Cara Tiru Zach King Dapat USD41,000 Melalui Satu TikTok Video
Siapa tak kenal Zach King, pakar dalam penghasilan content berunsur silap mata dan special visual effects dalam video TikToknya? Difahamkan, tahun ini, setiap kali beliau kongsikan videonya, beliau mampu menjana pendapatan antara USD25,075.00 hingga USD41,791.00 untuk satu video!
Sehingga perkongsian ini dibuat, beliau telah mempunyai 53.2 juta followers, 634.8 juta likes untuk video-videonya.
Dengan 'tagline' "bringing a little more wonder into the world, 15 seconds at a time", beliau telah menghiburkan followers dari serata dunia dengan trik silap mata dalam siri video 15 saatnya. Bermula dengan perkongsian di websitenya sejak tahun 2008, beliau sudah mengembangbiakkan penglibatannya dalam pelbagai platform, termasuk YouTube dan TikTok.
Kita pula bagaimana? Bolehkah kita menjana pendapatan dr TikTok? Boleh dan sangat boleh.
Tapi tak mudah.
Jangan terbuai dengan bayangan wang di atas dan bagaimana Zach King mampu melakukannya. Semua ini perlukan USAHA. Tapi, tak mustahil bagi yang MAHU. Kan?
Bagi yang baru nak membuka akaun TikTok, atau yang sudah ada tapi masih belum menghasilkan sebarang pendapatan dari akaun TikTok anda, boleh rujuk panduan ini.
CARA JANA PENDAPATAN MELALUI TIKTOK
PERKENALKAN PENAJA DAN PRODUK KELUARAN PENAJA
Menggunakan cara ini, influencer TikTok boleh meraih pendapatan berbeza-beza mengikut kriteria tertentu. Antaranya jumlah followers, kualiti content yang dikongsikan, peringkat umur followers, disiplin kerja influencers dan sebagainya. Jika tinggi jumlah followers, membuka lebih banyak peluang usahasama dan menambahkan peluang mendapat pendapatan melaluinya.
PENJUALAN CENDERAHATI
TikTokers, jika mahu 'survive' lama, jangan hanya bergantung kepada satu bidang sahaja. Bila dah ramai followers, takkan nak harapkan 'likes' dan 'shares' mereka sahaja. Manfaatkan dengan berkongsi rasa kesatuan dan solidariti (brotherhood / sisterhood / familyhood dan pelbagai jenis 'hood' lain) dari penjualan pelbagai cenderhati dengan jenama sendiri. Selain mendapatkan jualan, boleh juga jadi salah satu cara kita memperkenalkan jenama kita sendiri (branding).
Jangan tamak, takut tak mampu. Mulakan dahulu dengan satu atau beberapa produk cenderahati yang memang orang suka beli. Topi, t-shirt, mug dan sebarang produk cenderahati yang dikaji dahulu kebolehpasarannya. Jangan dah tempah segudang, yang membelinya hanya 3-4 orang! Gulung tikar terus!
INTEGRASI MUZIK
Perasan tak dalam TikTok, banyak video yang menampakkan creators atau pemilik akaun sedang menari atau menggunakan gaya pergerakan tertentu yang synchronised di serata dunia, melalui lagu? Selain menunjukkan kesatuan (solidariti dan kebersamaan), ianya juga mampu menjana pendapatan bagi mereka. Disclaimer : Kami tidak menggalakkan cara ini, kerana cara-cara yang lain boleh juga digunakan dengan penggunaan muzik
Antara cara lain adalah dengan menjadikan video kita sebagai salah satu medium sebaran tentang lagu-lagu baru artis, atau perkenalkan artis-artis baru melalui penggunaan lagu mereka dalam video kita.
Jadi 'playlist push influencer' melalui program affiliate mereka juga boleh jadi sumber pendapatan pemilik akaun TikTok. Bukan hanya artis boleh mendapat royalti dari penggunaan muzik mereka di TikTok, pemegang akaun yang menggunakan lagu artis tersebut juga boleh mendapat imbuhannya.
Tiada had maksima berapa banyak video boleh kita buat, atau berapa banyak kita boleh jana pendapatan melalui cara ini. Bekerjasama dengan Spotify pun boleh menjana pendapatan melalui cara integrasi muzik dalam channel TikTok kita. Jadi, nak dapat lebih dari yang Zach King dapat? Boleh! Usahalah.
Influencers TikTok boleh juga menjana ‘pendapatan’ melalui aplikasi ‘hadiah digital’ terutamanya semasa mereka membuat live streams. Jika mereka boleh membuatkan followers gembira dengan content/video yang dihasilkan, followers boleh membeli hadiah-hadiah ini di channel account yang mereka suka, dan hadiahkan.
Pembelian dan pembayaran dilakukan dengan wang sebenar yang mereka boleh tukarkan kepada/dari bentuk 'coins'. Namun masih perlu diingat yang TikTok akan mengambil 50% dari bahagian ini. Tapi, sekurang-kurangnya, ianya juga cara yang bagus untuk menjana pendapatan dari akaun TikTok kita.
SENTIASA CARI ILHAM MENAIKKAN KUALITI CHANNEL
Ramai creators telah menampakkan yang sumber pendapatan yg dapat dijana melalui iklan di platform ini sangat sedikit dan tak sebanyak yang mereka mampu perolehi melalui platform lain seperti YouTube.
Di TikTok seorang influencer boleh merujuk laporan di Creator’s Fund dan darinya boleh difahami bagi setiap 1000 views yang mereka perolehi dari video viral mereka, mereka akan dibayar hanya beberapa belas RM.
Namun mereka tetap boleh mendapat pendapatan yang agak lumayan jika mereka mempunyai berjuta-juta followers dengan jumlah viewers yang sama untuk setiap video mereka.
Cuma, untuk hanya bergantung harap kepada pendapatan dari iklan sebagai punca pendapatan utama adalah kurang memberangsangkan dan tidak digalakkan. Oleh itu, sentiasa ikuti perkembangan dan CARI JALAN. MENGELUH TAK AKAN MENGHASILKAN APA-APA kecuali lebih banyak masalah.
Menjana pendapatan melalui TikTok memang boleh dilakukan dari bukti-bukti yang boleh kita layari di internet. Namun, ianya BUKAN hasil dari kerja 1 hari sahaja.Asas penghasilan video viral dan content yang berkualiti serta penghasilan video yang konsisten / berterusan membantu dalam menjadikan kita seorang influencer yang diikuti ramai followers sepanjang masa. Semua ini perlukan ilmu
Nak jadi TikTokers berjaya macam Zach King dan mampu menjana pendapatan melaluinya? Mulakan dengan dapatkan ilmu SHOOT & EDIT VIDEO VIRAL di sini: