Macam mana nak buat dekat prospek yang bagi blueticks je kat mesej saya?

"Cikgu, macam mana nak buat dekat prospek yang bagi blueticks je kat mesej saya?" Kami selalu dapat soalan sebegini dari peserta kelas-kelas kami.
.
Ada 3 cara nak dikongsikan di sini. Tapi mari kita 'study' dulu mesej seperti dalam gambar ni.
.
Kenapa mesej macam ni haram disebarkan?
.
❌- tajuk mesej dah bermula dengan CUSTOMER YG BLUETICK
Walaupun memang prospek/customer kita tu hanya 'jawab' dengan blueticks dekat mesej kita, tak sopan nak beri tajuk (dan siap capslock) dekat kita
❌- "muka saya tak kusam pun, mesej tak sesuai dengan saya ni" dan terus pilih untuk terus 'ignore'
❌- pengulangan perkataan "sis" yang agak 'annoying'
.
✅ PERTAMA, KENALI LATAR BELAKANG PROSPEK
.
Setiap mesej WhatsApp yang kita nak kongsikan kepada semua prospek perlu sesuai dengan prospek tersebut.
.
Nak sebar mesej kepada seorang surirumah, jangan bahasanya seperti nak bercakap dengan pegawai pangkat jusa-jusa. Untuk pelajar dan pekerja am juga lain lenggoknya. Yang penting, jangan merendahkan sesiapa pun, walaupun mereka pernah / selalu beri kita blueticks sahaja sebagai 'jawapan'.
.
✅ KEDUA, KITA KONGSI KELEBIHAN PRODUK KITA DAN TAK HANYA TUNJUK KEBURUKAN PRODUK ORANG .
.
Dalam pemasaran, orang tak suka dengar masalah kita dengan syarikat lain. Nampak sangat macam gaya Cik Kiah membawang dengan jiran sebelah! Orang tak suka dan boleh baca akhlak kita. Buruk sangat.
.
Kita sebaiknya boleh kongsikan foto / video / testimoni produk jualan kita bagi menambah keyakinan bakal / bekas pelanggan kita. Lagi banyak bahan marketing seperti itu kita boleh kongsikan, lebih baik. Tapi bukan dihantar semuanya sekaligus. Sesak nafas nak membacanya.
.
Nak jual makanan, tapi dari gambar tak nampak pula menyelerakan. Payah juga orang nak percaya. Ini contoh kenapa perlu beri gambar yang menarik sahaja.
.
✅ KETIGA, JANGAN GUNAKAN PANGGILAN YANG TAK SENONOH KEPADA PROSPEK KITA
.
Kita suka ke kalau orang bahasakan kita dengan panggilan CUSTOMER YG BLUETICK?
.
Jangan sebut prospek kita tu dengan panggilan yang tak sedap dibaca / didengari. Contoh ayat seperti dalam gambar ni memang tak sesuai dan boleh mengguris perasaan, walaupun memang itulah mereka. Bagus sebab mendoakan, tapi perlu perhalusi keseluruhan mesej sebelum dihantar.
.
Nak menjual, perlu membeli jiwa terlebih dahulu. Give and take. Setuju tak?
.
Kami ada juga kongsikan lebih banyak tips nak guna WhatsApp Business sampai yang asalnya prospek, terus jadi repeat customers. Nak tak?
.
Tekan gambar-gambar untuk pendaftaran kelas lock sales hanya melalui WhatsApp.

Related Posts

'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
'Kembar' Kongsi Tips Bagaimana Chef Ammar Viral Dalam Perniagaan
Ini adalah perkongsian dari Tuan Ammar Zahar, seorang marketing consultant yang banyak membantu usahawan, di page bel...
Read More
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Jimat Kos Pemasaran 5x Ganda Bila Elak 5 Kesilapan Pada Poster Iklan
Perkara ini nampak macam isu kecil, tapi sebenarnya ianya antara salah satu sebab kenapa iklan kita DILIHAT, DIAMBIL ...
Read More
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
7 Perkara Pegawai Pemasaran Baru Boleh Buat Untuk Mudahkan Tugasan
Marketeers / pegawai pemasaran yang baru memulakan kerjaya, mungkin ada masanya rasa terbeban dengan tugasan yang mem...
Read More

Filter
Macam mana nak buat dekat prospek yang bagi blueticks je kat mesej saya? - Saiful Nang Academy
Macam mana nak buat dekat prospek yang bagi blueticks je kat mesej saya? - Saiful Nang Academy