MEMAHAMI FACEBOOK ADS : PROFILING CUSTOMER

MEMAHAMI FACEBOOK ADS : PROFILING CUSTOMER
.
Bayangkan di satu pagi yang tenang bebas jerebu, sedang kita menikmati keenakan sambal nasi lemak Wak Manjo di Kampung baru, rasa pedas pedas manis bercampur dengan butiran nasi lemak yang cukup santan tiba tiba nikmat ini tergangu dengan satu teguran…. Bang bang, sorry kacau abang makan, saya ada jual iphone 11 ni, original punya, harga jangan risau tiada diskaun sama jer dengan harga di apple store atau pun abang beli online, abang berminat tak nak beli dari saya sekarang ?

Agak agak kita nak beli tak dalam situasi begini ? 9.9/10 confirm tak beli kan

Itulah sebenarnya yang berlaku bila kita menjual, buat marketing offline atau online tanpa mengenal siapa pelanggan kita, kebanyakkan masanya kita menjual di tempat yang salah.

sales tiada yang dapat hanya penat, ouch

Antara kelebihan utama menggunakan facebook ads ialah kita dapat memastikan iklan kita sampai tepat ke potential client, kerana facebook ads is all about knowing your customer

Bagaimana nak buat profiling customer kita, mudah kita ikut format yang telah facebok berikan

PERKARA PERTAMA PERLU KITA TAHU ADALAH UMUR
Wajib untuk kita tahu apa range umur pelanggan kita kerana setiap umur itu mempunyai keperluan berbeza.

Contoh mudah :
a) Contoh 1 : Jika kita menjual tudung labuh, umur yang sesuai untuk kita iklankan bermula dari 40 tahun ke atas. Kenapa ?..kerana kebanyakkan kita bila sudah mencapai umur 40 tahun kematangan dan kesedaran terhadap perintah Tuhan semakin meningkat maka ramai yang berhijrah dari tudung singkat ke tudung yang menepati syariah

b) Contoh 2 : Jika kita menjual pakej travel, macam kami sendiri Rarecation kami iklan kan pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Majoriti traveler kami adalah dari mereka yang berumur 50 tahun ke atas, kenapa ? Kerana umur ini mereka mempunyai kewangan yang kukuh dan tiada masalah dengan cuti

c) Contoh 3 : Kita menjual lampin pakai buang untuk bayi, umur yang perlu kita fokus adalah antara 28 - 35 tahun umur di mana kebanyakkan kita masih mempunyai ramai anak kecil

Perlu juga faham, pelanggan kita mungkin datang dari range umur yang berbeza, bukan dari 1 range sahaja, sebagai contoh traveler rarecation memang kebanyakkannya 50 tahun ke atas, tetapi ada juga pelanggan dari range umur 30-40an, terutama untuk trip pada akhir tahun.

Jadi penting untuk kita senaraikan range umur client kita. Untuk mudah faham, contoh bagi Rarecation range umur ada 2 yang perlu di fokuskan :

Range 1 : 30 - 40 tahun
Range 2 : 50 tahun ke atas
.
Kenapa kita perlu senaraikan begini, kerana mudah untuk kita buat iklan yang sesuai dengan umurnya
.
Bila kita tahu umur pelanggan kita, maka :
a) lebih mudah kita nak bentuk iklan yang sesuai untuk umur pelanggan kita
b) Lebih mudah untuk kita kenal kerjaya mereka
c) Lebih mudah untuk kita tahu dimana mereka berada
d) Lebih mudah untuk kita tahu keperluan mereka

Pendek cerita dari umur ini, kita akan mula membentuk profile yang lebih terperinci dan serangan facebook kita akan semakin tepat.

Baik sampai sini dulu untuk hari ini,

Anda dah tahu tak umur pelanggan & prospect ? Cuba komen

Syibli Fakih
7 tahun guna FB ads, tak habis habis lagi belajar


Filter
MEMAHAMI FACEBOOK ADS : PROFILING CUSTOMER - Saiful Nang Academy
MEMAHAMI FACEBOOK ADS : PROFILING CUSTOMER - Saiful Nang Academy