Karakter Unik Khaby Lame Mampu Raih 100 Juta Subscribers Di Tik Tok

Karakter istimewanya serta ekspresi dan humornya yang unik menjadikannya seorang yang sangat dikenali masa kini. Dia adalah Khaby Lame, video yang dihasilkannya mampu menawan hati pengguna internet dengan pantas. Pengaruh anak muda Senegal ini menjadikannya influencer kedua yang mengumpulkan lebih 100 juta pengikut di TikTok.


Dengan sedikit gerakan tangan yang istimewa dan tanpa suara, menjadikan Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane, salah satu sensasi di TikTok. Pemuda berusia 21 tahun ini yang tinggal di Chivasso, Itali mencapai kejayaan yang tidak dijangka hanya dalam masa 17 bulan.


Khaby mula aktif di Tik Tok pada 15 Mac iaitu semasa Itali berada di dibawah perintah berkurung akibat pandemik Covid 19. Ketika itu beliau baru saja kehilangan pekerjaan dan memutuskan untuk memulakan rakaman di bilik tidurnya. Sejak itu, Khaby tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menghasilkan video yang menghiburkan dan viral.


Khaby Lame juga memberi penghormatan kepada Will Smith, Eddie Murphy dan bahkan Omar Sy, yang filemnya telah mengilhami humornya.

Untuk mencapai kejayaan hingga ke tahap ini, Khaby sangat konsisten dan tak jemu dalam menghasilkan content yang menghiburkan.

Tambahan pula sekarang dengan henfon saja kita sudah boleh merakam pelbagai momen dengan cepat dan pantas. Tak perlu dah usung kamera digital merata-rata.

Untuk hasilkan video yang membuatkan orang tertarik, jom belajar teknik shoot dan edit video menggunakan smartphone di Saiful Nang Academy. Klik pakej dibawah untuk mendaftar.


Related Posts

10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
10 Tips Copywriting Untuk Usahawan Online Mudah 'Lock' Sales
Tak perlu tulis berjela kalau tahu cara MUDAH nak 'pancing poket' pelanggan / bakal pelanggan. Kena caranya, terus ja...
Read More
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
6 Tips Guna WhatsApp Business Bantu Usahawan Online 'Lock Sales' Lebih Pantas
Beberapa tips ini sangat berguna untuk peniaga online yang banyak bergantung kepada leads yang diterima dari iklan me...
Read More
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
4 Kesilapan Ejen Insurans Bila Mengiklan Di Media Sosial
Siapa di sini yang selalu TERASA bila tengok iklan ejen insurans? Kebanyakan antara kita mesti pernah sekurang-kurang...
Read More

Filter
Karakter Unik Khaby Lame Mampu Raih 100 Juta Subscribers Di Tik Tok
Karakter Unik Khaby Lame Mampu Raih 100 Juta Subscribers Di Tik Tok