5 Tips Mudah Ambil Gambar Guna Smartphone

Sekarang semua orang ada smartphone tapi masih ramai yang tak tahu dengan teknik yang betul, kita boleh hasilkan gambar yang secantik DSLR. Tak guna kalau pakai fon mahal tapi gambar masih ke laut.

Jom tengok tips yang kami kongsikan ni, mudah jer untuk kita apply sebelum ambil gambar. Tips ini tak semestinya kena guna fon mahal, fon biasa-biasa pun boleh apply juga. Kalau sebelum ni kita main tekan je ambil gambar, selepas ni boleh apply tips ini dan tengok perbezaan gambar sebelum ni.


1) BERSIHKAN LENS

Ramai yang terlepas pandang bab ini, biasanya kita keluarkan fon dari poket terus bukak kamera dan snap. Tapi sebetulnya kita perlu bersihkan lens dulu supaya tak ada habuk atau minyak yang mengganggu gambar kita nanti.


2) ENABLE GRIDLINE

Camera grid sangat membantu bila kita ambil gambar. Untuk memastikan gambar kita tidak senget dan komposisi gambar kita. Paling sedih bila vew dah cantik tapi gambar kita senget dan tak berjaya menonjolkan subjek dalam gambar.


3) LIGHTING

Pastikan arah cahaya, kawal pencahayaan dalam gambar. Sebenarnya ambil gambar under exposure lebih baik dari over exposure sebab nanti masa edit kita boleh cerahkan gambar tu. Bak kata cikgu Syibli, gambar yang gelap boleh dicerahkan. Gambar yang cerah selamanya cerah.

Gambar kita boleh menjadi secantik DSLR dengan memahami kualiti cahaya ketika kita mengambil gambar. Dan cahaya yang cantik untuk ambil gambar adalah ketika Golden Hour dan Blue Hour.


4) COMPOSITION 

Komposisi membuatkan subjek dalam gambar kita lebih menarik dan menjadi fokus dalam gambar. Banyak teknik komposisi yang kita boleh try dan explore. Contohnya Rule of Third, Framing, Reflection dan Leading Line. Semakin banyak kita explore, semakin kita faham bagaimana untuk meletakkan elemen-elemen ini di dalam gambar kita.


5) AF/AE LOCK

Fungsi lock ini adalah untuk pastikan fokus gambar pada subjek walaupun kamera kita bergerak-gerak lepeas kita fokus. Siapa yang ada masalah gambar selalu blur, boleh la cuba buat AF/AE Lock. Gambar confirm jadi sharp lepas ni! 

 

Sekarang dah boleh percaya kan gambar kita boleh jadi power kalau kita tahu teknik dan trick ambil gambar dengan cantik hanya dengan menggunakan smartphone. Jika berminat nak belajar lebih mendalam, boleh click button di bawah

Nak belajar ambil gambar cantik dengan smartphone



Filter
5 Tips Mudah Ambil Gambar Guna Smartphone - Saiful Nang Academy
5 Tips Mudah Ambil Gambar Guna Smartphone - Saiful Nang Academy