5 Aktiviti Seni Unik Dan Mudah Yang Ibu Boleh Buat Bersama Anak-Anak Di Rumah

Walaupun pergerakan kita terbatas semasa PKP, masih ada aktiviti kreatif yang ibu ayah boleh cuba buat bersama anak-anak. Kalau sebut tentang aktiviti mewarna, kita terus terbayang pensel warna bukan? Sebenarnya, banyak lagi jenis aktiviti mewarna yang boleh dicuba. Hasil dari perkongsian Myriam Sandler melalui Instagram Mothercould, kami kongsikan semula di sini.  

Ibu-ibu jangan pening kepala kerana persiapannya yang mudah, cuma menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah sahaja. 

1. TASTE SAFE PAINT

Kalau anak masih kecil dan kita risau anak akan terjilat cat air ketika ‘painting’, ini solusinya. Hanya campurkan tepung serbaguna, garam, air mendidih dan pewarna makanan sebagai ganti cat air itu. Sukatan penuh untuk bahan boleh lihat di post Instagram ini. 

 

 2. WASHABLE SHOWER PAINT

Waktu mandi boleh jadi waktu bermain yang menyeronokkan dengan adanya ‘washable shower paint’ ini! Campurkan krim pencukur, gel mandian dengan pewarna makanan, dan siap untuk diguna. Anak-anak kita boleh berimaginasi menjadi pelukis di jubin dinding bilik air. Jangan risau.. Selepas siap, hanya bilas dengan air dan jubin dinding bilik air kita akan kembali seperti sedia kala. 

Anak gembira dapat main, ibu pun hati senang tak renyah nak kemas semula.  

 

Anak kecil yang ketagihan gajet akan belajar untuk menjadi agresif kerana terlalu lama menghadap henfon/tab. Tantrum adalah bentuk agresit yang paling biasa dalam kalangan kanak-kanak, terutama apabila mereka dihalang untuk bermain gajet. 

3. WIPEABLE COLORING BOARD

Bosan mewarna atas kertas biasa? Cuba cara ini pula untuk menggalakkan anak-anak kita mewarna.

Sediakan cardboard besar dan lukiskan objek berskala besar seperti rumah di atas cardboard. Kemudian, balut cardboard itu dengan pita pelekat jernih kemas-kemas. Sekarang, anak boleh mewarnakan gambar yang sama berulang-kali dengan menggunakan cat air atau ‘whiteboard marker’. Hanya lap sahaja permukaan ‘cardboard’ dengan tisu basah untuk membersihkannya. Mudah, kan? Buatnya sekali sahaja tapi boleh digunakan banyak kali. 

 
4. WHITE CRAYON MAGIC PAINTING

Krayon warna putih selalu diketepikan dalam banyak-banyak warna. Jangan tak tahu, ibu-ibu boleh tunjuk “silap mata” mudah ini kepada anak-anak kecil kita.

Ambil kertas lukisan dan lukis sesuatu objek di atas kertas itu menggunakan krayon putih. Kemudian, ajak anak untuk mewarna kertas itu dengan cat air. Pasti mereka teruja melihat objek misteri yang tiba-tiba muncul atas kertas lukisan.

Melalui aktiviti seni seperti lukisan dan mewarna, ibu-ibu boleh terapkan sifat-sifat murni dan berkomunikasi dengan si anak. Bukan sahaja dapat eratkan hubungan anak dengan ibu tapi juga dapat menggalakkan daya imaginasi mereka untuk berfikir bagi menghasilkan karya seni yang baik dan cantik.

5. QTIP SHAPE STAMPING

Aktiviti mengecap atau ‘stamping’ boleh juga dibuat dengan menggunakan putik kapas (cotton buds). Lekatkan beberapa putik kapas bersama-sama menggunakan hot glue gun sehingga hujungnya menyerupai pelbagai bentuk seperti segi tiga, segi empat, bunga dan lain-lain. Kemudian, celupkan hujung putik kapas yang pelbagai bentuk itu ke dalam cat air dan sedia untuk dicap ke atas kertas.



Best kan! Guna alatan yang ada di rumah kita jer. Anak-anak pun tak ada la burnt out 'terkurung' dalam rumah hari-hari. Kesian kat mereka. Jadi ibu ayah kena jadi lebih kreatif dalam menyediakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak ketika di rumah. 

Kalau ibu ayah tidak berkesempatan untuk ajak anak mewarna, cikgu-cikgu di Saiful Nang Academy boleh membantu. Kami juga ada tawarkan kelas Teknik Mewarna dan Komik Kartun (kelas melukis) untuk anak-anak daripada 5 sehingga 12 tahun. Anak-anak boleh belajar tentang warna asas, warna sekunder, tona warna dan cara mewarna kartun. Bukan itu sahaja, malah mereka boleh berkomunikasi secara langsung dengan cikgu semasa kelas berlangsung.

Bagusnya aktiviti seni ni untuk anak kita boleh tingkatkan moto skill anak kita, merangsang perkembangan otak mereka, dan paling penting ianya merupakan salah satu cara untuk mereka meluahkan emosi mereka. Nak cerita mungkin ada yang tak berapa pandai, jadi mereka luahkan melalui seni lukisan. 

Kelas pun online sahaja, boleh belajar dari rumah sahaja. Setiap kelas limit untuk 90 orang sahaja. Jika penuh, perlu tunggu untuk slot seterusnya. Kelas pula akan dibuat melalui Zoom. Bagi ibu ayah yang dah stress tengok anak asyik 'melekat' dengan gajet jer, pun boleh cuba masukkan anak masuk kelas ni. Cuma perlu klik "ADD SELECTED TO CART" dan daftar. Kelas akan datang pada 31 Julai 2021 (Sabtu) ni.


Related Posts

Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Ajar Anak Tidak Malu Kerja Kotor, Satu Hari Nanti Mereka Tak Jijik Menjaga Kita Di Waktu Kita Pikun
Program Artcamp daripada Artman baru sahaja melabuh tirai. Seminggu cuti sekolah digunakan sepenuhnya untuk anak-anak...
Read More
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Ajar Anak Setia Bertudung Sebelum Umur 7 Tahun
Dulu kami fikir, umur bawah 7 tahun masih belum wajib nak bertudung. Masih kanak-kanak lagi kononnya. Namun kami rasa...
Read More
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ajar Anak Jadi Pemimpin Dengan Ternakan
Ini anak-anak RPWP. Waktu pagi mereka ada sesi akademik di sebelah petang pula mereka membantu mengembala kambing dan...
Read More

Filter
5 Aktiviti Seni Unik Dan Mudah Yang Ibu Boleh Buat Bersama Anak-Anak Di Rumah
5 Aktiviti Seni Unik Dan Mudah Yang Ibu Boleh Buat Bersama Anak-Anak Di Rumah