5 Kelebihan Whatsapp Business Yang Ramai Tak Tahu
Di sini kita kongsikan 5 Kelebihan Whatsapp Business Yang Ramai Tak Tahu.
1. Business Profile
Dengan adanya Business Profile ini, ia memudahkan customer kita untuk tahu lebih lanjut tentang business kita seperti lokasi kedai/ pejabat, website. Boleh dikatakan ianya boleh jadi name card digital kita.
Jadinya tak perlu susah - susah dah lepas ni kita nak beritahu lokasi kedai kita pada customer, mereka boleh tekan je map yg ada tu untuk pergi.
2. Catalogue
Dengan adanya Catalogue ini, ianya sangat - sangat memudahkan kita untuk tunjukkan produk yg kita jual dan memudahkan juga customer kita untuk browse produk yang kita ada lengkap dengan harga sekali.
3. Labels
. Dengan adanya feature Label ni, ia membantu kita untuk asingkan inquiry yang masuk, contohnya senarai yang perlu kita follow up, senarai yang nak bayar dan lain - lain.
4. Quick Reply
Ini yang paling admin gemar, sebab bila ada soalan yang seringkali di tanya, tak perlu lagi kita nak taip satu - satu. Hanya set kan ayat pada bahagian quic reply, kemudian bila nak guna nanti letakkan sahaja tanda "/"..Tak ada lah lagi lepas ni yang begkak - bengkak jari sebab asyik kena type ayat yang sama.
5. Away Message
Kadang - kadang ada masa kita ada urusan lain macam meeting ke, ada urusan kecemasan ke, jadinya kita tak dapat nak fokus pada untuk attend inquiries. Tapi dalam pada masa yang sama, kita juga tak mahu customer lari sebab kita tak jawab apa yang ditanya terlalu lama. Jadi boleh gunakan away message ni.
Banyak lagi kelebihan penggunaan Whatsapp Business dalam menguruskan perniagaan.