CEO MEMANG TAK RAMAI KAWAN. KENAPA?

CEO MEMANG TAK RAMAI KAWAN. KENAPA?

Orang sibuk dan pelik memang tak ramai akan faham hidupnya. Yang faham memang orang yang macam dia juga. Jangan sedih bila seorang demi seorang kawan kita menjauh diri dari kita kerana CEO ialah spesis rare. Tak payah nak down sangat. Dulu saya rasa saya ni teruk sangat ke bila kawan lari semasa bisnes mula naik? Rupanya memang spesis CEO tak banyak kawan. Boleh ke kita duduk sembang pasal bumper kereta dan exhaust baru silinder diameter 6 inci dari lepas Maghrib sampai pagi.

Contoh paling klasik, once kau jual insuran sahaja, kawan baik pun dah mula takut angkat call. Betul tak?

Bila kita cerita tentang idea dan optimistik mereka wajiblah tak minat. So, jangan risau. Dalam gambar ni nama dia Ahim dari Royal Brunei Airlines. Dalam ramai-ramai kawan dalam fotografi, dia antara sedikit yang masih maintain berkawan sampai sekarang. Kerana kita selalu bersembang tentang IDEA! Itu memang buah bincang CEO-CEO.


Filter
CEO MEMANG TAK RAMAI KAWAN. KENAPA? - Saiful Nang Academy
CEO MEMANG TAK RAMAI KAWAN. KENAPA? - Saiful Nang Academy