Cart
Hotline Saiful Nang Academy010 667 2738 | 011 2328 4212 | 010 222 9089
Harga Combo | Fotowang + Smartphone Photography RM100 | Smartphone Photography + Photo Editing RM100
Food Photo + Video RM150 | Video Shooting + Editing RM100 | FB + Ig Ads RM250 | Komik Kartun + Mewarna RM100

Samsung Dan Xiaomi Ikut Jejak Langkah Apple Jual Smartphone Tanpa Charger

Setelah banyak troll yang dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi ini mengenai keputusan Apple untuk menjual iPhone 12 tanpa charger, kini Samsung dan Xiaomi juga mengambil tindakan yang sama. Mudah kata, pengeluaran smartphone akan datang dari kedua-dua jenama ini iaitu Samsung Galaxy S21 dan Xiaomi Mi 11 akan dijual tanpa charger - demi ingin mengurangkan kesan buruk kepada alam persekitaran.

Sebenarnya, syarikat pertama yang mengikuti jejak langkah Apple ialah syarikat dari China, iaitu Xiaomi. Founder Xiaomi, Lei Jun telah mengesahkan khabar angin yang bertebaran di sosial media utama China (Weibo) yang pengeluaran smartphone terbaru Mi 11 akan menjadi lebih ringan dan nipis kotak packaging nya dan tanpa charging cable. Syarikat gergasi dari South Korea, Samsung juga mengesahkan perkara yang sama untuk keluaran smartphone mereka yang terbaru. Lepas ni mesti syarikat-syarikat smartphone yang lain pun akan mengikuti trend ini.

Tapi jangan risau, bagi pengguna tegar jenama Samsung dan Xiaomi masih boleh gunakan cable charger yang lama dengan smartphone model terbaru ini. Cuma untuk pengguna baru yang tiada charger lah yang kena beli asing. Selain daripada menambahkan bilangan charger yang kita tak guna di rumah, ianya juga dapat berjimat kerana kos yang dikeluarkan untuk model smartphone terbaru ini juga boleh dikurangkan. Kos kurang, harga jualannya pun boleh dikurangkan sedikit. Dengan penjualan smartphone hampir 2 billion setiap tahun di serata dunia, harapnya keputusan besar ini boleh memberi impak positif kepada persekitaran.

Bagi kami, selalu tukar-tukar handphone setiap tahun sebab nak ikut trend pun tak guna juga kalau tak reti nak fully utilise fungsi-fungsi yang ada di dalam smartphone tu. Tukar lah macam-macam jenis handphone pun, tapi kalau ambil gambar pun ke laut dalam, ambil video pun senget-senget, hmmm geramm je kami tengok. Sayang betul dah ada handphone canggih tapi gambar dan video tak cantik. Rasa macam nak suruh masuk kelas kita belajar ambil gambar dengan betul dan belajar sekali macam mana nak shoot video kasi WOW. 


 

Sumber: ASTRO Awani

 

 

 

 



Filter
Samsung Dan Xiaomi Ikut Jejak Langkah Apple Jual Smartphone Tanpa Charger - Saiful Nang Academy
Samsung Dan Xiaomi Ikut Jejak Langkah Apple Jual Smartphone Tanpa Charger - Saiful Nang Academy