BEBASKAN BISNES DARI POLITIK

BEBASKAN BISNES DARI POLITIK

Saya pernah inspired nak baca bagaimana seorang anak yatim bernama Roman Abromovich yang menjadi billionaire. Saya minat nak membacanya tetapi dalam bab pertama saya terus buat keputusan untuk tidak meneruskan.

Kenapa?

Kerana bisnes yang dibuat mendapat fast track dari pengaruh politik. Buku itu kekal elok sehingga disedekahkan kepada library di sebuah universiti di Negeri Sembilan.

Ramai boleh fast track dengan pengaruh politik tetapi satu kita perlu ingat, perniagaan kita tidak ada terma diundi setiap 5 tahun. Namun ahli politik boleh naik dan boleh turun. Seterusnya, dana politik juga diharapkan sebagai imbuhan untuk mendanai pilihanraya atau projek-projek politik.

Kami dengan ahli politik tak pernah bermusuh. Sekalipun semasa mereka kerajaan ataupun semasa mereka jadi pembangkang. Mereka sama seperti pelanggan kami yang lain, kami layan sama istimewanya.

godit?

SAIFUL NANG
Rarefounders.com


Filter
BEBASKAN BISNES DARI POLITIK - Saiful Nang Academy
BEBASKAN BISNES DARI POLITIK - Saiful Nang Academy