Pelajaran Dari Tokey Karpet Nilai 3
2-3 hari ni meriah cerita tentang nilai 3
Lama dah tak dengar Nilai 3 masuk berita. Nilai 3 pun dah tak semeriah dahulu. Masa awal pembukaan memang jadi satu fenomena, bersusun kereta datang sana tiap minggu. Makcik-makcik semua duk sebut beli kat Nilai 3, Nilai 3. Kalau ke arah selatan dari KL lalu PLUS, penuh billboard dengan iklan Nilai 3.
Tapi itulah, namanya pun fenomena, maka tak kekal. Mungkin kerana kurang promosi.
Selepas 19 tahun, Sekarang kalau pergi Nilai 3 memang sunyi, jauh beza dengan kemeriahan awal-awal dulu. Bukan sebab pkp atau covid, sebelum covid pun dah sunyi Nilai 3 ni. Bila lalu sunyi dia terasa macam dalam pekan koboi dalam filem lama yang menanti pertempuran tembakan pistol antara sherif dan penjahat, sekali sekala ada gelung jerami lalu.
Macam itu lah sunyinya bila dibanding kan dengan keadaan yang lalu
Tapi anehnya
Dari sunyi sebelum covid, hingga menjadi lebih sunyi ketika zaman covid, kedai kedai di sini tetap maintain. Tetap steady, tak banyak pun yang bungkus. Ramai jer warga pakistan persis shah rukh khan , hitrik roshan, sekali sekala ada yang rupa macam amitha batchan tetap steady jual karpet.
Kita tengok makin Pelik
Adakah perniagaan karpet ini adalah satu samaran perniagaan, di mana perniagaan sebenar yang lebih menguntungkan tersorok di belakang nya ? Macam dalam filem, depan kedai ubat, belakang jual senjata api.
Bila sembang sembang
Rupa-rupanya bila sambutan customer walk-in dah menyusut, mereka tak mengalah. Tanpa sedar sebelum PKP lagi rupanya mereka ubah cara niaga mereka,
Mereka jadi pemborong dan mereka "digital" kan perniagaan mereka. Bijak
Sebagai seorang usahawan, apa yang mereka buat ini, wajib kita ambil pelajaran. Terutamanya pada zaman Covid ini, kejap PKP, kejap PKPB, kejap boleh berniaga, sekejap lagi kena tutup.
Mahu tak mahu, kita perlu BERUBAH, jika kita tidak berubah maka kita akan jadilah seperti gergasi dunia yang sudah meninggal seperti Nokia, BlackBerry dan Kodak. Punca kematian - TIDAK BERUBAH.
Belajar digitalkan perniagaan kita. Belajar berniaga guna fb page, guna insta, guna telegram, guna shopee, guna whatsapp. Tak perlu buat semua platform, cukup 1-2 platform sahaja yang penting kita berniaga di mana target market kita berada.
Tak tahu belajar, tak faham bertanya. Di Saiful Nang Academy (www.snap.my), pelbagai kelas untuk digitalkan perniagaan dah kita sediakan. Lepas kelas ada lagi group telegram untuk terus gali ilmu. Sedikit sebanyak kami harap yang kelas yang kami usahakan ini dapat membantu lebih ramai usahawan, terutama zaman covid ini.
Tapi saya slow nak belajar benda baru cikgu
Tak apa perlahan yang penting berjalan dan bergerak. Selagi kita bergerak selagi itu perniagaan kita akan hidup.
Sekarang waktu susah,
Bukan waktu cari alasan tetapi waktu cari jalan.
Jadilah seperti peniaga Nilai 3, Jangan jadi macam CEO BlackBerry
Cikgu Syibli