5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat

Nak buat orang tertarik beli produk kita, selain dari kegunaan produk tu sendiri ialah visual produk. Tapi sekarang ni semua dah go online, macam mana nak attract pelanggan kalau gambar marketing kita pun tak menarik dan hambar? 

Dari gambar yang menarik membuatkan prospek akan lepak lebih lama di page kita. Lagi lama mereka lepak, lagi tinggi probability utk mereka beli produk kita. Jadi kat sini kami kongsikan kesilapan-kesilapan yang kami perhatikan peniaga online sering lakukan ketika ambil gambar produk mereka. Kami kongsikan kesilapan-kesilapannya di bawah:

1) GAMBAR BERSEPAH DAN SERABUT 

Gambar terlalu bersepah dan berserabut. Seller ingat cantik buat macam ni tapi sebenarnya tak. Tak tahu apa yang ingin ditonjolkan oleh seller bila terlalu banyak objek dan props di dalam sekeping gambar.

2) TERLALU BANYAK MAIN WARNA 

Terlalu banyak main warna dalam gambar pun tak digalakkan. Fokus pelanggan akan lari daripada niat asal gambar itu diambil. Dah rugi kat situ bila pelanggan lari bila tengok gambar kita. Seeloknya warna produk haruslah lebih menonjol dari warna background atau pun props yang digunakan. They should complement each other. Jangan lah product warna merah, tapi props colour kuning, biru, dan hijau.

3) PENGGUNAAN PROPS YANG TIDAK SESUAI 

Penggunaan props yang tidak sesuai. Props yang digunakan haruslah complement each other. Jika kita jual accessories handphone, props nya juga haruslah yang berkaitan dgn produk. Ini jual kasut tapi props nya makanan - memang lari jauh!

4) WARNA GAMBAR TIDAK MENARIK 

Warna gambar yang tidak menarik dan dull boleh affect mood kepada yang melihat. Gambar produk haruslah ada tema. Dalam product photography ada banyak tema bergantung kepada jenis produk. 

Antara tema yang ada: clean, white, bright, vintage, forest dan banyak lagi.. kena explore dan pilih yg mana paling bersesuaian utk produk yang kita jual.

5) TIADA PENAMPAKAN JENAMA DALAM GAMBAR

Ni silap paling besar! Tiada branding dalam gambar. Kalau gambar kita viral, rugi mileage dah kat situ sebab orang tak tahu yang viral tu produk siapa. Bila ambil gambar produk, WAJIB nampakkan jenama kita. 

Tak kisah sama ada kita ni agen atau dropship sekali pun, perlu ada jenama dalam gambar. Kalau jenama tu dah terkenal, lagi mudah untuk kita menjual dan close sales.

 

Dah tahu kesilapan ni, jangan dibuat. Kalau nak belajar bagaimana nak ambil gambar produk guna henfon dan boleh shoot dari rumah je, boleh join kelas online kami. Kami ajar shoot gambar (3 jam) dan shoot video (1 hari). Kelas online je di website kami, sambil belajar sambil hirup kopi cicah biskut keping.

1) Belajar shoot gambar produk guna smartphone 

Nak belajar sila klik sini

 2) Belajar shoot video produk guna smartphone

Nak belajar sila klik sini



Filter
5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat - Saiful Nang Academy
5 Kesilapan Gambar Produk Yang Sering Peniaga Online Buat - Saiful Nang Academy