ZERO 2 PRO

Bengkel Fotografi Professional Terbaik semenjak 2006

"I am not successful, I just dont quit"

Saiful Nang 2009

KURSUS REKAAN JURUFOTO DI RAJA BRUNEI DAN KELANTAN

​Saiful Nang merupakan jurugambar antara berprofil paling tinggi di Malaysia dan disenarai sebagai individu paling berjaya dalam fotografi (Majalah Top 10 of Malaysia) dan pemenang

Anugerah Duta Belia Asia 2010 sebagai individu yang paling berpengaruh dalam industri dan aktif dalam aktiviti kebajikan dan komuniti

Kursus ini adalah rekaan Khas beliau melalui pengalaman beliau menjadi jurufoto kepada Keluarga Di Raja, syarikat-syarikat swasta ternama dan pelbagai lagi client berprofile tinggi. Pastinya 3 hari 2 malam ini anda akan di padatkan dengan rahsia kejayaan ini.

Adakah anda bersedia?

Fathulkamar, ZTP 

PENGENALAN

Kejayaan 38 musim Bengkel Fotografi Professional Lengkap yang lebih dikenali sebagai Zero to Pro berturut - turut dengan rating melebihi 96% kepuasan hati sejak dimulakan hampir 12 tahun yang lepas dan dirumus melalui pengalaman dalam pengajaran dan juga profesyen selama lebih 10 tahun, kami berbangga kerana program ini menjadi program mencipta bintang fotografi. Bekas peserta kami berpendapatan setinggi RM20,000 sebulan, ada yang dari bekerja sebagai penolong tadbir hingga kini sibuk menjelajah dunia hasil dari program yang kami jalankan.

Zero to Pro merupakan program padat yang memberikan satu formula transformasi skil dari seorang yang baru mengenali dslr sehingga menjadi seorang yang mempunyai skil tinggi sehebat seorang profesional yang ternama. Dilatih oleh segolongan jurugambar elit dalam industri fotografi seperti Saiful Nang, Fuad Topa, Syibli Fakih dan juga ahli akademik fotografi sendiri.

Pic by Fathulkamar

TENTANG PROGRAM

Keistimewaan Program ZTP

 

1. Program terlaris anjuran SNAP tetapi hanya terhad kepada 20 penyertaan sahaja dengan minima penyertaan seramai 10 orang.

 

2. Telah melahirkan ramai jagoan hebat dalam fotografi melalui konsep latihan fotografer CandidSyndrome.

 

3. 3 hari 2 malam yang padat dengan program latihan yang pertama dalam konsep ASAH MATA.

 

4. Pendedahan kepada unseen photographic opportunity yang menjadikan fotografer yang menyertai program ini mampu melihat sesuatu yang luar biasa yang biasanya tidak dilihat oleh jurufoto biasa.

 

5. Merangkumi ASAS FOTOGRAFI, SENI MELIHAT, TEKNIK OLAH DIGITAL (Editing Photo) dan juga asas mengkomersilkan bakat-bakat peserta ini untuk menjana pendapatan.

6. Disertai ramai peserta luar negara antaranya dari Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia semenjak 2006

7. Ternyata telah dibuktikan merubah seorang yang SIFAR dalam fotografi menjadi seorang professional yang kini seorang jurugambar professional sepenuh masa dan berpendapatan tinggi.

8. Melahirkan fotografer yang mengenali minat dan kecenderungan yang tulin dalam bidang fotografi yang lebih spesifik.

 

9. Dilatih oleh jurufoto yang bertaraf antarabangsa dengan track record antarabangsa dalam koleksi portfolio mereka.

Tahukah Anda?

Seorang dari bekas peserta program ini pada tahun 2010 memulakan kerjaya sebagai seorang kerani bergaji RM1100 sebulan kini berpendapatan RM15,000 dengan videografi dan bermula dengan kamera dslr murahan dan terpakai sahaja!

