dari Amri Aziz, Zarol Zarif dan Ecah Daud. Setiap ahli mempunyai karakter mereka tersendiri dan bila digabungkan dalam pelbagai tema food review mereka, memang menghiburkan.
Mereka juga sering membuat cabaran makanan yang pelik-pelik, seperti makan makanan 3 jenis berbeza (masin, manis, tawar / goreng, rebus, mentah / mee goreng dengan durian dan macam-macam lagi yang membuatkan viewers mahu melihat sehingga tahap mana cabaran yang dibuat, mampu dilaksanakan mereka.
Mereka juga aktif membuat contest yang memberikan viewers hadiah lumayan seperti iPhone 12! Bukan sahaja mereka mendapat pulangan menguntungkan dari penaja-penaja mereka, subscribers bertuah juga boleh mendapat manfaatnya!
Sumber gambar : BERNAMA
CHE NOM
Channel YT dengan nama Che Nom ini telah bermula sejak 26 November 2013 dengan 856,000 subscribers. Lebih dikenalai sebagai "Mak Online yang suka mengajar di YT' ini telah membuat sekurang-kurangnya 160++ video resipi menu makanan membuatkan subscribers sentiasa menantikan perkongsian dari beliau.
Perkongsian bersahaja dan amat tenang (macam mak-mak yang tak garang) bermula kerana mahu mencabar diri mahir dalam bidang kulinari. Sebelum aktif di YT, beliau juga pernah bekerja di bawah aturan majikan. Jika dikongsikan nama Norma Bakar, tak ramai yang kenal. Tapi dengan 'stage name' Che Nom, rata-rata ramai yang boleh tahu siapa orangnya. Resipi-resipi kebanyakannya yang mudah tetapi sangat menepati selera orang Melayu dan bukan Melayu.
Antara video paling banyak viewers beliau adalah video resipi Oreo Cheesecake (tak perlu dibakar, hanya sejukkan sahaja) yang mendapat 2,786,127 views semenjak awal tahun 2020.
SYEDOT
"Hey guys! Kasi trademark satu kali! Syeeedot!" kebiasaannya akan jadi pemula video-video perkongsian selepas salam beliau, diikuti dengan transisi 'gegaran otak' dan audio 'itik penyek'. Memang video-video Syedot 'menggegarkan otak' dan memberi ketenangan dan pengurangan stress viewersnya. Kenapa?
Perkongsian beliau sangat bersahaja, melucukan dan membuatkan orang SANGAT TERINGIN dan menyimpan azam yang tinggi nak makan apa yang dikongsikan beliau. Hebat betul penangan 'gegaran otak' dari beliau ni.
Mula bertapak di YT semenjak 6 Oktober 2011, Syedot kini mempunyai 740,000 subscibers yang sentiasa tertunggu-tunggu video beliau yang seterusnya. Beliau juga menggunakan bantuan audio yang menenangkan dalam videonya. Unsur ASMR (autonomous sensory meridian response) yang menenangkan dan memberikan kesan 'urutan otak' (brain massage) yang bagus untuk videwers. Perkongsiannya juga informatif dan dalam keadaan santai. 'First bite' mesti diberikan kepada viewers ('sopan' dan baik hati sungguh!)
Yang menarik, Syedot telah mempunyai sekurang-kurangnya 700++ koleksi video 'mukbang' pelbagai jenis makanan dengan jumlah 135,694,730 video views! Hairan sungguh bagaimana beliau boleh kekal kurus dengan segala macam makanan yang sudah dimakannya tu.
BUAT ORANG LAPO
Kebelakangan ini, dah mula nampak di paparan newsfeed Min. YT dengan nama Nazatul Fairuz ini boleh dikategorikan sebagai antara YTuber 'baru' berbanding yang lain. Bermula pada 16 Mei 2016, channel ini sudah mempunyai 570,000 subscibers.
Terkenal dengan tagline "Ingat mudah, ingat Buat Orang Lapo", channel ini sering berkongsi video resepi yang menarik dan mudah untuk diikuti. Resepi yang sukar pun akan nampak lebih mudah.
Perkongsian mudah-mudah buatkan subscibers mudah juga nak mencuba. Ada masanya, beliau mencuba menjemput bersama ibu mertua dan anak-anak beliau untuk turut sama memasak. Jadi, nampak 'lebih dekat' dengan subscibers yang masih mempunyai ahli keluarga.
AZFAR BADRUL
Terkenal dengan montage yang menggemparkan (macam bunyi letupan), perkongsian dari channel ini tak menampakkan siapa owner sebenar channel ini. Konsep yang dibawakan juga sangat berbeza dari kebanyakan owners YT channels lain, beliau difahamkan akan menggunakan wang tajaan yang diterima untuk menaja semula pengusaha warung-warung tepi jalan yang ditonjolkan dalam video-video beliau.
Channel ini mengetengahkan 'Malaysian Street Food', dalam Bahasa Melayu tetapi dalam penulisan yang menggunakan Bahasa Inggeris. Semua perkongsian akan 'highlight' kelebihan pengusaha-pengusaha warung tepi jalan tersebut dengan menu-menu, cara penyediaan halal dan bersih, lokasi dan lain-lain yang amat membantu pengusaha-pengusaha tersebut.
Channel yang dibuka pada 12 Mac 2019 sudah mempunyai 300++ videos dengan 706,000 subscibers. Dalam satu interview (tanpa menunjukkan wajah sebenar owner channel ini) tahun ini telah memberi maklumat tambahan tentang owner channel misteri namun prihatin ini. Berumur 34 tahun dan mempunyai 4 cahaya mata dari 1 orang isteri.
Bermula sebagai 'peniaga jalanan' dan suka digelar 'saudagar jalanan'. Oleh kerana kesukaran hidup dalam perniagaan, beliau memulakan 'food review' sendiri lantaran tak mampu membayar yuran 'food review' ternama. Berbekalkan dengan usaha pertama menjual barang kemas isterinya sebagai modal pertama beliau dalam bidang 'food review' di YT.
Inspirasi dari sepotong hadith untuk "bersedeqah ketika kamu sihat, ketika kamu benar-benar memerlukan duit, ketika kamu takut miskin dan ketika kamu nak jadi kaya, kerana ketika itulah sedeqah kamu yang paling afdhol" menyebabkan beliau meneruskannya dengan konsep berYouTube sambil beramal. Subhanallah. Semoga bakal-bakal YouTubers lain juga mampu jadi sehebat ini.
Nak belajar jadi YouTuber seperti mereka? Boleh mulakan dengan menyertai kelas-kelas ini: