KAYA BARU NAK MENGEMBARA ATAU MENGEMBARA BUAT KITA KAYA?

Kalau mengembara tapi tak belajar apa-apa dan tidak kenal sesiapa itu bukan namanya mengembara tetapi mengisi masa lapang. Atau mudahnya, itulah pelancong. Itu juga bezanya antara PELANCONG dengan PENGEMBARA.
Masa ni masa PKPP. Kita tak boleh keluar negara. Namun mengembara dalam negara sahaja cukup dahulu untuk
1. Kenali budaya setempat
2. Ambil kebaikan di tempat orang dan yang buruknya simpan diam-diam jadi pelajaran.
3. Kenali rakan travel kita. Pesanan nabi, nak kenal seseorang tu berkelanalah selama 3 hari. Lepas 3 hari biasanya dah tak ada control-control, masa tu THE REAL YOU akan reveal. Ini networking lebih baik dari 100 round main golf.
4. Dari mengembara kita jumpa idea yang terlihat sesuai untuk diri kita di tempat kita.
5. Orang yg tak travel akan jadi macam orang Korea Utara. Walaupun mereka hidup susah tetapi mereka percaya mereka hidup senang lenang. Kenapa? Tidak ada perbandingan, tengok internet pun tak boleh mana nak nampak dunia luar. Kalau tak mampu travel, mampukanlah membaca yang menjadi jendela dunia. Tapi...apapun tak sama orang tengok dari jendela dengan orang tengok berdepan-depan.
6. Travel ialah routine breaker. Kita KELUAR dari rutin harian kita. Macam kita main bola hari-hari tiba-tiba kita ambil 1 day off untuk tonton balik permainan kita sendiri. Baru nampak kepincangan kita bagaimana. Kalau kita masih dalam rutin yang sama, kita tak nampak pincang dan tempang kita. Bukanlah semestinya kena pergi tempat jauh dan mahal, cukup untuk break the routine dan retreat.
Ingat, nak melompat lebih jauh kena mengundur beberapa langkah ke belakang untuk ambil lajak. Barulah kita mampu melompat lebih jauh dari langkah-langkah setiap hari-hari kita yang biasa-biasa.
Namun begitu, kalau travel sekadar macam pelancong, elok duduk rumah diam-diam jangan buang duit.
SAIFUL NANG
I am Rare Founder!