5 tips bagaimana agent dan dropshipper boleh dapat sales berlipat kali ganda

Sebagai agent dan dropshipper, wajib tahu bagaimana nak membuatkan online shop kita lebih dikenali dan outstanding berbanding dropshipper dan agent yang lain. Bila bakal pembeli dah kenal kita, lagi senang dan mudah untuk kita lock sales kerana kita dah bina kepercayaan mereka terhadap kita. Bayangkan ya kita perlu compete dengan puluhan ribu penjual pada masa yang sama, jadi kita perlu lakukan sesuatu yang luar biasa dan lain daripada yang lain

Jadi di sini kami nak kongsikan beberapa tips yang boleh online seller di luar sana praktikkan. Kesemua tips ini boleh diguna pakai di medium Facebook dan juga Instagram

1. TARGET MARKET

Setiap perniagaan perlu tahu siapa target market nya: umur berapa, golongan apa, jenis pekerjaan yang bagaimana, locality mereka, hobi dan minat mereka ke arah apa. Kenapa perlu tahu semua ni?

Kerana bila kita buat iklan, kita boleh pin point dengan tepat semua data di atas. Contoh mudahnya begini:

Jika kita berniaga dari rumah jual cake dan pastry dan kita menetap di Shah Alam. Siapa target market kita:
- perempuan
- Berumur antara 20 hingga 45 tahun
- Menetap di sekitar Klang Valley
- Hobi dan minat mereka

Kita dah narrow down potential customer kita, dan masukkan semua data ini ketika buat ads. Baru lah iklan yang dibuat appear kepada target market kita sahaja. Kita based di Shah Alam, takkan lah nak iklan kita boleh dilihat sehingga ke Kedah sana, walhal produk yang kita offer tidak boleh di pos.

Begitu juga dengan penggunaan gaya bahasa dalam copywriting. Jika target market kita golongan rempit, boleh la nak guna bahasa budak WeChat. Tapi Kalau pelanggan kita golongan high end, bahasa yang diguna pakai juga haruslah sesuai. Tak boleh main hentam je dengan penggunaan shortform yang tidak difahami.

2. CONTENT MARKETING

Perlu ke content marketing ni? Jawapan kami, PERLU. Sebabnya dari content marketing ini lah datangnya followers kita. Dari followers boleh bertukar menjadi potential customer dan seterusnya customer.

Nak buat content macam mana? Bergantung kepada produk dan target market kita.

Jika kita menjual pakaian wanita, dah tentu pembelinya juga seorang wanita. Wanita minat apa? masak, makanan, kecantikan contohnya. Ini semua boleh dijadikan sebagai content di sosial media kita. Tak ada lah sosial media kita penuh dengan iklan semata. Kita sendiri tengok pun tak lalu

Content Marketing ini juga boleh dijadikan sebagai brand awareness, SANGAT PERLU DILAKUKAN BAGI PENIAGA KECIL. Nak buat iklan di mass media, memang mahal lah harganya. Jadi kita gunakan resources yang kita ada dan fully utilise kannya. Kalau target market kita perempuan berumur 30 - 50 tahun, kita buat lah content masakan; buat video masak ke, bagi tips baking ke, atau nak lain sikit boleh bagi tips parenting kerana di usia itu ada yang baru bekeluarga dan masih ada anak kecil.

Bila orang dah kenal kita dan brand kita, proses nak menjual akan jadi bertambah mudah. Kerana the trust is there. Apa pun perlu diingat, content marketing perlukan masa dan result tak akan datang dalam 1 malam.

3. BINA AUDIENCE

Apa maksudnya dengan bina audience ni? Maksudnya bina followers dan bina likers. Ingat tadi di point nombor 2? Dari content datangnya followers. Bila followers bertambah ramai, kos iklan pun akan semakin menurun. Perlu diingat, nak bina audience Ialah satu proses yang berpanjangan dan berterusan dan hasil takkan nampak dalam masa sehari, seminggu mahupun sebulan. Kami sendiri juga makan tahun untuk membina genuine followers sehingga mencecah ke hampir 90k followers ini.

4. BIG STOPPER

Big stopper ni maksudnya first photo di dalam setiap posting kita, atau pun thumbnail video kita. Stopper ni perlukan gambar yang WOW untuk menarik perhatian sosial media user berhenti scroll dan baca copywriting kita. Penggunaan gambar dan poster yang suram, dan terlalu nampak mengiklan akan membuatkan kos iklan kita semakin tinggi.

5. MONITOR IKLAN YG DIBUAT RAPAT-RAPAT

Buat iklan tak pernah nak tengok, lepas taruk duit tinggal macam tu jer sedangkan budget Facebook Ads boleh diubah untuk mendapatkan hasil yang optimum. Jika target yang dibuat tidak mengena, kita boleh retargetting semula mengikut target market kita dan interest mereka. Ingat. Kita perlu sentiasa check ROI kita dan jika hasilnya tidak memuaskan kita boleh ubah immediately. Jika leads banyak masuk, kita juga boleh naikkan kos iklan untuk mendapatkan capaian yang lebih tinggi.


Jelas dah cara nak bina dan dapatkan sales berganda-ganda? Nak belajar lebih mendalam dengan TEKNIK dan TAKTIK yang PALING MUDAH, boleh baca kat sini. Kalau nak belajar mengenai Instagram pula, boleh rujuk di sini.



Filter
5 tips bagaimana agent dan dropshipper boleh dapat sales berlipat kali ganda - Saiful Nang Academy
5 tips bagaimana agent dan dropshipper boleh dapat sales berlipat kali ganda - Saiful Nang Academy