Pengumuman Cukai Perkhidmatan (SST) 8%
Kepada Pelanggan Yang Dihargai,
Kami ingin memaklumkan bahawa Saiful Nang Academy Sdn Bhd akan mula mengenakan Cukai Perkhidmatan (SST) 8% ke atas perkhidmatan bercukai kami bermula 1 Disember 2025, selaras dengan peraturan cukai semasa di Malaysia.
Maklumat Penting:
| Tarikh Berkuatkuasa | SST akan dikenakan ke atas invois atau perkhidmatan yang diberikan pada atau selepas 1 Disember 2025 |
| Kadar Cukai | 8% akan ditambah pada bahagian perkhidmatan yang bercukai, jika berkenaan |
| Invois & Resit | SST akan dipaparkan sebagai item berasingan dalam semua sebut harga, invois, dan resit |
| Sebut Harga / PO Sedia Ada | Jika sebut harga diterima tetapi perkhidmatan selepas 1 Disember, invois akhir akan termasuk SST |
| Dokumentasi Cukai | No. Pendaftaran SST kami akan disenaraikan pada semua invois cukai |
Contoh Pengiraan:
- Yuran Kelas: RM100.00
- SST 8%: RM8.00
- Jumlah Perlu Dibayar: RM108.00
Terima kasih atas sokongan anda kepada Saiful Nang Academy