Nadiah, ZTP

BELAJAR DARI YANG TERBAIK

Jurulatih utama untuk progam ini ialah Fuad Topa dan Syibli Fakih

2 orang jurufoto utama Candidsyndrome dan mendapat sentuhan didikan terus dari Saiful Nang sendiri.

 

Fuad Topa mempunyai pengalaman fotografi lebih dari 7 tahun dan berpengalaman luas di dalam bidang fotografi perkahwinan dan majlis. Berpengalaman membuat liputan dari perkahwinan VVIP dan majlis-majlis rasmi yang melibatkan pemimpin pemimpin negara.

Syibli Fakih pula seorang jurufoto landskap dan travel dengan pengalaman mengembara dari Eropah sehingga ke Australia dan portfolio foto yang telah meliputi lebih dari 7 negara.

 

Pengalaman hebat dan luas kedua-dua jurulatih ini pastinya akan membantu anda menghasilkan gambar sehebat jurufoto professional dan insyaAllah membuka karier anda ke tahap yang baru.

KONSEP PENGAJARAN

Kami tidak mengajarkan fotografi kepada peserta kami sesuatu yang mereka kurang perlu walaupun ia diajarkan di Universiti. Kerana seorang pelajar fotografi belajar di Universiti selama 4-5 tahun untuk fotografi sementara peserta kami hanya ada 4 hari 3 malam sahaja.

 

Pengajaran asas dan penerapan satu fundamental yang mampu dikembangkan sendiri adalah penekanan kami. Seperti mengajarkan anda tentang ABC dan kemudian setelah anda kenal huruf, anda boleh membaca novel, suratkhabar, majalah, papan kenyataan, iklan, surat dan banyak lagi. begitu juga halnya dalam fotografi.

Sistem latihan kami menerap dan menyulamkan praktis seiring teori secara komprehensif. Maaf jika program kami kurang selesa kerana ia bermula awal setiap hari dan habisnya lewat malam. Itu adalah untuk kami memaksimakan kesan pelajaran dengan memberi pelbagai latihan yang mempunyai cabaran teknikal dan artistik yang berlainan pada waktu yang terhad. Latihan ini disusuli dengan kerja-kerja rumah selepas habis program untuk dikongsikan dalam laman group tertutup facebook sebagai wadah kritik yang memberikan kesan untuk memajukan skil dan artistik peserta.

 

Ia bukan sesuatu yang mustahil, ramai orang anggap fotografi itu sukar kerana mereka tak nampak jalannya. Di SNAP, kami ada mereka yang telah terbukti telah berjaya dalam bidang ini untuk anda merujuk.

MAKLUMAT

Anda Wajib Bawa:

1. DSLR sendiri apa-apa model

2. Laptop sendiri beserta perisian Adobe Lightroom dan Photoshop

3. Diri sendiri dengan azam yang hebat

Apa yang kami sediakan

1. Penginapan secara twin-sharing dan triple sharing atau secara dormitory bergantung pada lokasi tempat latihan.

2. Sehelai T-Shirt Program

3. Sijil penyertaan

KANDUNGAN KURSUS

Asas Fotografi

Setiap peserta akan di berikan pendedahan mengenai asas kawalan kamera terlebih dahulu. Kawalan manual bagaimana untuk mendapatkan gambar dengan exposure yang tepat menggunakan kawalan manual (shutterspeed, iso & aperture). Juga pendedahan mengenai histogram, white balance dan exposure metering.

 

Seni Melihat (Art of Seeing) 

Inilah yang ditunggu, bagaimana untuk menghasilkan sebuah gambar yang cantik walaupun di tempat yang tidak cantik. Para peserta akan mempelajari elemen-elemen komposisi seperti pattern,leading line, clean background, simplicity, angle of shooting, understanding light dan pelbagai elemen di dalam Seni Melihat.

Story Telling

Para peserta juga akan di ajar bagaimana untuk meletakkan penceritaan dan nilai di dalam gambar yang di hasilkan.Memahami konsep “moment”, primary subjek dan supporting element.

