Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen

Nama Cikgu Haini Hamlin mungkin masih asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi ini adalah salah satu contoh PERSEDIAAN UNTUK MASA DEPAN yang bagus dipersiapkan oleh pendidik ini.

Berbekalkan gajet asas seperti smartphone, beliau memulakan 'kerjaya'  sampingan sebagai YouTuber bermula setahun lalu. Kerja-kerja mengedit video juga hanyalah dengan menggunakan smartphone sahaja kerana Cikgu Haini "pentingkan praktikaliti dan cepat proses. Flow yg cepat."

.
Bakal menamatkan perkhidmatannya dalam bidang pendidikan bermula 16 June 2023 nanti, pendidik ini lebih senang bersedia awal sebelum persaraan, berbanding menunggu sahaja tarikh tersebut tiba. Boleh berbakti dan dapat 'gaji' sampingan lagi walaupun SELEPAS bersara.

Bermula dengan video subjek Bahasa Malaysia, Tatabahasa : Kosa Kata, beliau terus mengorak langkah membuat lebih banyak video yang dirakam guna smartphone dengan bantuan gajet tambahan seperti tripod dan go pro untuk menambah lagi penghasilan video content yang menarik.

Ini salah satu contoh content video yang disediakan beliau menggunakan smartphone.

Tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan Bahasa Melayu sahaja, tetapi pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti riadah sekitar bandar Kuching dan kawasan sekitarnya.
Bakal menambah contents dalam beberapa episod mengenai contents riadah lebih lasak seperti go cart, wall climbing dan flying fox. Ini antara yang bakal dikongsikan beliau selepas ini selepas selesai shooting semalam.

Tak nampak seperti Cikgu Haini akan berhenti mencuba berkongsikan sesuatu yang lebih extreme selepas ini. Tak nampak seperti guru yang nak bersara dalam masa kurang setahun lagi, kan? Hebat semangatnya.
.
Dah tahu cara nak ada sumber pendapatan sampingan selepas pencen, pasti akan buat sesiapa pun lebih bersemangat!

Oleh kerana inilah lebih ramai rakan sekerja yang mula berminat nak turut sama menjadi YouTuber dan hasilkan content video yang bukan sahaja informatif, tetapi memberi manfaat kepada pelbagai peringkat umur dan bangsa. Bukan sahaja boleh kongsi ilmu, sebagai content creator di YouTube pun boleh dapat GAJI, lagi-lagi selepas bersara dari bidang pendidikan nanti.  
.
Guru-guru (atau sesiapa dan apa pun profesion) yang nak jadikan YouTube sebagai sumber pendapatan sebelum / selepas pencen nanti, boleh sertai kelas-kelas ini:
Sabtu | 18 Jun 2022
9.00am - 12.00pm Smartphone Video Shooting
2.00pm - 5.00pm Smartphone Video Editing
Kalau tak sempat ikuti secara LIVE, boleh sahaja ikuti secara RAKAMAN, dalam tempoh 1 bulan bermula dari tarikh daftar. Sertai secara PAKEJ YOUTUBER, lagi MENJIMATKAN. 

Tekan sahaja mana-mana gambar dalam artikel ini untuk maklumat lanjut dan MULAKAN PERSEDIAAN PERSARAAN YANG LEBIH STABIL HARI INI.


Related Posts

Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Menjadi Influencer Travel Termuda Di Dunia, Bayi Ini Berjaya Meraih RM4150 Setiap Bulan
Siapa sangka kan, umur baru setahun dah boleh jadi influencer travel. Ini yang terjadi pada seorang bayi bernama Brig...
Read More
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Menyesal Tak Upload Video Ke Youtube, Bila Nak Tgk Video Balik Dah Hilang Dgn Phone Lama
Siapa pernah experience macam ni?  Ibu dan ayah boleh guna Youtube untuk simpan video keluarga. Video tu orang lain t...
Read More
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka  Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Bagaimana Kami Dapat Pendapatan 4 Angka Sebulan, 183K Subscribers Dalam Masa 17 Bulan
Terkini, dah dapat capai 190K subs dah, berkat buat content video menarik berterusan. Jika kami boleh, content creat...
Read More

Filter
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen
Jadi YouTuber Guna HP & Jana Pendapatan; Persediaan Guru Sebelum Pencen