6 tips bagaimana peniaga online dapat naikkan sales 10x ganda bila berniaga di Instagram Business dengan betul

Sebelum ni kami dah terangkan perbezaan crowd di platform Instagram dan Facebook, kali ni kami nak kongsikan kelebihan berniaga di Instagram Business berbanding Instagram personal. Kalau nak tahu sekarang ni ada 500 juta active users di platform Instagram. Bagi yang belum tukar ke Instagram Business tu rugi besar, kena tukar cepat-cepat supaya kita boleh fully utilise fungsi-fungsi yang ada di Instagram Business. Nak tukar pun sekejap dan free jer, nanti dalam kelas pun akan lebih mudah faham apa yang kami nak ajarkan.
1) FUNGSI INSTAGRAM BUSINESS

Kalau kat Instagram personal, tak ada fungsi-fungsi ni semua, rugi kan.. Sebab tu la kami sangat menggalakkan semua peniaga beralih ke Instagram Business. Okay jadi apa fungsi-fungsi yang ada ni?

i) Promotions: salah satu cara untuk kita bina iklan di Instagram
ii) Insight: untuk kita lihat data followers kita
iii) Contact: Boleh masukkan nombor phone, address dan email kita. Jadi kalau ada customer nak call atau hubungi kita, boleh klik di Contact itu Sahaja
iv) Add shop: ‘online shop’ di Instagram
v) Highlight: untuk kita highlight kan produk/servis yang kita tawarkan, nak letak tutorial, feedback, harga ataupun maklumat dropship/agent
2) INSIGHT INFORMATION

Gambar sebelum ni ada bahagian Insight, kan? Antara informasi yang ada di dalam insight ni Ialah

1) Overview:

i) berapa banyak account yang telah melihat posting-posting kita
ii) berapa banyak content interactions di page kita
iii) pertambahan atau penurunan followers

Di dalam Insight ni juga kita boleh lihat data-data yang lebih details seperti range umur followers kita, jantina, locality dan pada waktu bila followers kita aktif di sosial media.

Penting ke semua informasi ni? Jawapan kami, SANGAT PENTING. Supaya bila kita buat iklan, kita boleh target kan mengikut analisis yang di beri.
3) VISUAL CONTENT

Kenapa users suka scroll Instagram berbanding Facebook?

Sebab GAMBAR dan SHORT VIDEO! Jadi kita perlu la pastikan feed Instagram kita tak penuh dengan iklan semata dan gambar-gambar yang tak appealing. Lagi cantik feed kita, lagi banyak kita provide information kepada followers dan users di Instagram, lagi tinggi value kita. Bila value tinggi, followers kita pun akan bertambah secara organic dan tanpa kita perlu mengeluarkan kos iklan.
4) POST INSIGHT INFORMATION

Jangan tak tahu setiap posting yang kita buat, kita boleh lihat analisa yang telah disediakan oleh Instagram.

Berapa ramai yang repost di Instagram story mereka
Berapa ramai yang saved post kita
Berapa ramai reach dan impressions
Berapa banyak profile visits dan website click
5) BOLEH REACH KEPADA LEBIH RAMAI USERS

Tahu kewujudan Explore di Instagram kita? Tahu fungsi nya?

Melalui explore (dan hashtags) posting kita boleh dilihat dari serata dunia. Kita perlu pastikan posting kita mendapat likes yang agak tinggi untuk meningkatkan lagi possibility posting kita appear di Explore.

Hashtag! Jangan lupa gunakan hashtag yang sesuai supaya produk atau pun jenama kita mudah dicari oleh users yang lain. Contohnya,

#surprisedeliveryshahalam #kedaikekipoh
#fishskinmelaka #repairiphonekl

Jika ada jenama, boleh diletakkan juga jenama yang yang ada di hashtag yang lain. Contohnya begini,

#dorychipspuchong
#werdabangi
#jelitasaraampang

Jelas? Kalau tak jelas, boleh belajar lebih lanjut di sini.
6) INSTAGRAM STORIES & LIVE

Di Instagram stories juga boleh mendatangkan sales melalui short video 15 saat yang kita buat. Sekarang pun fungsi Instagram Live dah bertambah banyak, seperti kita juga boleh play video dan gambar dalam masa yang sama, boleh jawab Q&A, dan juga boleh Live sharing bersama users yang lain

Kita juga boleh iklankan Instagram stories kita, tapi video bagaimana yang boleh kita create untuk mendapatkan sales yang tinggi?

Nak buat Instagram Business semua orang boleh, nak belajar bina ads pun semua orang pandai, TAPI jenis iklan macam mana yang users suka? Jenis iklan bagaimana yang sesuai dan berkesan untuk platform di Instagram?


Antara yang kami akan kongsikan dalam kelas Instagram ads ialah:
i) Kelebihan Instagram / IGTV / Instagram story berbanding Facebook
ii) Kenali target market di Instagram
iii) Step by step bina iklan di Instagram Ads
iv) Jenis-jenis iklan berkesan di Instagram
.
Bagi yang mula berniaga, ada zero knowledge mengenai Instagram dan Instagram ads, pemilik restoran, dropshipper dan agent boleh belajar bina iklan di Instagram dan Instagram story. Cuma kena tahu iklan yang bagaimana untuk make sure iklan kita sampai kepada target market kita. Jika berminat nak belajar lebih lanjut, boleh rujuk di sini. Kalau nak belajar mengenai Facebook pun boleh juga, boleh klik di sini.


Filter
6 tips bagaimana peniaga online dapat naikkan sales 10x ganda bila berniaga di Instagram Business dengan betul - Saiful Nang Academy
6 tips bagaimana peniaga online dapat naikkan sales 10x ganda bila berniaga di Instagram Business dengan betul - Saiful Nang Academy