Teknik Olahan Foto menggunakan Lightroom

Ketahui teknik mudah dan cepat untuk mencantikkan gambar dan mengluarkan potensi sebenar gambar melalui teknik olahan yang tepat dan mudah menggunakan perisian Lightroom.

PERBEZAAN KETARA SEBELUM DAN SELEPAS

Contoh gambar diambil peserta pada Hari Pertama

Abdullah, ZTP

Perbezaan sebelum dan selepas bengkel sering kami rekodkan dengan Asah Mata sesi pertama dan juga Asah Mata sesi akhir.

 

Pasti anda sebagai peserta akan melihat satu kelainan yang sangat ketara dan keyakinan anda akan meningkat secara mendadak.

Contoh gambar diambil peserta pada Hari Ketiga

Abdullah, ZTP

BAGAIMANA KONSEP PEMBELAJARANNYA

Serba sedikit tentang konsep pembelajaran ialah ia dikendalikan secara CRASH COURSE. Tiada peluang untuk berehat kecuali anda dilatih dengan cara yang sama kami (CandidSyndrome) melatih jurugambar kami sehingga mencapai peringkat antarabangsa. Kursus asas fotografi secara teorinya dicantumkan dengan fundamental Art of Seeing menjadikan ia mudah dimuatkan dalam hari pertama. Selebihnya ialah sesi praktikal yang disertai bersama dengan ON LOCATION CRITIC! Anda belajar dengan teguran on the spot. Itulah kelebihannya bagaimana program ini boleh dijalankan secara kompres/padat.

Picture by Faridzuan

JADUAL PROGRAM

Hari Pertama

9.00 am – Outing Pertama

10.30 am – Kelas Asas Fotografi

2.00 pm – Kuliah : Seni Melihat (Art of Seeing)

5.30 pm – Asah Mata 1

8.30 pm – Kritik 1 dan review

 

Hari Kedua

7.00 am – Asah Mata 2

10.30 am – Sessi Kritik 2 dan Review

2.00 pm – Olahan Foto melalui Lightroom

5.30 pm – Asah Mata 3

8.30 pm – Sesi Kritik 3

Hari Ketiga

7.00 am – Final Assigment

2.00 pm – Sessi Kritik Akhir

5.00 pm - Bersurai

PENYERTAAN

 

Penyertaan boleh dibuat secara:

1. Tunai

2. Local Order untuk Jabatan Kerajaan

Yuran Program

1. RM 1850 ( Penyertaan Berkumpulan, minima 3 orang )

2. RM 1970 ( Penyertaan berseorangan)

3. RM 2650 ( Penyertaan melalui Local Order)

Untuk menyertai, pengesahan tempat melalui deposit sebanyak RM500 sahaja ke akaun rasmi kami:

 

Maybank

5123-4363-5873

Saiful Nang Academy Sdn Bhd  

 

Sila emailkan kepada kami resit transaksi tersebut.

Terma dan Syarat

1. Tempat kursus yang dinyatakan di atas adalah tentatif sahaja dan tertakluk kepada kekosongan tempat. Sebarang pertukaran tempat akan berlaku dalam radius jarak kurang 35km.

2. Program akan dibatalkan bagi penyertaan kurang 12 orang peserta dan wang deposit akan dikembalikan.

3. Had penyertaan hanya 20 orang sahaja untuk setiap sessi.

4. Jika pembatalan dari pihak peserta kurang dari 1 minggu tempoh program, deposit anda boleh di bawa ke bengkel seterusnya namun akan di kenakan penalti sebanyak RM500.00. Deposit tidak akan dikembalikan

Keterangan lanjut tentang program ini dan program-program kami yang lain boleh layari laman web kami di

www.snap.my

JUMPA ANDA DI SANA !!!

SAYA BERMINAT

TELEFON : 011-232 84212

WISMA SAIFUL NANG ACADEMY

Kompleks RPWP, Lot 79979 Jalan ABIM, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor

Tel : +60102229089 | Email : syibli@snap.my

© 2014 Saiful Nang Academy