Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea

Tak perlu ke Pulau Nami atau Pulau Jeju kalau kebun di belakang rumah pun kita boleh gunakan sebagai lokasi 'outdoor shooting' gambar kenangan bagi pasangan raja sehari.

Asalkan ada kamera/smartphone dan mata yang berseni (art of seeing) untuk menghasilkan gambar-gambar kenangan sebegini. Maklumlah, musim PKP ni, kita hargai apa yang ada di sekeliling kita, dengan teknik 'art of seeing' yang menarik dan sangat kreatif.

Di dalam gambar-gambar ini, ada elemen-elemen berikut:
Leading line
Framing
Colour contrast
Simetri

Nak gambar lagi cantik, perlu ada penggunaan ISO, APERTURE dan Shutter Speed yang tepat. Gambar akan jadi lebih sharp. Meskipun smartphone kita dah semakin power tapi kamera ada kelebihannya tersendiri.
Semua ini boleh kita pelajari dan praktikkan. Banyak lagi ada di kongsikan di SINI.

Perkongsian gambar-gambar perkahwinan pasangan pengantin, Hanif dan Ai ini telah dilakukan oleh Fardaus Yahaya di akaun Facebooknya, Far Daus. Lokasi 'lakonan semula' majlis pernikahan dalam kebun ini telah dijalankan di salah sebuah kebun getah yang terdapat di Kg Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak, Muar, Johor.

Menurut En Fardaus, pasangan pengantin telah selesai diijabkabulkan lebih awal di Pejabat Kadi Daerah Tangkak dan sepulangnya mereka dari dijabkabulkan, sesi penggambaran 'outdoor' terus dilakukan di kebun getah di belakang rumah pasangan pengantin tersebut.

Unik dan kreatif sekali kan? Walaupun tak ke luar negara, mode cinta sejati 'Autumn in My Heart' dan 'Winter Sonata' (tanpa salji) tetap boleh dicipta semula dan dirasai dalam gambar-gambar menarik ini. Nak 'recreate' majlis seperti ini dan rakamkan guna smartphone pun boleh tau! Ada tips nya dikongsikan di SINI. Ada yang sarankan, boleh guna kerusi plastik berwarna putih atau kerusi berbalut kain satin putih untuk kesan lebih 'grand' lagi. Dah ada bunga-bunga 'mata dengan seni melihat' tu!

Tahniah En Hanif dan Pn Ai yang selamat bergelar raja sehari! Semoga dikurniakan rumahtangga yang bahagia sehingga ke syurga. Terima kasih kepada En Fardaus Yahaya yang memberikan izin untuk perkongsian ini.
.
Bakal-bakal pengantin dan fotografer baru nak tambah ilmu jadi kreatif dan unik dengan ilmu 'art of seeing'? Boleh aplikasikan KONSEP hampir serupa di mana-mana dan bukan hanya di kebun getah sahaja.

Klik terus link ini:

Nak jadi kreatif dan berseni shoot gambar



Filter
Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea - Saiful Nang Academy
Shoot Wedding Dalam Kebun Pun Dah Terasa 'Grand' Macam di Oversea - Saiful Nang Academy