Anak Malaysia Usia 10 Tahun Menang Reka Maskot Komanwel 2022

London: Lukisan kanak-kanak berusia 10 tahun anak kepada ibu bapa kelahiran Malaysia yang menetap di Britain dipilih menjadi maskot rasmi Temasya Sukan Komanwel 2022 yang akan akan diadakan di Birmingham.

Menurut BBC, maskot bernama Perry itu dipilih selepas Emma Lou, 10, memenangi pertandingan melukis maskot peringkat kebangsaan pada musim panas tahun lalu.

Dalam temubual melalui aplikasi Zoom dari kediamannya di Bolton, Greater Manchester, Emma berkata dia mendapat inspirasi mencipta logo berkenaan dari mercu tanda Birmingham iaitu 'bullring' dan corak heksagon itu membawa orang ramai hadir bersama-sama dengan warna bendera Komanwel.

Maskot itu diberi nama bersempena kawasan Perry Barr di Birmingham, di mana Stadium Alexander akan menjadi tuan rumah acara olahraga dan upacara pembukaan serta penutupan temasya itu.

"Saya berasa seperti sedang bermimpi apabila diberitahu lukisan saya dipilih sebagai maskot rasmi sukan Komanwel 2022," kata Emma Sukan Komanwel Birmingham akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos 2022.

 Sumber: Harian Metro

Jika ada ibu bapa yang ingin mengisi masa lapang anak di rumah dengan mengasah bakat seni mereka, boleh daftar ke kelas seni Artman bulan ni. Kalau tak sempat join live pun tak apa, kita ada sediakan rakaman. Lagi best dapat harga diskaun jika daftar 2 kelas sekali. Hanya  klik ADD TO CART (seperti dalam gambar) untuk mendaftar

 



Filter
Anak Malaysia Usia 10 Tahun Menang Reka Maskot Komanwel 2022 - Saiful Nang Academy
Anak Malaysia Usia 10 Tahun Menang Reka Maskot Komanwel 2022 - Saiful Nang Academy