5 Tips Mak Ayah Elak Anak Ketagih Gadget

Anak susah nak jauh dari gadget, mak ayah kena bertindak sebelum parah

Memang tak boleh nak dinafikan memang sekarang ini banyak kebergantungan kita dengan gadget. Tapi bahaya juga kalau sampai anak dah ketagihan. Kalau yang dapat manfaat tu, ada lah yang cerita, tapi ada juga yang berdiam dan buntu bila anak dah bermasalah. 

Baca tips ini untuk sama - sama kita elakkan anak - anak ketagihan gadget

1. Kawal penggunaan gadget

Kawalan dan pantauan kepada anak - anak sangat penting, supaya anak - anak tidak merewang dan lupa taqwim sepatutnya seperti solat dan lain - lain. Nak pantau anak depan mata setiap masa memang tak jadi kerja lah alamat nya untuk mak ayah.

Antara cara yang boleh digunakan oleh ibubapa sekarang ialah dengan install sahaja apps parental control yang sedia ada di Play Store/ Apps Store. Banyak yang boleh kita pilih ikut kesesuaian.

2. Berikan anak bermain dengan permainan merangsang minda
Kita kena tahu, anak - anak kecil tertarik untuk main handphone tidak lain hanyalah kerana ianya menarik perhatian mereka. Oleh itu, cuba alihkan perhatian anak - anak dengan cara bermain. Berikan permainan yang merangsang minda seperti lego, blocks dan lain - lain yang sesuai dengan tahap umur mereka. Boleh cuba minta mereka bina bangunan menggunakan blocks/ lego untuk uji kebolehan mereka. Mana tahu mungkin mereka akan minat untuk jadi seorang arkitek/ engineer satu hari nanti? Tak ke berbaloi dekat situ?

3. Galakkan anak buat aktiviti seni

Antara perkara lain yang boleh ubah perhatian anak dari gadget ialah dengan membuat aktiviti seni juga. Kenapa seni? Sebab anak - anak sangat minat dengan warna - warni, idea dan pemikiran mereka sangat hebat sekiranya kita asah dengan aktiviti seni dari awal. Dari seni juga dapat latih anak supaya fahami peraturan, jangan mewarna melebihi garisan.

Tak perlu susah - susah, ibubapa boleh sahaja daftarkan anak - anak ke kelas seni Artman bersama kami pada Sabtu, 26 Jun ini.
KLIK sahaja gambar di bawah ini
4. Elakkan menipu anak
Kita tahu menipu itu tak bagus dan akan marah jika anak menipu pada kita. Tapi kita juga jangan terbiasa menipu anak dengan menjanjikan perkara - perkara yang kita sendiri tak mampu seperti bawa jalan ke luar negara, beli gadget mahal, beli pakaian mahal dan sebagainya. 
Tak salah nak beri upah pada anak jika mereka berjaya buat baik, tetapi biasakan dengan berikan upah yang tidak melalaikan mereka seperti masakkan makanan kesukaan mereka, belikan buku latihan dan lain - lain. Jangan biasakan dengan beri gadget.

5. Sibukkan anak dengan bekerja
Kalau dibandingkan anak - anak zaman dahulu sangatlah berbeza dengan anak - anak sekarang. Mungkin kerana perubahan zaman, yang mana sekarang ini banyak keperluan kepada gadget. Akan tetapi bukan setiap masa keperluan penggunaannya.

Pada masa bukan keperluan untuk gunakan gadget ini lah kita sibukkan anak dengan bekerja. Biasakan mereka dengan kerja - kerja rumah seperti bantu memasak, kemas rumah dan lain - lain. Daripada situ juga mereka dapat berbakti dan meringankan kerja ibu ayah juga.
Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan gadget kepada anak - anak memang tidak salah jika ADA KEPERLUANNYA, tetapi jika berlebihan dan bukan lagi gunanya kearah perkara yang MELALAIKAN dan MEROSAKKAN anak - anak, wajarlah untuk mak ayah untuk cepat - cepat bertindak sebelum anak kita rosak disebabkan kelalaian kita sebagai ibubapa.

Related Posts

5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
5 Tanda Anak Ketagihan Gadget Mak Ayah Kena Peka
Ramai sebenarnya yang dah tahu, gadget ni ada banyak keburukannya untuk anak - anak disebalik kebaikan lain yang kita...
Read More
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Filem Pendek Raya 2022: Anak dibuang Cari Ibu yang Membuangnya
Kisah Kimi pernah viral 6 tahun lalu iaitu, seorang anak yang dibuang ibunya dan menderita hidup dalam angan-angan se...
Read More
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Anak lebih peka bila lebih awal didedahkan dengan warna
Persekitaran yang berwarna-warni membawa kesan yang besar kepada pemerhatian, pemikiran dan ingatan kanak-kanak. Kana...
Read More

Filter
5 Tips Mak Ayah Elak Anak Ketagih Gadget - Saiful Nang Academy
5 Tips Mak Ayah Elak Anak Ketagih Gadget - Saiful Nang Academy